CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Silap Cakap Lagi, Janna Nick Kata 'Bagus Ada Public Figure Kena Koronavirus'

13-4-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 10908| Komen: 63|Original author: Oleh: Straya

Description: Beberapa bulan lepas, pengacara dan pelakon Janna Nick ada membuat kesilapan ketika menemu bual pelakon Elly Mazlein dalam rancangan Melodi dengan memanggil gelaran janda kepada beliau.

Kredit foto: Instagram Janna


Beberapa bulan lepas, pengacara dan pelakon Janna Nick ada membuat kesilapan ketika menemu bual pelakon Elly Mazlein dalam rancangan Melodi dengan memanggil gelaran janda kepada beliau. 

Rata-rata mengatakan kurang manis bagi Janna untuk menyebut status itu memandangkan Elly bakal berkahwin ketika itu. 

Semalam, Janna sekali lagi terlanjur kata ketika mengacarakan rancangan berkenaan. Sewaktu mengulas berita mengenai Puteri Aishah yang sah dijangkiti Covid-19, Janna berkata "bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ni."


Awal Ashaari yang ketika itu mengacara bersama Janna kelihatan terperanjat dan menyampuk "bagus?"

Janna yang sedar tentang kesilapan itu menerangkan, "bukan bagus..maksudnya dia boleh beri kesedaran macam mana keadaan di dalam hospital".

Selepas itu, Janna meminta maaf dan dia mengakui telah menggunakan perkataan kurang sesuai dan penonton boleh tersalah tafsir maksud yang cuba disampaikan. 

"Minta maaf. Saya orang baru dalam bidang pengacaraan. Sepatutnya, perkataan 'bagus' itu diganti 'sekurang-kurangnya' apabila ada selebriti terkena Covid-19, dapat menimbulkan kesedaran kepada peminat tentang bahaya virus ini.

"Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan," kata Janna semasa penutup program itu pada Ahad. 


Kredit foto: Harian Metro


Awal pula berkata, dia memahami apa maksud cuba disampaikan oleh Janna itu dimana selebriti yang dijangkiti Covid-19 boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain. 

"Itu maksudnya..Janna pun dah minta maaf, bolehlah 'drop' topik ni!" kata Awal. 

Janna telah pun meminta maaf sebaik sahaja menyedari kesilapan yang dilakukannya. Moga tak ada pihak cuba mengambil kesempatan memperbesarkan isu ini.  - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 13-4-2020 11:03 AM
elok jadi bini nombor dua nabil
Quote URUHA 13-4-2020 11:05 AM
Edited by URUHA at 13-4-2020 11:06 AM

Apabila mulut lebih laju daripada otak...
Quote Kurex 13-4-2020 11:11 AM
Tak pernah minat dia
Quote LadyCarefree 13-4-2020 11:18 AM
Klau ko tahu sebagai celeb ko ada pengaruh, ko tu mula dulu jngan jual produk timbang kilo yg boleh memudaratkan manusia
Quote Boomibulat 13-4-2020 11:22 AM
Ada betul jugak kenyataan tu..kurang sikit artis kat Msia ni..
Quote LH76 13-4-2020 11:22 AM
somehow mcm agreed dgn dia. at least jd pengajaran pd semua production hse pengarah yg tetap la x fhm bahasa nk shooting jgk dln keadaan gini. itu pun masih ada yg merayu gatal nk jgk shooting risikokan diri. sapa ntah yg merayu tu, lupa plk
Quote AshkieLa 13-4-2020 11:24 AM
..... tapi rasanya itu mmg suara hati kebanyakan netizen kot..
lagi lagi bila Puteri Aishah ni masa nak terbang naik airlines tu dok up ig..
konon2 naik airlines tu bersih takkan terkena covid...
sekali amik obat.... dia pun dah delete post tu skang...
Quote simatakucing 13-4-2020 11:28 AM
Boleh dipandang dari pelbagai sudut
Quote Aunty_Acid 13-4-2020 11:28 AM
Nasib sendiri x tau lagi
Jgn ckp besar
Quote mieymiey 13-4-2020 11:34 AM
Sepatutnya sheols kata 'ada hikmahnya'.
Quote alien88 13-4-2020 11:35 AM
itu la sebelum nak terima jadi offer 'pengacara' kena tau etika2 bahasa semua, jgn pakat ambk ja job
study dulu, masuk kelas pengacaraan ke..
Quote chicozinn 13-4-2020 11:41 AM
Kurex replied at 13-4-2020 11:11 AM
Tak pernah minat dia

Sbb sheollss kapel ngan dini 100% autentik ke chuollss?
Quote minah_selekeh 13-4-2020 11:44 AM
At least dia terus sedar dia tersalah cakap and mintak maaf.. Good job, Janna..
Quote ajinomotonosuga 13-4-2020 12:01 PM
Dia ni pear shape..jamban besor

Tgk peha pun cam kayu balak.haa..

Tp oang kata awek.gini.senang melahirkan

Sayang kopek kecikk..tak align ngan jamban

Klo cam kengge or violin shape..tu mmg KO punye pukulan..ni baru TKO

Quote bulalof 13-4-2020 12:02 PM
she left her brain at the house.
Quote cruz2 13-4-2020 12:05 PM
Janna nick mcm agak kurang dari segi penguasaan dan penggunaan bahasa.agaknya time sekolah dulu subjek bm excellent atas kertas jer kot?lisan mungkin lulus cukup2 mkn.berlakon tak pe la ada skrip
Quote bondeh 13-4-2020 12:24 PM
Pernah plak Jannah nih bijak mengacara...
Quote gideoncross 13-4-2020 12:53 PM
Boomibulat replied at 13-4-2020 11:22 AM
Ada betul jugak kenyataan tu..kurang sikit artis kat Msia ni..

Kejam sngt knyataan uols ni wlaupun iol stuju haha.
Quote Suchi 13-4-2020 12:59 PM
mieymiey replied at 13-4-2020 11:34 AM
Sepatutnya sheols kata 'ada hikmahnya'.

Mungkin itu ayat yg sesuai huhu

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064136 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top