CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Jangan Bandingkan Kami Dengan Artis Korea" - Tajul

30-3-2020 10:16 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 7438| Komen: 30|Original author: Oleh: top5complete

Kecoh satu Malaysia apabila Tomok memohon bantuan dari kerajaan kerana COVID-19. Penyanyi itu dikecam netizen, kononnya artis-artis Malaysia tidak sepatutnya mendapat bantuan kerana mereka kaya dan lebih ramai lagi rakyat marhaen di luar sana yang memerlukan bantuan.



Foto: IG

Tajul atau nama penuhnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, tampil mempertahankan isu tersebut. Dia meminta netizen jangan membandingkan pendapatan artis K-Pop dan artis Malaysia kerana artis K-POP berpendapatan jauh lebih tinggi.


Foto: Soompi

"Artis Korea memanglah kaya. Kalau tengok mereka datang buat persembahan di Malaysia, berapa juta pula kena bayar? Berapalah sangat artis tempatan dibayar jika nak dibandingkan dengan mereka.


"Kalau persembahan artis kita dibayar harga sama, saya sendiri pun boleh bagi bantuan kepada rakyat. Tidak semua artis Malaysia kaya, ada 'job' banyak, kalau tak ada nak 'lebat' apa?

"Biasalah sesetengah warganet tak boleh tengok artis kita silap sedikit, bagi bantuan salah, tak bagi pun salah. Mereka tahukah artis kita ada bagi bantuan atau tidak? Kalau tak tahu, lebih baik diam dan jangan timbulkan fitnah" katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG

Tajul juga menerangkan artis dan penggiat seni di belakang tabir yang tidak dapat bekerja kini tiada pendapatan dan tidak semua artis di luar sana memiliki perniagaan mereka sendiri.

"Penggiat seni bukan sekadar artis, ramai kru TV, jurukamera, prop, jurusolek, dan sebagainya di mana jika tiada tawaran, tiadalah pendapatan mereka. Macam artis lain yang mungkin ada perniagaan sendiri, tidak perlu risau kalau tiada tawaran" katanya.


Foto: IG

Terdahulu, penyanyi Black Hanifah dan Tomok meminta kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus. Mereka berkata, PKP yang dilaksanakan turut menjejaskan 'periuk nasi' penggiat seni tempatan. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • PomenObersea

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 30-3-2020 10:57 AM
tetiba semua downgrade jadi beggar.
Quote CiliPadiSedap 30-3-2020 11:07 AM
kalau artis nak bantuan, habis majikan sme pun turut mahu bantuan. mengarut je artis2 ni. mohon kerajaan bantu ikut golongan b40 bukan ikut kau artis kau dapat special.
Quote tipuware 30-3-2020 11:25 AM
Mcm ni tajul.. Ko nak derma atau menyumbang, x perlu tunggu pendapatan ko sama cam artis korea. Ko takde duit, ko boleh aje collaborate dgn NGO utk sampaikan dana. Ko boleh aje gunakan medium social ko utk cari golongan yg memerlukan. Skrng ni kelihatan cam golongan ko mmg hadapan bantuan
Quote PEPPERMAN 30-3-2020 11:28 AM
Tapi lifestyle artis Malaysia ni mcm Hollywood
Quote Ladybird910 30-3-2020 11:29 AM
Berkeraknyaaaa si tajul muluk ni
Quote teha86 30-3-2020 11:30 AM
tajul..owwhh tajul... aku sekadar bercerita aje la yer... mak aku janda duduk kampung.. harpkan duit kebun ngn duit pampasan tiap bulan arwah ayah aku.. and harapkan duit kami 6 beradik.. kitorg bukan org senang..malahan gaji korang berganda2 mahal lagi dr gaji kitorg.. alhamdulillah.. kami kumpul duit adik beradik dan bagi sumbangan derma makanan asas buat keluarga yg susah akibat covid-19 kat kampung aku .. kos dia kan tajul..xsampai berpuluh ribu.. 2 ribu pun xsampai.. 40 keluarga dapat rase tajul.. so moral of the story.. jgn tunggu kaya nak buat derma atau sumbangan... xkaya pun bole buat gak tajul.. tu je aku nak ckp..

Quote roti_banjir 30-3-2020 11:32 AM
masalahnyer, artis ker ko nih tajul wei…..

takyah lar nak bengang bila org compare ko ngan artis luar… takyah lar gak ko nak beriya kata ko artis tempatan yg dianak tirikan oleh peminat sendiri…..

dah klu ko nyanyi live pon hauk, personality pon hauk, kejap tenggelam, kejap timbul ikut suka hati ko, makanyer ko nak peminat sanjung macam mana lagi????

klu tak sebab nama arwah abang ko dulu, org pon akn meng"whoareyou"kan ko…..

sila mereput yer dik….
Quote rainbowrainz 30-3-2020 11:33 AM
Dik tajul baik kau diam nti kena carut ngn acik bawang rangers kau nak ke???
Quote batrishia 30-3-2020 11:37 AM
Dia ninsapa pulak.. tak penah nampak kat man2 pun
Quote jue10 30-3-2020 12:02 PM
Tgu kaya baru nk menderma/ membantu.smpai ke Sudah LA x kaya.dekkkkk... Biar hauk rupa jgn hauk perangai {:run
Quote pearl.silver 30-3-2020 12:20 PM
Dik.. Ko mmg xlayak langsung nk dicompare dgn artis korea. Secebis pun xlayak.
Ko sama je level mcm ank jirak akak ni. Dia apply bantuan prihatin.
Ko pun boleh apply kalau ic ko tulis warganegara.
Quote AshkieLa 30-3-2020 12:23 PM
dah tau pendapatan tak tinggi mcm retis korea, yang selama ni lifestyle mcm diorg atau artis hollywood dah kenapa? dok diam2 la time2 semua terkesan ni... tak mampu, pi declare ape yg patut supaya dapat jadi golongan makcik kiah. jangan nak rasa darjat artis tu tinggi sampai nak ade special2 bantuan untuk korang plak. sedar diri...

frontliners yg tengah berhempas pulas skang ni pun takde mintak treatment special2/khusus... WHO ARE YOUS???
Quote mieymiey 30-3-2020 01:04 PM
Time ni la retis nak kata pendapatan tak seberapa yada yada, tapi lifesyle kemain macam anak raja. Tapi iols tak tuju kat chuols la Tajul, sebab iols masih ingat benang chuols minta sponsor ekzos motor ker hape ntah, takmo bayar. Dari sana, dah terbukti yach.
Quote Boomibulat 30-3-2020 01:16 PM
Dah muka kau ada iras artis Kpop haruslah banding dgn diorang..
Quote SR4tahun 30-3-2020 01:49 PM
dik, kalau keadaan opposite yakni gomen suruh rakyat msia jgn duduk rumah sbb dlm rumah ada covid, suruh duduk luar je bekerja, kau tetap sendoo to the max dik. kau tetap takkan jadi artis gah dik. kau tetap takkan dpt jadi penyanyi bernombor dik, kau tetap akan jadi tajul penyanyi lagu kampung dik, kau tetap seorang rempit berbini minah rempit dik. kau tetap mcm tu je dik. so sedar diri plis
Quote one_aiman 30-3-2020 02:11 PM
kau ni pun tajul..dah netizen cuma kenal artis korea je, memang la kena banding dgn artis korea..kalau retis negara lain, netizen tak kenal
Quote chillipepper 30-3-2020 02:20 PM
who are yous sangat
Quote kiah_mai_pulak 30-3-2020 02:21 PM
dah tu kita nk kena mnggelabah tekssssss ke wehh???
Quote keds 30-3-2020 02:26 PM
Makin byk statement dari Retis... Makin jelas tahap IQ mereka. Sebab tu orang kata diam tu lebih baik dari berkata-kata. LOL!

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.123493 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top