CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tuhan Beri Peluang Kedua, Tapi Masyarakat...' - HIV Bukan Lagi Hukuman Mati

20-1-2020 10:53 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 6346| Komen: 30|Original author: Oleh: HakirRahman

Bila bercakap soal HIV, pelbagai persoalan timbul. Ramai masih lagi takut dan jijik dengan penyakit ini disebabkan gambaran HIV/AIDS pada awal 1980-an sebagai penyakit 'hukuman mati'. Siapa dapat, pasti mati!


Tetapi, tahukah anda disebabkan kemajuan perubatan, virus HIV yang dahulunya bak hukuman mati ini sebenarnya sudah lagi tidak berbahaya seperti dahulu? 

Sudah wujud rawatan yang menyebabkan virus ini menjadi "dormant" atau "tidur" dalam badan, ia tidak lagi semestinya menjadi penyakit AIDS yang membunuh. Malah, sudah ada kes apabila pesakit HIV berjaya pulih sepenuhnya daripada penyakit itu, walaupun ahli saintis masih mencari punca pemulihan sebenarnya. 


HIV bukan AIDS

Foto: KKM

Malangnya, stigma atau pandangan buruk terhadap penyakit ini masih berleluasa. Sebut sahaja ada penyakit HIV, kebanyakan kita akan takut terjangkit. Penyakit HIV tak mudah berjangkit macam selesema atau bengkak mata ya. Ada proses penyebaran dan jangkitan yang sangat khusus.

Malah, stigma ini jugalah menyebabkan golongan berisiko tinggi (LGBT, penagih dadah, ibu atau isteri yang suami mereka berisiko tinggi) malu hendak menjalani ujian pengesanan awal dan rawatan. Malah, kalau dahulu ibu yang ada virus HIV boleh memindahkan virus terhadap bayi mereka, kini tidak lagi. Asalkan makan ubat dan patuh kaedah rawatan. 

Di Malaysia, rawatan dan ujian tersebut disediakan secara percuma untuk mengelakkan wabak lebih besar dalam masyarakat. 


Virus bahaya, tapi jangan jauhi orangnya
Foto: Google

MalaysiaKini baru-baru ini, menerbitkan sepucuk surat pembaca penghidap HIV yang bercerita tentang stigma dihadapinya sehingga biasiswa dan peluang belajarnya ditamatkan kerana stigma masyarakat. 

Penulis tersebut bercerita bagaimana semuanya bermula kerana beliau meminta kebenaran untuk ke hospital bagi mendapatkan ubat. Orang yang dipercayainya membuat aduan kepada pengurusan kolej dan melanggar etika rawatan perubatan dengan mendedahkan statusnya, menyebabkan pelbagai tekanan dihadapinya untuk menamatkan pengajian. 

"Tanpa pengetahuan saya, pegawai tersebut telah melaporkan status HIV saya kepada dekan kampus. Sungguh, saya amat marah dengan tindakannya kerana tidak pernah memberi kebenaran untuk memaklumkan status HIV saya kepada sesiapa pun. Dengan tindakan pegawai pembantu perubatan itu, bermulalah siri tindakan terhadap saya oleh pihak institusi." 

Kesannya, beliau "disiasat", biasiswa ditarik balik dan pengajiannya ditamatkan walaupun beliau sudah menjalani rawatan sepatutnya untuk mengelak virus HIV itu tersebar. 

"Sejak mendapat tahu tentang status HIV, saya mula belajar bagaimana untuk menjaga diri dan diri mereka yang intim dengan saya. Dalam dunia yang serba rumit ini, sesiapa pun boleh dijangkiti virus HIV. Lebih-lebih lagi, dalam masyarakat yang ilmu dan informasi tentang virus ini disekat tanpa memikirkan natijahnya. 

"Tapi, dengan maklumat dan rawatan yang baik, dunia tidak berakhir bagi kita. Apa yang saya sedar daripada pengalaman ini adalah kehancuran datang daripada kebencian orang lain," tulisnya. 


Pelbagai tekanan diterima pesakit HIV
Foto: Google
Apa pandangan anda jika kawan-kawan/ ahli keluarga atau pekerja anda mempunyai HIV? Adakah anda meminggirkan mereka? 

Golongan ini sudah mendapat peluang kedua untuk menjalani hidup dengan lebih baik, atau mereka sebenarnya tidak layak mendapat peluang kedua dan patut dibiarkan mati tanpa dibantu? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 20-1-2020 11:04 AM
bertabahlah...
Quote MissLana 20-1-2020 11:08 AM
kesiannya utk mangsa. infected sbb lgbt ka?
Quote Kurex 20-1-2020 11:27 AM
jgn sembarangan la korang..
Quote fizzzy 20-1-2020 11:31 AM
AIDS adalah peringkat akhir untuk HIV. tapi di Malaysia peratus orang yang faham bagaimana HIV  berjangkit sangat kurang. HIV tak akan berjangkit melalui sentuhan.  Prevention is the must
Quote tungkai 20-1-2020 11:43 AM
Dah ada ubat utk HIV untuk tingkatkan imuniti dalam badan CDC4 ke apa nama ntah. Cuma kena makan secara berterusan & check darah secara berkala.
Quote Cassieopeia 20-1-2020 12:12 PM
tungkai replied at 20-1-2020 11:43 AM
Dah ada ubat utk HIV untuk tingkatkan imuniti dalam badan CDC4 ke apa nama ntah. Cuma kena makan sec ...

aah baru tau jgk psl tu..skrg pengidap hiv ni siap boleh je kawin dan beranak pinak kan..cuma ubat xleh tinggal seumur hidup..
Quote Themilo 20-1-2020 12:30 PM
meols ada sorang member dapat offer further studies, tapi sebab kena declare status kesihatan, dia tak sanggup.. sian dia..
Quote pashminamerah 20-1-2020 12:34 PM
Al-Fatihah utk kawan baik pash yang pergi kerana AIDS..
dia antara 1 dalam 1000, yang ubat tu tak berjaya..
3-4 jenis ubat HIV yang dah dia makan..
tp still xdpt buat kuman tu inactive..
Quote InVendeTTa 20-1-2020 12:55 PM
Aku ade kawan yg mcm lembut2 sudah dibuang fmly.hari2 meroyan kat fb gaduh org asek tuduh dia ade HIV. Status2 pon suicidal juga .Tp mmg dia makin kurus,kulit makin byk blisters bagai
Quote MissMamamia75 20-1-2020 01:50 PM
My sister kerja lab disebuah makmal di local IPTA..last week baru dia dpt tau salah srg student master..ada HIV..dan student tu xde inform sapa2..aman damai guna lab...huhu..

Ntah mcmana info pasal dia sakit tu bocor bfore dia pi cuti semester baru2 ni..dia baru disahkn HIV after dia buat details check up..dia gay dan dpt penyakit tu dr his boyfriend..

Sbb tu sila la jauhi LGBT..dan hubungan songsang serta jauhi zina...

Since ni kes pertama di Uni tu..my sis dan bos serta team2nya tgh diskuss mcmana nak handle kes mcm ni..mujur diorg dah mmg praktis dr dulu wajib guna glove..
Quote ohnoLia 20-1-2020 04:11 PM
MissMamamia75 replied at 20-1-2020 01:50 PM
My sister kerja lab disebuah makmal di local IPTA..last week baru dia dpt tau salah srg student mast ...

Ooo maknanya kalau sesama jantina berhubungan maka virus hiv entah secara mcm mana, tercipta atau terlahir....   ai suspect cecair dua lelaki bila bergabung maka dia berubah menjadi virus hiv..
Sbb itulah bahayanya lbgt..




Maaf kalau salah ye
Quote aku_ker 20-1-2020 05:13 PM
Edited by aku_ker at 20-1-2020 05:16 PM
MissMamamia75 replied at 20-1-2020 01:50 PM
My sister kerja lab disebuah makmal di local IPTA..last week baru dia dpt tau salah srg student mast ...


Uish xyah pakai glove just make sure the student is is registered and take his antiviral, viral load rendah xkan jangkit org lain even though sex. Suh student ni bg confirmation viral load die rendah.
Macam artikel ni cakap nowdays HIV bukan death sentences cuma Kene bergantung dgn antiviral seumur hidup, bole hidup macam biasa siap bole kawen and dapat anak yg bebas infection .
Quote aku_ker 20-1-2020 05:19 PM
pashminamerah replied at 20-1-2020 12:34 PM
Al-Fatihah utk kawan baik pash yang pergi kerana AIDS..
dia antara 1 dalam 1000, yang ubat tu tak b ...

Bukan kawan u but mostly yg fatal if they missed their drugs , sbb ubat ni ade side effect yg teruk macam muntah2 cirit birit , pening. Tapi skg dah ade ubat yg ok yg xde side effect tu semua
Quote JunkMail 20-1-2020 07:05 PM
Biar jadi pedobear dik...dari jadi pembawa HIV. Pedobear halal boleh sambung belajar walaupun dah sabit kesalahan
Quote HaikalKee 20-1-2020 07:06 PM
Kebanyakan Masyarakat kurang knowledge tentang HIV dan AIDS.
Quote ladybugz 20-1-2020 07:42 PM
Jauhila zina. One of my close relatives got this from his homosexual partner. Ade sebab diharamkan zina, semuanya utk kebaikan diri kita sendiri. For me, if u got hiv from zina, bertaubatlah, anggapla ianya teguran dari Allah supaya kita jadi org yg lebih baik. Lawan la nafsu songsang atau x songsang tu sekuat2nya sampai mati dan jgn putus asa. Masih ade ruang utk bertaubat itu satu anugerah. Kembali la ke pangkal jalan. Masih ada yg sayang.
Quote Dwdrum 20-1-2020 09:43 PM
aku_ker replied at 20-1-2020 01:13 AM
Uish xyah pakai glove just make sure the student is is registered and take his antiviral, viral  ...

antiretroviral sis.........antiviral untuk rawat seperti herpes...flu virus ...hepatitis etcc
Quote aku_ker 20-1-2020 11:32 PM
Dwdrum replied at 20-1-2020 09:43 PM
antiretroviral sis.........antiviral untuk rawat seperti herpes...flu virus ...hepatitis etcc

Yup antiretroviral, typo do situ me bukan doc tapi pernah pegi seminar kesedaran aids
Quote vee_zara 21-1-2020 11:23 AM
ladybugz replied at 20-1-2020 07:42 PM
Jauhila zina. One of my close relatives got this from his homosexual partner. Ade sebab diharamkan z ...

Yesza especially yg dah ada anak bini tu tp masih lg nak cari lubang bontot. Jangan la aniaya anak bini anda ye.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.074386 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top