CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dimarahi, Remaja 'Pulangkan' Mayat Awek Lepas Terbabit Kemalangan

13-4-2020 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22995| Komen: 230

Panik selepas terbabit kemalangan, remaja meninggalkan mayat teman wanitanya di hadapan di garaj rumah keluarga mangsa.

Menurut BERNAMA, kejadian berlaku di Felda Keratong 10, Rompin, pagi semalam.


Difahamkan, mayat mangsa ditemui datuknya ketika lelaki itu ingin meletakkan pacuan empat roda miliknya di garaj itu sekitar jam 10 pagi.


Kredit foto: BH Online

Kata Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon, datuk mangsa keluar dari kenderaannya untuk memeriksa “bungkusan” yang ditutup menggunakan kain pelekat itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah cucu perempuannya berusia 17 tahun dalam keadaan berlumuran darah.

“Siasatan awal terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 17 tahun mendakwa mereka keluar berjalan-jalan sekitar 3.30 pagi dengan menunggang sebuah motosikal sebelum terlanggar seekor kerbau di tengah jalan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3.

"Teman lelaki mangsa mendakwa kemalangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana parah di kepala dan paha, manakala dirinya hanya cedera ringan di tangan dan kaki,” katanya dipetik BERNAMA.


Takut dimarahi keluarga mangsa, remaja terbabit yang tinggal di Felda Keratong 5 membawa mangsa 'pulang' dan terus beredar dari lokasi kejadian.

Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa tidak menyedari kehilangan anak sulung daripada empat beradik terbabit kerana menyangka dia masih tidur di tingkat atas rumah berkenaan. 

Tambah Azari, mayat dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat, manakala remaja lelaki terbabit ditahan bagi siasatan lanjut. - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wunan88 12-4-2020 08:44 PM
Gatalnya dua2 ni keluar sampai 3.30pagi..nak p mana la tue
dahla musim PKP nie..mak bapak taw x nie
Quote sekngucing 12-4-2020 08:45 PM
pkp pkp ni pun kau pg bersiar siar.. dekat sawah pulak tu... bodoh la budak
Quote delia3003 12-4-2020 08:48 PM
wunan88 replied at 12-4-2020 08:44 PM
Gatalnya dua2 ni keluar sampai 3.30pagi..nak p mana la tue
dahla musim PKP nie..mak bapak taw x nie ...


Maybe keluar senyap2 bila family dah tidur. Pagi2 buta pun boleh keluar jumpa boyfriend. Tak tau nak cakap apa. Si boyfriend tu pun tak pasal2 kena hukuman lagi berat. Ikut sangat darah muda
Quote sarah82 12-4-2020 08:49 PM
3.30 am? Aku sedap membuta masa tu..
Quote domestobot 12-4-2020 08:51 PM
nasib ko le brader, nak bercanda malam2 buta time PKP. dah la kena tangkap, anak orang mati lak tu. takpelah belajar daripada pengalaman hidup okeh, semoga pishang dalam jel.
Quote aint 12-4-2020 08:53 PM
ingatkan kes ni kt indon... rupanya di rompin...

hmm... curi kuar siar2... skali jd tragedi
Quote budaktua 12-4-2020 08:59 PM
ketakutan dia byk tahap..

takut pd keluarga perempuan..takut pd pihk berkuasa.... tp jgn lupa sebelum 'takut' itu dtg..dia seorang 'pemberani'.... ya la.. klu tk berani..tk kan diorng sanggup hadap halangan2 tu semua...

aku juga terfikir..brp tahap IQ budak2 felda kws tu...
Quote raxief 12-4-2020 09:10 PM
mcm mane dia bawak mayat tu ek.. ikat ke?
Quote Ladybird910 12-4-2020 09:12 PM
Edisi cash!!!
Gatal betul ikut laki tgh mlm semata2 nk projek..
xpadan dgn blm hbs sekolah..mesti jalan tak buka lampu sbb takot kantoi..

Maaf xblh sangka baik..selayaknya lah dimalukan satu msia sbb xjaga maruah. org lain mati syahid wabak covid.. Ko mati sbb nk puaskan nafsu laki.. Last2 mati kejung laki tu tinggal je tepi rumah
Quote KIM.K 12-4-2020 09:12 PM
nauzubillah..kejamnye ko terhadap kekasih
Hantar la spital
Quote Atata 12-4-2020 09:13 PM
domestobot replied at 12-4-2020 08:51 PM
nasib ko le brader, nak bercanda malam2 buta time PKP. dah la kena tangkap, anak orang mati lak tu.  ...

Tak rasa dia akan kena penjara
Quote cikdot 12-4-2020 09:13 PM
raxief replied at 12-4-2020 09:10 PM
mcm mane dia bawak mayat tu ek.. ikat ke?

Tu la..cemana dia bawak. Harus dah lembik mayat tu. ngeri ah dah la bawak 15km. Jauh gak tu
Quote Pixie902 12-4-2020 09:16 PM
Mesti curi2 keluar tu yg panik dan takut nak bgtau keluarga gf..takziah pada keluarga.

Quote missbigrockstar 12-4-2020 09:19 PM
Bagaimana keadaan kerbau?
Quote yuki812 12-4-2020 09:25 PM
maybe boleh viral kan ke atau jadikan topik hangat kot kes ni seantero malaysia. pengajaran bg yg dok malam2 kuar tak tentu hala. amik ko. agaknya diorg nak dating time lain, line tak clear...terus tukar time lain..
Quote sonatalady 12-4-2020 09:29 PM
Kesian..terlalu ikut nafsu muda.
Dh jadi mcm..harap2 berubah lah yg lelaki tu.
Quote Anne.W 12-4-2020 09:31 PM
So kejam... Harap mereput dalam lokap
Quote lasagnaklcc 12-4-2020 09:33 PM
Family ingat anak still tido lagi, rupanya dah meninggal mayat kat porch.
Quote sub5zero 12-4-2020 09:35 PM
Pkl 3.30 pagi ko kata bersiar2? ni mesti kes curi2 keluar ikut tingkap.  Byk caj blh kena kt suspek ni.... langgar pkp,  bwk lari anak org, kalau sempat k@$#$k blh kena caj rogol.... kalau xde lesen motor lg....

Lihat semua komen(230)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.045877 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top