CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Saya Kena, PM Pun Mesti Disiasat Juga' - LGE Nafi Salah Guna Kuasa Penjualan Aset

10-3-2020 10:03 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8669| Komen: 44|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Nafi salah guna kuasa dalam penjualan aset Tabung Haji dan Khazanah.
Lim Guan Eng. Kredit foto: Facebook


Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menganggap tuduhan beliau terlibat dalam penjualan aset Lembaga Tabung Haji sebagai cubaan untuk meningkatkan sentimen perkauman.

Dalam kenyataan yang disiarkan laman Facebook beliau pada 9 Mac, Setiausaha Agung DAP itu menafikan tuduhan yang dibuat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Guan Eng menyatakan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengesahkan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap Tabung Haji.

"Saya tidak menghadiri sebarang mesyuarat atau pun membuat sebarang keputusan yang berkenaan dengan Tabung Haji. 

"Satu-satu peranan yang saya jalankan adalah untuk menyokong keputusan untuk menyuntik hampir RM20 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan untuk menyelamatkan Tabung Haji. 

"Namun begitu, saya masih dituduh sebagai punca kepada segala kerosakan Tabung Haji," katanya.


Gambar hiasan. Kredit foto: YADIM

Guan Eng turut menafikan beliau melakukan penyalahgunaan kuasa dalam peningkatan hutang langsung kerajaan dan penjualan aset negara yang didakwa berlaku semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Bagan itu memaklumkan, penjualan aset negara bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan beliau tidak memainkan peranan dalam keputusan Khazanah Nasional Berhad.

"Malah, Petronas juga tidak terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan," jelasnya.


Mohamad Hasan. Kredit foto: Facebook

Guan Eng menambah, sebarang peningkatan dalam hutang langsung kerajaan mesti diluluskan oleh Kabinet.

Sekiranya siasatan dilakukan, Guan Eng meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga disiasat kerana beliau juga menganggotai Kabinet yang meluluskan peningkatan hutang langsung kerajaan tersebut.


Loading FB Post...

Salah satu langkah yang boleh dilakukan adalah menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat jika berlaku salah guna kuasa dalam isu-isu berkenaan. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • coco

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 10-3-2020 10:07 AM
Dah mula glabah bubis laa tu...
Quote ziara 10-3-2020 10:10 AM
Perangai DAP dulu kini dan selamanya, tuding jari kat orang lain.
Quote EJALTI 10-3-2020 10:13 AM
Sudah goyang tulur???  
Quote Ina8895 10-3-2020 10:17 AM
Jahanam kau nobita
Quote MFR_IN 10-3-2020 10:21 AM
habis la semua die petik
Quote am2020 10-3-2020 10:22 AM
Sikit2 salahkan org lain..patutlah tumbang..
Quote Leonclay 10-3-2020 10:32 AM
Adohai..dia ni klu bg statement
Quote sarah82 10-3-2020 10:36 AM
Hahahahaha.. Sudah goyang maaaaa.. Mesti tengah cari jalan masuk terowong ghaib tu
Quote underground 10-3-2020 10:44 AM
dah habit dia, gelabah je salahkan org lain.

kalau tak betul dia nafikan, saman je la fitnah.

nampak sangat tuduhan tu betul.

siasat sekali tony puaka tu.
Quote Kurex 10-3-2020 10:46 AM
dah goyang kulop
Quote Ladybird910 10-3-2020 10:58 AM
Ape kelayakan akademik si LGE ni? Cmne blh naik jd menteri...ayat xmatang benau
Quote mawardia 10-3-2020 11:06 AM
Apooooo YB gini statement nya.
Quote paz 10-3-2020 11:10 AM
Rilex lah, tak buat salah jangan takut.

Quote R2D2 10-3-2020 11:11 AM
Play victim
Quote siq 10-3-2020 11:11 AM
sesi cuci tangan dengan ayor tencing
Quote jaja8 10-3-2020 11:12 AM
nak transparent semula lah yg adejawatan tu kena transparent dgn harta dorang ada..baru telus semua
Quote Rogue98 10-3-2020 11:14 AM
Nak divert ni... Duk sebut TH jer. Apa kata siasat bungalow n terowong tu dulu.
Quote rosli_nurizzati 10-3-2020 11:20 AM
Kenapa species ni jenis nk taichiii ja.. Tony pua mana? Siasat, jgn tak siasat.. Dr jadi menteri smpai keja manager ofis, species ni, jenis tak mengaku salah punya
Quote pokaibanktokyo 10-3-2020 11:23 AM
Jailbird Lim

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.096356 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top