CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Gaya Hidup Lihat artikel

"Sah Ke?" - Tular Lelaki Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi, Ini Jawapan Mufti

20-1-2020 10:46 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10963| Komen: 29|Original author: Oleh: natrahn

Description: Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Shareen Omar berkongsi gambar seorang lelaki mendukung bayi lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan semalam.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Shareen Omar berkongsi gambar seorang lelaki mendukung bayi lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan semalam.


Kredit foto: Sinar Harian

Hantaran itu menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga perkongsian gambar oleh Shareen itu kini mencecah lebih 4,700 tanda suka dan lebih dari 7,600 warganet telah berkongsi gambar tersebut (ketika artikel ditulis).


Loading FB Post...


Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut kerana situasi itu amat jarang berlaku pada lelaki di Malaysia amnya.

“Kalau orang perempuan dah biasa gendong anak masa solat, namun kalau lelaki jarang sangat nak tengok. Syabas lelaki ini, mungkin isterinya tidak sihat dan mengambil tanggungjawab menjaga anaknya," tulis netizen di ruang komen.

Manakala, netizen lain pula berkata, “Yang ni baru patut viral (tular). Semoga keluarganya jadi keluarga yang soleh dan solehah, amin."

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ahli keluarga yang sepatutnya membantu menjaga bayi itu ketika lelaki berkenaan menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dibela netizen lain yang meminta pengguna lain supaya lebih menghayati ilmu melalui paparan video tersebut.

“Ambil ilmu tu, bukan sibuk tanya mak dia, nenek dia, tokwan dia. Sah sembahyang tu. Dekat Arab sana, ramai yang macam ini cuma dekat Malaysia tiada orang buat. Tiada orang buat bukan bermakna tak sah," tulisnya yang dipetik Sinar Harian.

Islam merupakan satu agama yang bukan sahaja indah tetapi sangat mudah. Malah, Islam mempunyai hukum untuk menunaikan solat bersama bayi sama ada didukung atau dibawa bersama ke masjid.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sesiapa saja yang mempunyai anak kecil boleh solat dengan bayi anda tanpa sebarang masalah sesuai dengan hadis yang dinyatakan.

Hadis menerusi Abu Qatadah Al- Ansari R.A :

Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullan S.A.W dengan suaminya Al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud, baginda meletakannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. 

(Al- Bukhari, Sahih al – Bukhari)

Maka dalam hal ini, ibu bapa  DIHARUSKAN untuk mendukung anak kecil ketika sedang mendirikan solat dengan syarat yang perlu dipatuhi.

  1. Si ibu atau bapa harus pastikan anak dalam keadaan bersih dan bebas dari najis. Jadi, pastikan lampin anak sudah ditukar baru sebelum solat ya.
  2. Pergerakan harus dijaga. Pergerakan yang melebihi tiga kali akan membatalkan solat.
  3. Pastikan dada anda sentiasa mengadap arah kiblat
  4. Situasi ini hendaklah dilakukan ketika dalam keadaan terpaksa. Sebaiknya, biarlah ada orang untuk menjaga anak sewaktu anda sedang solat.


Kredit foto: Zayan.my

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua muslimin dan muslimat. - CARI
9

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 20-1-2020 11:02 AM
Segelintir lelaki memilih untuk tidak solat berjemah dengan beribu macam alasan.
Quote bloodyamuk 20-1-2020 11:05 AM
husna_amal: Segelintir lelaki memilih untuk tidak solat berjemah dengan beribu macam alasan.


betul...ini patut diberi highlight...rumah belakang surau/masjid pun ada yang liat nak bangkit solat jemaah...padahal orang laki bukan kena pakai telekung pun...ala koboi je...solat ikut imam bukan kena jadi imam pun...
Quote Kurex 20-1-2020 11:33 AM
kadang kalau bagi hadis sahih sampai ada perawi yg tak putus pun, tetap la netizen tanya sumber mana.. terang bersuluh hadis bukhari yg memang tersangat sahih..
Quote misuke 20-1-2020 11:53 AM
lagi nk persoal laki gini.. padahal yg x solat jumaatbkt luar berlambak.. idak la nk tegur
Quote CiliPadiSedap 20-1-2020 11:57 AM
kan best jemaah wanita boleh solat depan kamera, ni kamera kt tempat lelaki je
Quote Sham143 20-1-2020 12:15 PM
Kalau dalam islam hukumnya sah..tapi kalau pada bangsa melayu tak sah.. Melayu dan islam tk sama..Begitu juga dgn pegang anjing. Kalau dalam islam boleh aje dgn syarat sama2 kering..kalau anjingnya basah cuma di samak saje..tapi kalau pada bangsa melayu hukumnya haram..berdosa besar. Masuk neraka nanti..
Quote fliphair8 20-1-2020 12:34 PM
Sham143 replied at 20-1-2020 12:15 PM
Kalau dalam islam hukumnya sah..tapi kalau pada bangsa melayu tak sah.. Melayu dan islam tk sama..Be ...

on point dek...berlebih-lebihan ni mmg melayu la...islam tu mudah, melayu yg susah lagi menyusahkan..
Quote cekenit 20-1-2020 12:36 PM
Sibuk tanya sah ke tak sah...yang xpergi solat jumaat tu yang sah2 xpayah la nk bagi mcm2 alasan..
Quote LadyCarefree 20-1-2020 01:19 PM
husna_amal: Segelintir lelaki memilih untuk tidak solat berjemah dengan beribu macam alasan.



Sesiapa nk solat ke xnk ke sukati memasing laaaa
Quote sarahmirza 20-1-2020 02:08 PM
Sham143 replied at 20-1-2020 12:15 PM
Kalau dalam islam hukumnya sah..tapi kalau pada bangsa melayu tak sah.. Melayu dan islam tk sama..Be ...

Sangat betul....
Orang Melayu ni makan babi je haram, makan rasuah atau makan makanan yg dikutip dari lori accident tak pulak tau haram.
Quote mdhelmi 20-1-2020 02:11 PM
tahniah pada brader yg kendong anak
pada owner fb xperlu kot semua benda nk up
tp penyakit media sosial skrg mmg mcm tu
layan
Quote Artemesiaa 20-1-2020 03:22 PM
Bila tak tahu mulalah mempersoalkannya yang tahu anggap ia benda biasa je
Quote pjade 20-1-2020 04:54 PM
Nampak sangat lelaki Melayu tak jaga anak.. ada sorang yang buat contoh elok, lagi nak persoal.. so meleis!
Quote RatuDunia94 20-1-2020 05:03 PM
Kalau solat sambil dukung bininya baru x sah....
Quote EvieWanKenobi 20-1-2020 05:11 PM
Alhamdulillah.. sekurang2nya dia tak cari alasan
untuk tidak bersolat Jumaat..

Quote diggerr 20-1-2020 05:25 PM
Quote addved 20-1-2020 05:56 PM
Islam itu mudah, don't make a big deal out of nothing.
Quote Kuasaberganda 20-1-2020 07:53 PM
Untungnya wife dia dapat suami mcm ni. Merembes terus vagina kalo dpt suami camni yer. . Goodjob suami kau. Suami yg lain silalah gigit jari tgk netizen dok puji dia
Quote aderaderker 20-1-2020 10:44 PM
Berlambak tak gi semayang Jumaat melepak kat dlm mall ngan muka tak malunya, ada orang persoalkan tak..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052962 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top