CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Keluar Berdua, Tapi Kekalkan SOP

30-4-2020 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2267| Komen: 7

Description: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) hari ini menegaskan prosedur operasi standard (SOP) perlu dikekalkan walaupun dua ahli keluarga dibenarkan keluar bersama untuk membeli barangan keperluan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) hari ini menegaskan prosedur operasi standard (SOP) perlu dikekalkan walaupun dua ahli keluarga dibenarkan keluar bersama untuk membeli barangan keperluan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Putrajaya.


Kredit foto: Harian Metro

Menurut Harian Metro, langkah membenarkan dua ahli keluarga keluar bersama diambil berikutan banyak aduan diterima terutama di kawasan Lembah Klang kerana sukar mencari tempat letak kereta.

"Sesetengah itu, isteri yang bekerja tetapi tidak boleh memandu dan suami terpaksa menghantar ke tempat kerja.

"Itu antara perkara yang kita pertimbangkan lebih-lebih lagi graf Covid-19 juga semakin melandai dan menurun," katanya.


Kredit foto: Buletin Mutiara


Bagaimanapun, pasar raya perlu mematuhi SOP dari segi penjarakan sosial dan jumlah pengunjung dalam premis bagi mengelak kesesakan.

"Saya harap kalau isteri keluar berbelanja, suami tunggu di dalam kereta bagi mengelak beratur panjang dan waktu menunggu lebih lama," ujarnya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 30-4-2020 04:03 PM
Ala kadang tu suaminya reti je beli barang2 dapur.. tp bininya sibuk nk ikut sbb bosan duk kat rumah..
Quote Tinot7 30-4-2020 06:14 PM
Anak2 nanti siapa jaga?
Quote Artemesiaa 30-4-2020 06:40 PM
Tinot7 replied at 30-4-2020 06:14 PM
Anak2 nanti siapa jaga?

Bukan kemestian pun kalau tak ada yang jaga eloklah salah sorang je yang pergi.  Kalau ramai dalam family bolehlah keluar berdua sebab selalunya mereka ni banyak barang nak dibeli.  Berdua tak semestinya suami isteri mungkin juga bapak/mak dan anak yang dah dewasa tapi tinggal bersama.
Quote Kurex 30-4-2020 08:07 PM
Sebelum fasa 4 ni pun ada jugak pasangan celaka yg keluar berdua..
Quote Tinot7 30-4-2020 10:28 PM
Artemesiaa replied at 30-4-2020 06:40 PM
Bukan kemestian pun kalau tak ada yang jaga eloklah salah sorang je yang pergi.  Kalau ramai dalam ...

Ok thanks  
Quote diiyanazakaria 30-4-2020 11:19 PM
Ramai je area umah i keluar bdua ngn laki, kalo nk kata hntr duduk jelah dlm kete, lg sorg je masuk pasaraya..ni menyemakkan kawasan yg da mmg semak
Quote Supersirap 1-5-2020 05:18 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.240429 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top