CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Apa Dengan Tasik Tak Berdasar, Tserik-Kel?

17-2-2020 11:11 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 4286| Komen: 17|Original author: Oleh: PDOT777

Description: Pernahkah anda mendengar tentang legenda sebuah tasik yang terkenal di Rusia? Tasik yang digelar penduduk tempatan sebagai tidak berdasar atau bottomless, dikenali sebagai Tasik Tserik-Kel.

Kredit foto: rbth.com

Pernahkah anda mendengar tentang legenda sebuah tasik yang terkenal di Rusia? Tasik yang digelar penduduk tempatan sebagai tidak berdasar atau bottomless, dikenali sebagai Tasik Tserik-Kel.

Terletak 40 kilometer dari bandar Nalchik yang juga ibu kota Republik Kabardino-Balkar di Rusia, lokasi tasik Tserik-Kel sangat tersembunyi di kawasan pergunungan Caucasus. 

Memetik sumber Russia Beyond, tidak pernah ada penduduk yang memancing ataupun menyelam di tasik itu. Ini kerana kepekatan hidrogen sulfida yang sangat tinggi dalam air di tasik itu. Ia juga membuatkannnya bukan habitat sesuai untuk hidupan laut melainkan udang jenis crayfish gammarus ataupun tumbuhan algae. Hidupan yang lain pasti akan mati kalau membiak di tasik ini.

Tasik Tserik-Kel digelar sebagai Lower Blue atau dalam bahasa Rusia, Nizhneye Golubeye. Tasik ini merupakan satu daripada lima tasik di Republik Kabardino-Balkar yang terhasil akibat runtuhan gua batu kapur ribuan tahun dahulu.



Pemandangan yang sangat indah di Tasik Tserik-Kel
Kredit foto: caspiannews.com

Digelar sebagai Tserik-Kel yang juga boleh bermaksud sebagai tasik yang busuk, tasik ini tidaklah besar mana dengan ukuran 235 x 130 meter, tetapi dunia bawah airnya yang menarik perhatian. 

Tasik ini dikatakan tasik terdalam daripada lima tasik hasil runtuhan batu kapur di republik ini dan juga antara 10 tasik yang terdalam di Rusia.

Pada 2016, satu ekspedisi sains dijalankan di sini dan pengkaji mampu menyelam sehingga rekod kedalaman 279 meter. Keseluruhannya, 400 percubaan menyelam telah dilakukan. Saintis percaya bahawa gua yang berada di dalam tasik ini mampu untuk pergi lebih dalam berbanding 279 meter yang direkodkan. 

Tapi, semakin dalam menyelam, pengllihatan mereka semakin kabur dan difahamkan kajian ini terpaksa ditinggalkan untuk diteruskan pada masa depan. Sebuah model 3D untuk tasik ini telah dihasilkan berdasarkan kepada hasil kajian itu.



Saintis juga percaya yang tasik ini berusia lebih kurang 10,000 tahun. Menurut kajian, suhu adalah konsisten di tasik ini disebabkan air yang berterusan datang daripada bahagian dasar tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjadi panas semasa iklim musim panas, ataupun menjadi sejuk semasa iklim musim sejuk.

Pada 2012, penyelam Martin Robson bersama pasukannya cuba untuk menyelam di tasik ini. Malangnya, penyelam Rusia yang juga salah seorang daripada ahli pasukan, Andrei Rodionov terkorban ketika menyelam. 

Martin pula dikejarkan ke unit rawatan rapi apabila diserang penyakit decompression sickness, yang terjadi apabila nitrogen larut dalam darah dan tisu melalui tekanan yang tinggi. Martin terpaksa bertarung nyawa selama 11 hari di salah satu hospital di Sochi, dan berjaya diselamatkan. Menurut rekod, beliau berjaya menyelam di tasik ini sedalam 209 meter.


Martin Robson
Kredit foto: Researching Between the Devil and the Deep: Rotten eggs and beautiful blue lake, unbound.com

Mungkin legenda yang paling popular di tasik ini adalah mengenai kewujudan naga. Diceritakan yang seekor naga ditumpaskan di tasik ini oleh seorang hero tempatan menggunakan anak panah. Naga itu jatuh ke dalam tasik dan air mata kesakitannya membanjiri kawasan ini, lalu membentuk sebuah tasik. 

Ada yang berjenaka bahawa naga itu masih hidup dan tinggal di dalam tasik berkenaan, menghalang saintis untuk membuat penyelidikan.

Mungkin ada cerita lain di sebalik tasik itu? Mungkinkah ada sesuatu yang membuatkan tasik itu paling berharga bagi penduduk tempatan di situ? - CARI
6

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • rosasen

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 17-2-2020 11:28 AM
menarik.....
Quote Kurex 17-2-2020 11:29 AM
cantik tapi bahaya
Quote Sangkar_Emas7 17-2-2020 11:39 AM
Menakutkan...beraninya nk selam.
Quote tupaiterbang 17-2-2020 11:42 AM
sib baik takde sekolah kt area tu, kalu tak time cuti ja mesti ramai dok mancing dan mandi
Quote bintangct 17-2-2020 11:45 AM
bagus la vid 3d tu senang nak paham
Quote kucingitam 17-2-2020 11:48 AM
wah...amazing
Quote irapie 17-2-2020 11:54 AM
Baru Tau.. thank u for the info
Quote ms.mango 17-2-2020 11:58 AM
cantik tapi bahaya...
Quote uda 17-2-2020 12:09 PM
Tak boleh ke mereka masukkan remote camera kedalam tasik tu untuk tenguk apa yang ada dalam tu.
Quote Artemesiaa 17-2-2020 12:27 PM
Cantik dan menarik cerita mengenai tasik tu
Quote violetungu 17-2-2020 01:22 PM
Kenapa aku rasa dalam tasik tu angker..
Quote insulin 17-2-2020 02:00 PM
Baca ciri-ciri tasik tu je dah terasa menakutkan...
Quote Andyscenes 17-2-2020 02:21 PM
uda replied at 17-2-2020 12:09 PM
Tak boleh ke mereka masukkan remote camera kedalam tasik tu untuk tenguk apa yang ada dalam tu.

rasanya x boleh sbb tekanan air dalam terlalu tinggi.
Quote paz 17-2-2020 02:21 PM
Menarik betul.
Quote husna_amal 17-2-2020 02:26 PM
kalau ada naga dah sama macam cerita naga tasik chini.
Quote gummiebear 17-2-2020 03:16 PM
Salute untuk penyelam2

Tapi menakutkan yach
Quote Catpaw 17-2-2020 04:39 PM
Subhanallah cantiknya tasik ni. Bahsa russia tak faham sepatah harem

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055775 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top