CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

YDP Agong Pilih BTS, Peminat Bergurau Tanpa Batas Hingga Cetus Kemarahan Netizen

31-7-2019 09:52 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 6015| Komen: 9|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Tanggal 30 Julai 2019, terlakarnya satu lagi sejarah bersempena pertabalan Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16.
Tanggal 30 Julai 2019, terlakarnya satu lagi sejarah bersempena pertabalan Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16.

Bagi menyambut hari bermakna itu, Astro Awani telah mengadakan sesi temu ramah rasmi untuk mengenali figura ini dengan lebih rapat lagi.


Pun begitu, yang menarik perhatian apabila Yang-Di Pertuan Agong telah diajukan soalan sama ada baginda meminati kumpulan K-pop Blackpink ataupun BTS.



Susulan itu, ramai netizen mengatakan bahawa soalan itu tidak sesuai diajukan kepada baginda.


Kredit foto: Twitter

Ada yang bergurau dan berkata takut Permaisuri Agong marah, sebab itu pilih BTS dan bukannya Blackpink.


Kredit foto: Twitter

Kebanyakan peminat BTS terutamanya daripada Malaysia bersorak gembira apabila YDP Agong memilih BTS sebagai artis K-pop kegemarannya. 

Namun, ada peminat yang bergurau melampau sehingga tidak tahu tertib dan dan batasan apabila bercakap tentang YDP Agong.


Kredit foto: Twitter

Seorang peminat BTS telah mempersoalkan sama ada benarkah muka Sultan Abdullah sama dengan salah seorang ahli kumpulan K-Pop itu.


Kredit foto: Twitter

Difahamkan bahawa peminat BTS ini bukanlah daripada Malaysia. Orang ramai telah cuba meminta individu ini supaya memadam entri berkenaan kerana ia tidak menghormati YDP Agong.

Warganet berasa marah kerana hal YDP Agong boleh dibuat main tanpa batas dan hormat oleh sesetengah peminat BTS ini.


Kredit foto: Twitter

Gurauan pun kena ada batasnya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seller6183 31-7-2019 11:26 AM
possible untuk agong kenal siapa BTS sebab dia ketua negara kot. teknologi dia lagi maju dr kita.
tapi fanatik kpop ni mintak bertenang sikit la. fans flybait pun rilek je. hahaha

nyanyi sikit
"Seketika itu sepi mencuit hati, hanya suara hujan seakan menyanyi, mendendangkan lagu syahdu
ketika ku terpegun, merenung jauh gambarmu sayangku"
Quote sonatalady 31-7-2019 12:07 PM
X minat bts..tp army dia memang over.
Mengagungkan bts mcm tuhan sampai x bole komen negatif langsung.
X bole usik kat org.
Quote oneders 31-7-2019 02:22 PM
sebelum session, dah tentu ada tapisan soalan dan soalan yang ditanya tu tentunya soalan yang dapat approval.
Quote Artemesiaa 31-7-2019 03:13 PM
Soalan secara berseloroh je untuk buat rasa lebih santai pun ada yang jadikan isu.  Mustahil beliau tak tahu apa2 mengenai dunia hiburan sekarang dan apa yang menjadi kegilaan anak muda dalam dunia yang maklumat hanya dihujung jari je.
Quote gideoncross 31-7-2019 09:07 PM
sonatalady replied at 31-7-2019 12:07 PM
X minat bts..tp army dia memang over.
Mengagungkan bts mcm tuhan sampai x bole komen negatif langsu ...

Ha'ah, sana cni mnyemak. Kat YouTube pun sma, video bukan psl BTS pun ARMYs ikut mnyemak. Bila d tegur, thu lak mroyan.
Quote makcikgemuk 31-7-2019 11:39 PM
Patutnya tanya Awie atau Shahnaz
Quote nono86 31-7-2019 11:59 PM
Aku minat bigbang
Quote renko 1-8-2019 09:28 AM
fans kpop kebanyakan bodoh
ade ke yang bijak
banyak nye bodoh bangang taksub xpasal2
Quote amimikey 2-8-2019 10:52 PM
alahhh banding muka je pun, lain la dia bandingkan muka agong dengan binatang ke hape haa tu memang nak kena tikam tombak la. anyway relaks2 semua agong pun chill sajorhh kalau benci jangan over, kalau suka pun jangan overr yahh!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.482035 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top