CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kadar Baharu Saman Aes Boleh Dibayar Hari Ini

11-10-2013 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4612| Komen: 19

Description: Putrajaya - Kadar Baharu Rm150 Saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (Aes) Yang Diumumkan Baru-Baru Ini Boleh Dibayar Mulai Hari Ini.
PUTRAJAYA - Kadar baharu RM150 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diumumkan baru-baru ini boleh dibayar mulai hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, kadar baharu itu hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 Sept lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300.

Beliau berkata kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.

Tempoh 14 hari itu bermula hari ini, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ismail menegaskan jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, akan dihadapkan ke mahkamah.

Selain itu, Ismail berkata, bermula Januari 2014, mereka yang dikenakan saman AES akan turut dikenakan mata demerit mengikut jenis kesalahan berdasarkan sistem Keselamatan Jalan Raya atau Kejara.

Katanya bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan melebihi had laju akan dikenakan lapan mata demerit selain dikenakan saman.

"Tetapi jika mereka membayar saman AES dalam tempoh tiga bulan, mata demerit itu tidak akan dikenakan," katanya dan menurutnya jika mendapat 15 mata demerit dalam masa satu tahun, lesen memandu boleh digantung.

Beliau berkata penyelarasan hukuman itu dijangka dilakukan selepas proses pengambilalihan AES dan sistem Kejara oleh kerajaan selesai.

Ismail juga menasihatkan pemilik kenderaan supaya mengambil tahu siapa yang menggunakan kenderaan mereka.
   
"Ini bagi mengelakkan sekiranya dikenakan saman, mereka tahu siapa yang menggunakan kenderaan mereka sewaktu saman dikeluarkan dan harus bertanggungjawab," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JPJ akan melaksanakan 85 peratus urusniaga mereka secara dalam talian atau online dengan Perlis dan Melaka akan menjadi perintis projek itu bermula 20 Oktober ini sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain 29 Oktober ini. - Bernama





Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cammie1711 11-10-2013 09:24 AM
Saman pun dah kenakan interest skang ni??
senang nye cara nak paksa rakyat bayar saman
Quote tebuanharimau 11-10-2013 09:42 AM
kat mana nak semak ada saman AES ni ke tak? check kat JPJ & PDRM clear...

surat x sampai kat umah tapi rasa kena flash masa kawan bawak hari tu...
kat belakang xde kereta lain plak masa tu...tak tahu la kalau2 salah flash


OT jap ...rupa AES tu



mengingatkan pada robot / filem ni plak






Last edited by tebuanharimau on 11-10-2013 09:44 AM

Quote vv2005 11-10-2013 09:47 AM
aku hanya mampu bayar saman bawah RM50 jee...
Quote prettyuglybabe 11-10-2013 09:55 AM
bagus la..
Quote apalancut 11-10-2013 11:53 AM
time kerajaaan taakdek duit, dah naiiikkan minyak, naikkan segala benda, salah satu lg sumber wang cepat kerajaan adalah mengutip saman2 pesalah lalu lintas.. tiap2 tahun ada promosi diskaun saman. Tahun ni tambah lagi satu.. Promosi diskaun AES Aidiladha.
Quote tapibukanaku 11-10-2013 12:04 PM
tebuanharimau posted on 11-10-2013 09:42 AM
kat mana nak semak ada saman AES ni ke tak? check kat JPJ & PDRM clear...

surat x sampai kat umah ...

hari tu kena flash gak, tapi takde pulak surat saman sampai setakat ni
Quote tebuanharimau 11-10-2013 12:05 PM
tapibukanaku posted on 11-10-2013 12:04 PM
hari tu kena flash gak, tapi takde pulak surat saman sampai setakat ni

itulah.. xmolah dapat surprise masa birthday (masa nak renew license)
Quote NIXAR 11-10-2013 12:06 PM
kalo sy bg alasan bodoh x tau undang2 boleh lepas tak? x payah byr gitu
Quote tapibukanaku 11-10-2013 03:30 PM
NIXAR posted on 11-10-2013 12:06 PM
kalo sy bg alasan bodoh x tau undang2 boleh lepas tak? x payah byr gitu

tak mau bayar pun takpe...
Quote NIXAR 11-10-2013 03:45 PM
tapibukanaku posted on 11-10-2013 03:30 PM
tak mau bayar pun takpe...

ai tunggu diskaun krismas plak....lg 50%
Quote tapibukanaku 11-10-2013 04:04 PM
NIXAR posted on 11-10-2013 03:45 PM
ai tunggu diskaun krismas plak....lg 50%

uols ni..tunggu diskaun je..
Quote akies 11-10-2013 04:08 PM
kalau masuk area putrajaya..gigih aku bawak kete 70km/j
kamera aes tktau kat mane..
bior ler slow..janji tk kena saman
Quote tapibukanaku 11-10-2013 04:31 PM
akies posted on 11-10-2013 04:08 PM
kalau masuk area putrajaya..gigih aku bawak kete 70km/j
kamera aes tktau kat mane..
bior ler slow. ...

kat putrajaya ada AES kah?
Quote akies 11-10-2013 04:33 PM
tapibukanaku posted on 11-10-2013 04:31 PM
kat putrajaya ada AES kah?

ada..tapi taktau kat mane..
staf gomen tau ler kut
datang sane sesekali je..visit customer..
Quote tapibukanaku 11-10-2013 05:31 PM
akies posted on 11-10-2013 04:33 PM
ada..tapi taktau kat mane..
staf gomen tau ler kut
datang sane sesekali je..visit customer ...

owh uols ni mesti orang insurance eh?
Quote dragger 11-10-2013 05:40 PM
tapibukanaku posted on 11-10-2013 04:31 PM
kat putrajaya ada AES kah?

area Putrajaya ada seketul... tapi aku lupa area mne.. pasal aku bawak moto time tu... tgk kereta sebelah aku laju je.. pastu kena flash

tgk kat depat terpacak je tiang AES tu

tp sebelum camera AES tu ada dah dia letak papantanda camera AES tu

Quote tapibukanaku 11-10-2013 05:44 PM
dragger posted on 11-10-2013 05:40 PM
area Putrajaya ada seketul... tapi aku lupa area mne.. pasal aku bawak moto time tu... tgk kereta  ...

owh. kena hati2 lah sikit pasni
lagipun putrajaya pusat pentadbiran persekutuan. harus lah kena ada AES
Quote akies 11-10-2013 05:44 PM
tapibukanaku posted on 11-10-2013 05:31 PM
owh uols ni mesti orang insurance eh?

kui3x..bukanler..ku keje swasta..IT support..
customer majoriti gomen..opis sume kat putrajaya..
Quote tapibukanaku 11-10-2013 05:51 PM
akies posted on 11-10-2013 05:44 PM
kui3x..bukanler..ku keje swasta..IT support..
customer majoriti gomen..opis sume kat putrajaya..: ...

owh. thot uols agent insurance. jumpa customer

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067553 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top