Dah beberapa hari pakej rangsangan ekonomi diumumkan, masih banyak lagi pihak tidak berpuas hati. Umum mengetahui bahawa kerajaan sudah sedaya upaya cuba membela nasib rakyat semasa saat genting ini dek COVID-19, tetapi ada pihak mempersoalkan bantuan kewangan yang diberikan.
Tular di Twitter baru-baru ini, perbualan yang berlaku di antara dua usahawan wanita berjaya iaitu Vivy Yusof dan Aleeya Zailan. Ramai mengenali pemilik dUCK itu, namun ramai juga yang baru sahaja mengetahui tentang Aleeya, pemilik produk kecantikan Avenys. Bukanlah tular kerana perkara baik, sebaliknya perbualan dua wanita ini yang seperti menyalahkan kerajaan kerana 'memanjakan' golongan memerlukan nyata membuatkan ramai netizen 'panas punggung'. Menurut Vivy dan Aleeya, golongan miskin ini akan menjadi kaya dengan bantuan yang diberikan, malah mereka mungkin akan mampu memiliki iPhone dan televisyen baru hasil wang bantuan yang diterima. Bahkan, mereka mengeluh kerajaan tidak membantu usahawan seperti mereka yang terpaksa menanggung gaji pekerja yang tetap berjalan meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Selepas mendengarkan kekecohan ini, netizen telah menggali lebih mengenai Aleeya dan ternyata kenyataannya sebelum ini mengenai pekerjanya membuatkan ramai bertambah meluat. Ayatnya yang seperti meminta pekerja supaya terus bekerja sepanjang PKP ini selain turut 'mengugut' sekiranya tidak melakukan kerja sepanjang tempoh ini, akan ada balasan yang dikenakan membuatkan ramai menyelar tindakan wanita ini. Walaupun kaya harta tetapi 'sikap dengki Vivy dan Aleeya' ini membuatkan ramai orang mula sedar tentang sikap tidak sensitif mereka. Mereka yang bersenang-lenang di rumah besar dengan pelbagai kemudahan pun masih dengki dengan golongan yang terjejas teruk kerana wabak COVID-19 ini. Tiada empati langsung kepada golongan daif sehingga golongan kaya boleh dengki dengan bantuan sebanyak RM1,600. - CARI
|
sarah82: Vivy ang tak mau jawab mana duit dari khazanah yg berjuta ang dpt lps tu setiap tahun asyik rugi saja? Ka bangsat2 ni takut duit khazanah susut jadi d ...
Megikari replied at 30-3-2020 12:07 PM
Hahahha... Dek kerana duit rm1600, masing2 sanggup dengki mendengki. Selipar vivy tu pun aku rasa le ...
palmolive replied at 30-3-2020 11:18 AM
zaman PM7 dulu org miskin jgn dengki pada org kaya..laaa nii?
sarah82 replied at 30-3-2020 10:10 AM
Vivy ang tak mau jawab mana duit dari khazanah yg berjuta ang dpt lps tu setiap tahun asyik rugi saj ...
puteribaya replied at 30-3-2020 05:30 PM
sib baik x penah beli prodct dua eko kayu ni..xde belas kasihan pd org2 susah
LadyCarefree replied at 30-3-2020 02:46 PM
Sungguh. Pelik cemaner dia boleh senang2 je dapat dn telan duit khazanah tu. Lg pelik ymg ckap d ...
AbukRokok replied at 30-3-2020 01:09 PM
zaman PM8 : orang kaya jangan la dengki2 dengan org smikin
ADVERTISEMENT