CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Mungkin Ditangguh Hingga Keadaan Pulih - PM

10-4-2020 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6317| Komen: 69

Dalam perutusan khas diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sesi persekolahan mungkin akan ditangguhkan.


Kredit foto: IG/mStar


"Sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolah sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

"Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah," katanya dipetik MalaysiaKini.

Beliau juga memaklumkan pihaknya sudah meminta Kementerian Pendidikan melaksanakan pembelajaran di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga sesi sekolah dibuka semula.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan dilaporkan tidak akan terburu-buru mengumumkan pembukaan semula sekolah walaupun PKP ditamatkan pada 14 April. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GigaMom 10-4-2020 06:47 PM
Syukur sgt..
Kalau x memang terpaksa lah mengarang surat paling gramatis n syahdu utk cikgu anak
Mmg x lah nk pg sek if pkp tamat 14hb pun
Quote djzara81 10-4-2020 07:00 PM
Setuju tangguh sesi persekolahan. Nyawa anak2 & guru2 bukan utk diperjudikan.
Quote fishcracker 10-4-2020 07:10 PM
Iol setuju je....tak belajar pun ade je diy ektibiti budak2 ni buat,origami la,stationary casing la
Quote sofyayra 10-4-2020 07:14 PM
Lepas ni harap takdak la suara sumbang kata cikgu makan gaji buta lagi. Cuba makpak try ajaq anak sendiri tengok, kalu hang stress ajaq satu kepala, bayang yg cikgu ajaq 20/30 kepala.

Masa start c19 lagi akak dh rasa tak best nak hantaq anak2 pi sekolah tapi yalah awal2 tu ktanya keadaan terkawal.
Quote Covid19 10-4-2020 07:14 PM
Maknanya pkp akan datang..sekolah uni terus tutup tapi 50%(maybe) aktiviti ekonomi boleh beroperasi..
Quote mssuci 10-4-2020 07:21 PM
Bila bulihhhhh.. Rindu bdk2 sgt dh ni..

Quote yuki812 10-4-2020 07:24 PM
good..akan dibuka bila keadaan semua ok. alhamdulillah. tapi bilanya keadaan tu ok. tunggu sampai takde kes...setahun dua tahun?

selain dari buat pembelajaran dirumah, parents pon boleh monitor dan ajar ank tentang new habit dan amalkan..mcm PM kita cakap tadi..basuh tangan dgn betul apa sume lah. tiada bersalaman ke..jgan bersentuhan ke...jgn share makanan ke..sudu. amalkan ank2 makan vit c dan lemon tuk tingkatkan antibodi mereka dari dulu lagi. pencegahan kena berterusan..
Quote umbut 10-4-2020 07:53 PM
Sementara ni belajar ler kat umah. Jgn.makan tidur je.. mak.pak pun monitor.. skrg zaman tenet... macam2 bahan leh rujuk.. cikgu pun ada ngajar via google classroom,telegram and so on... no excuse lah
Quote Supersirap 10-4-2020 08:01 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Itzy 11-4-2020 12:19 AM
Tu la sapa suruh hampa semua keluar pi mai pimai merata rata. Kan dah kena extend? Yang pekerja2 singapore tu pun gatai kote nak gi kerja jugak time covid19. Bila singapore kena lockdown, setan2 ni pakat balik mai malaysia, menyusahkan petugas2 kesihatan. Celaka betul la, memang aku marah sungguh ni. Kenapa la manusia2 setan ni tak boleh je duduk rumah baca quran tengok tv, main game ke etc. Sampai bila2 takkan pulih kot sampai vaksin wujud. Harap2 ada la ubat dia.
Quote Nana_Man 11-4-2020 05:25 AM
umbut replied at 10-4-2020 07:53 PM
Sementara ni belajar ler kat umah. Jgn.makan tidur je.. mak.pak pun monitor.. skrg zaman tenet... ma ...

Memang betul.. make use of the technology untk benda2 yg bermanfaat.
Quote DARSITA 11-4-2020 06:30 AM

macamana budak budak di kampung yang tiada komputer dan kemudahan internet?
Quote zhoney 11-4-2020 08:26 AM
DARSITA replied at 11-4-2020 06:30 AM
macamana budak budak di kampung yang tiada komputer dan kemudahan internet?

Buku teks kan ada, rajin2 la selak buku teks tu, buat notes. Insya Allah faham.
Quote isseliparjepun 11-4-2020 08:42 AM
I lega sebab risau nak lepaskan anak-anak pergi sekolah. Lagipun my kids memang cikgu diorang setiap hari without fail bagi kerja sekolah. Ada cikgu vidcall lagi untuk hafazan. I hargai sangat jasa guru-guru ni. Jangan la ada mulut yang cakap cikgu makan gaji buta. Ramai je lagi kat luar yang makan gaji buta. Err I punya office pun ada jek. Hmm
Quote DARSITA 11-4-2020 09:13 AM
zhoney replied at 10-4-2020 04:26 PM
Buku teks kan ada, rajin2 la selak buku teks tu, buat notes. Insya Allah faham.



La gitu jer? aii tgk kawan forum yg di JB anak siap tiap hari online dgn cikgu buat kerja sekolah/review pelajaran. Patutnya anak kampung pun dpt kemudahan spt ini.


Quote domestobot 11-4-2020 09:23 AM
alah sekolah buka pun bukan nya budak2 ni pegi sekolah. kalau tak ponteng, duduk dalam kelas buat bising sebab "pishang". kata rebel tapi hari2 masih nak pakai baju seragam sekolah. baik takyah sekolah kecuali budak2 yang ada SPM je.
Quote Grose 11-4-2020 09:29 AM
"apa khabar rakyat msia?"
"sudah makan?"
"ada cebuk pagi tadi?"
"alhamdulillah"
" saya pun ada cucu yg pergi sekolah"

jgn risau....  keselamatan anak anak amanah saya...premis premis pengendali gunting rambut dibuka takpa..mereka mampos no sweat yg penting anak  anak selamat...






opah aku gelak lagi
Quote syakuntala 11-4-2020 12:36 PM
sekolah cuti pun dah ada pdpc talian... siap ada jadual n bl dah siap parents post balik kat cikgu unt diperiksa... kebaikan kaedah ni murid kat rumah jwb soalan lg pandai dan rajin berbanding masa kat sekolah...
Quote biozipstar 11-4-2020 12:57 PM
itulah aku nak kena jadi rajin. kesian budak2 kt rumah. lama cuti otak pun malas.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.047511 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top