CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Klip Pertama Untuk Batman Versi Robert Pattinson!

17-2-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 6538| Komen: 24|Original author: Oleh: Re.C

Description: Ramai yang ternanti-nanti hasilnya tentang mengapa pengarah baru filem ini iaitu Matt Reeves memilih Robert Pattinson. Walaupun beliau telah mengarahkan banyak filem terkemuka seperti Cloverfield dan ...


Ramai yang berasa ragu dengan kemampuan pilihan pelakon baru untuk menggantikan  setelah Ben Affleck telah dikritik tidak mampu menyaingi The Dark Knight Christian Bale. Apalagi dengan pilihan baru DC, Robert Pattinson yang telah dipilih menyarung sut itu pada bulan mei tahun lalu. Ramai yang berbelah bagi mengenai Batman baru ini.

Robbert Pattinson dalam filem Twilight
Sumber Foto: Popsugar 


Ramai yang ternanti-nanti hasilnya tentang mengapa pengarah baru filem ini iaitu Matt Reeves memilih Robert Pattinson. Walaupun beliau telah mengarahkan banyak filem terkemuka seperti Cloverfield dan Siri Planet Of The Apes, pemilihan Robert Pattinson seakan-akan cuma menarik kepada generasi baru untuk menonton filem ini nanti. 

Beliau tidak menunggu lama untuk meyakinkan peminat bahawa pilihannya tepat. Klip terbaru beliau telah menunjukkan bahawa Robert Pattinson bersedia untuk menyarung sut Batman itu.


Sumber Foto : Twitter

Peminat DC terutamanya Batman amat teruja melihat sekali lagi sut Batman kembali kepada stail yang hampir sama dengan versi Batman Christian Bale. Malah, melihat pisau Batarang di atas dada Batman adalah sesuatu yang amat menakjubkan.



Sumber Foto : @Vimeo/Matt Reeves/Daily Mail

Menurut DailyMail, filem ini sudah pun dimulakan pengambarannya dan akan ditayangkan pada jun 2021. Filem ini turut dibintangi Zoe Kravitz sebagai Catwoman, Paul Dano sebagai Riddler, Colin Farrel sebagai The penguin dan John Turturro sebagai 'bos penjejayah' Carmine Falcone. 

Sama-sama kita nantikan! - CARI


4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-2-2020 11:10 AM
laaaa ingatkan trailer
Quote husna_amal 17-2-2020 11:10 AM
harap2 batman kali ni kena dengan cita rasa peminat batman itu tersendiri.
Quote RatuDunia94 17-2-2020 11:23 AM
Apooo.. Trailer tp iols nampak hitam je video tu..
Quote shark_eow7 17-2-2020 11:39 AM
tunjuk mcm tu je... mana trailer??
Quote aijinmisaki 17-2-2020 11:44 AM
Sesuai ke heshe ni jadi batman?
Jadi vampire pun kejung namati
Quote Ladybird910 17-2-2020 12:02 PM
Aduhhhh....



Banyakla rahim2 yang exploded nnt ni.hihih
Quote VirusDetected 17-2-2020 12:40 PM
alaaaa...
keding je la batman kali ni
Quote fliphair8 17-2-2020 12:44 PM
RP ni masa twilight mmg kayu giler...tapi all movie2 dia yg hakak tgk after that mmg lain...especially the lighthouse....menjadik watak dia..hakak rasa someday he will pick up best actor award...he has that british suave and attitude tu...
Quote mdhelmi 17-2-2020 12:58 PM
harap nanti batman ada guna remote batarang sama mcm dlm game
Quote JohnnyLever 17-2-2020 01:04 PM
tak best, batman best masa george clooney dengan val kilmer, tapi dikritik konon macam parodi pornografi. poyo arr...mungkin sbb puting timbul kat kostume agaknya

Quote JohnnyLever 17-2-2020 01:05 PM
VirusDetected replied at 17-2-2020 12:40 PM
alaaaa...
keding je la batman kali ni

kelawar tu kena koronvirus
Quote GigaMom 17-2-2020 01:30 PM
Tukar skrip x
Harap x ada lagi skrip hero yg berkorban perasaan atas alasan memlindungi org yg di syagi
1 lagi standard hero, kematian mak bapak
Quote Mfzg89 17-2-2020 01:35 PM
aijinmisaki replied at 17-2-2020 11:44 AM
Sesuai ke heshe ni jadi batman?
Jadi vampire pun kejung namati

tula..rasanye laki keknis si herol tu lagi sesuai.. the best never rest...
Quote AverageJoe 17-2-2020 01:47 PM
aduh.. cengkungnya rupa Batman baru ni.
harap suara tak mengecewakan.
Christian Bale still the best so far.
Quote VirusDetected 17-2-2020 02:18 PM


aduh..sedey je la Batman berpenyakit
Quote JohnnyLever 17-2-2020 02:20 PM
AverageJoe replied at 17-2-2020 01:47 PM
aduh.. cengkungnya rupa Batman baru ni.
harap suara tak mengecewakan.
Christian Bale still the bes ...

ini batman earth nombor berapa ye? jangan earth yang batman tu homo
Quote MadameOnion 17-2-2020 04:05 PM
batman paling best christian bale..second val kilmer..yg lelain beshe2 je..ni awat dc ambik pattinson ni? batman nak jadi mat bunga ka? romance batman..
Quote Victorioussss 17-2-2020 04:16 PM
JohnnyLever: tak best, batman best masa george clooney dengan val kilmer, tapi dikritik konon macam parodi pornografi. poyo arr...mungkin sbb puting timbul kat kos ...


Iols rembes betul dgn alicia silverstone sbg batgirl masa tu

Childhood crush
Quote nikola.tesla 17-2-2020 05:05 PM
amat tak sesuai dia ni jadi batman.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054549 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top