CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Kejutan Besar, Amy Umum Keluar Dari Kumpulan Search

30-3-2020 10:09 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 4011| Komen: 15|Original author: Oleh: top5complete

Description: Amy Seach membuat kejutan besar apabila mengumumkan secara rasmi keluar dari kumpulan Search.
Amy Seach membuat kejutan besar apabila mengumumkan secara rasmi keluar dari kumpulan Search. 

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman membuat pengumuman itu ketika tampil bersiaran secara langsung dalam satu portal hiburan, semalam.



Foto: IG

Memetik Harian Metro, punca Amy keluar dari kumpulan itu disebabkan untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain  mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya.

"Dengan pengumuman ini saya berharap saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada," katanya.


Foto: IG

Menurut anggota Search, mereka sudah berehat hampir dua tahun tanpa sebarang konsert kerana jadual Amy yang terlalu padat. Amy turut mengakui dirinya sudah tua di usia 62 tahun dan vokal beliau tidak lagi sehebat ketika usianya 26 tahun.


Foto: Berita Harian

"Perkara itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembahan tertutup. 

"Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa di mana jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksikan persembahan saya secara tertutup," katanya.

Semoga pengumuman ini akan menjernihkan semua permasalahan dan kumpulan Search akan maju ke hadapan biarpun tiada sudah tunggak utama mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 30-3-2020 10:13 AM
Keluar ke tak ke sama je la. Duk dendiam.
Quote umbut 30-3-2020 10:33 AM
Dah brp kali keluar masuk ni... tak heran lah.. suka hati atok ler
Quote Kurex 30-3-2020 10:40 AM
Lantak kau lau ponen
Quote weezerfan 30-3-2020 10:42 AM
Kalau keluar pon xdak sapa kesah. Dh tua dh pon. Drummer pon dh ninggal
Quote tripleid 30-3-2020 11:34 AM
fefeeling freedy mercury sgt..nobody caresss lahh
Quote boongalalang 30-3-2020 11:48 AM
Keluar je la. tapi jangan keluar rumah pulak tok Amy, nanti kena tangkap dengan polis pulak.
Quote Knowlee 30-3-2020 12:39 PM
Alahai... Semua dah tua. Beribadat je banyak2, cari rezeki buat bisnes ke apa ke pulak, atau musician boleh mengajar anak anak muda.
Quote unguaurora 30-3-2020 12:41 PM
Org sibuk pasal covid19 dan retis2 sangkak hrp bantuan spesial dr kerajaan xde masa nak cover citer atuk ni. Kbai
Quote minah_selekeh 30-3-2020 12:54 PM
Macam takde effect pun ko keluar atau tak..
Quote Nuyak 30-3-2020 01:15 PM
kesian dkt group yang lain..Amy kaya tak pe la..yg lain2 bukan ada side income lain...
Quote LembingDayanti 30-3-2020 01:26 PM
amy ni sama bangang ngan anak dia nabila huda perasan good good
Quote Boomibulat 30-3-2020 01:51 PM
Kalau keluar lps abis COVID mungkin jadi berita gempar jugak..
Quote emera 30-3-2020 02:50 PM
Laahhh aku ingat search tu dah lama dah tak wujud...
Quote Jorja 31-3-2020 12:52 AM
Wow perut Mr Amy ni flat Aja, kalah acik2 gundu suka mengumpat
Quote babyorange 31-3-2020 05:25 AM
umbut replied at 30-3-2020 10:33 AM
Dah brp kali keluar masuk ni... tak heran lah.. suka hati atok ler

Eh die ni dah dpt Datuk blom ek? Awie dah dpt kan? Amy lg legend.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.143773 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top