CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Sempena Merdeka, 8TV Tayang Telefilem 'Back To You', Anak Angkat Cina Dalam Keluarga Melayu!

30-8-2019 10:41 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 14097| Komen: 9|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Sempena bulan kemerdekaan ini, stesen televisyen pasti berlumba-lumba ingin mengeluarkan isi yang menerapkan semangat patriotik dalam diri penonton.
Sempena bulan kemerdekaan ini, stesen televisyen pasti berlumba-lumba ingin mengeluarkan isi yang menerapkan semangat patriotik dalam diri penonton.

Tak kurang juga saluran 8TV di bawah naungan Media Prima menampilkan kelainan dengan membawa sebuah telefilem bertajuk 'Back To You' yang menceritakan perbezaan budaya dan agama hasil coretan Simon Long dan Moo Siew Keh.


Yang menariknya, telefilem ini menampilkan barisan pelakon drama Melayu yang hebat seperti Azizah Mahzan, Jasmin Suraya Chin, Ernest Chong, Remon Lim, Charlie Numan Salleh, dan Yuna Rahim.


Kredit foto: KoolFM

Nah trailernya:


Telefilem ini mengisahkan tentang seorang ibu, Xiu Min yang terpaksa menyerahkan salah seorang anak kembarnya, Cai Yun kepada keluarga lain kerana masalah kewangan yang dihadapi dan atas desakan suaminya pada 28 tahun lalu.

Xiu Min kemudian diberitahu bahawa keluarga angkat anak gadisnya itu telah muflis dan mereka meninggalkan Cai Yun di rumah anak yatim. Selepas itu, Xiu Min tidak menerima apa-apa berita tentang anak gadisnya.


Kredit foto: Youtube

Zhi Cheng yang merupakan adik beradik kembar Cai Yun berusaha untuk mencari gadis itu akhirnya membuahkan hasil apabila mengetahui keberadaannya. 

Xiu Min yang sangat teruja untuk berjumpa dengan anak gadisnya terkejut melihat penampilan Cai Yun yang dibesarkan keluarga Muslim berhijab dan fasih berbahasa Melayu.  

Namun, dapatkah Cai Yun menerima ibu kandung yang telah ‘membuang’ nya pada suatu ketika dahulu? Atau dapatkah Xiu Min memujuk anak gadisnya itu?

Rata-rata netizen menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk menonton telefilem ini kerana kelainannya selain memuji 8TV kerana berani membawa kisah berat seperti ini.

Tak kurang juga ada netizen yang berkongsi bahawa jalan hidup mereka juga sama dengan plot yang disampaikan kisah 'Back To You' ini.


Kredit foto: Twitter

Jangan lupa tonton telefilem 'Back To You' pada 31 Ogos ini, jam 8.30 malam di saluran 8TV. - CARI
Tak sabarnya! -CARI
6

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 30-8-2019 02:37 PM
Must watchhhh
Quote Artemesiaa 30-8-2019 03:42 PM
Tengok tezzer macam best je jalan ceritanya
Quote nono86 31-8-2019 10:00 PM
Tak berkenan sungguh geng bungkus kepala ni. Takda pelakon tua  len dah ke yang pakai tudung helok macam heroin tu
Quote miemiecha 6-9-2019 08:12 AM
knp mek baru nampakkkkkk hariniiiiiiiii!!!!!
sobs osb...
Quote amira_adlina 16-9-2019 11:24 PM
Mmg xde subtitle ke masa family cina tu borak?xfhm plak
Tapi citer best
Quote ladydolph 18-9-2019 03:17 PM
nak tgk hari tu tp cancel lah... sbb subs pun in chinese .....
Quote ladydolph 18-9-2019 03:21 PM
[youtube]mIkhtGJVT0c[/youtube]

ahernya jumpa jugak yang bersubstitle ....
Quote sherzjacob 18-9-2019 04:10 PM
ladydolph replied at 18-9-2019 03:21 PM
ahernya jumpa jugak yang bersubstitle ....

Cantekkkk
Quote heythere123 29-7-2021 08:13 PM
best, iols memang sampai menangis tengok ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.090684 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top