CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

46 Pati Ditangkap

24-9-2013 04:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4573| Komen: 24

Description: Johor Bahru - Seramai 46 Warga Indonesia Ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor Dalam Serbuan Di Kawasan Rumah Pangsa Di Taman Desa Tebrau, Di Sini Kelmarin.


JOHOR BAHRU - Seramai 46 warga Indonesia ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di kawasan rumah pangsa di Taman Desa Tebrau, di sini kelmarin.

Serbuan sekitar jam 1 pagi yang melibatkan 60 anggota dan pegawai itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar.

Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Johor, Masri Adul berkata, kesemua yang ditahan berusia antara dua bulan hingga 40 tahun.

Menurutnya, mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kita membuat pemeriksaan ke atas 100 warga asing dan hasilnya 46 orang didapati melakukan kesalahan.

“Mengikut pecahan, 46 orang yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki, 17 wanita, enam kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan,” katanya, di sini semalam.

Masri berkata, serbuan itu dilakukan hasil aduan jawatankuasa penduduk yang mendakwa ramai warga asing tinggal dan menyewa di kawasan perumahan berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, kebanyakan mereka sedang tidur malah tidak menyedari kehadiran anggota operasi.

“Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, ada yang cuba melarikan diri dengan bersembunyi di atas siling, almari, bawah katil malah turun ke bawah dengan menggelongsor melalui batang paip, tetapi berjaya ditahan kerana kawasan persekitaran sudah dikepung,” katanya.

Katanya, terdapat juga seorang wanita berusia 40-an cuba menawarkan seks agar dirinya tidak diambil tindakan.

“Kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen perjalanan), seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal lebih masa) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 (disyaki memiliki cop palsu).

“Mereka dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tindakan lanjut,” katanya.

11

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
14

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 24-9-2013 01:29 PM
sukar mengenal pasti warga jawa tempatan dan PATI jawa
Quote AdamBillionaire 24-9-2013 01:37 PM
urm jawa ni mcm negro ek? kuat bekerja? bergaya pun style negro fashion must up to date.. aku ni tak de lah fashion up to date. asal ada baju ada kolar , kemas, ada kemeja lengan pendek pakai jeklah...  jawa2 di johor mmg stylo milo.. kalau jalan tengah bandar mmg tak dapat bezakan negro dan jawa
Quote zwaty 24-9-2013 01:39 PM
mesti msk 999....
Quote the_killer 24-9-2013 01:42 PM
baygkan

seorang pegawai imegresen malaysia namanya : Suprtino subianto menangkap warga indon namanya kartono rutsono..

mesti indon tu kata "pak kita serumpun pak"
Quote sriwanis 24-9-2013 01:49 PM
X kompius ke??? Mana tau ada warga tempatan..bek cek betul2...
Quote the_killer 24-9-2013 01:51 PM
sriwanis posted on 24-9-2013 01:49 PM
X kompius ke??? Mana tau ada warga tempatan..bek cek betul2...

susah...coz..ummah johor bugis,jawa,dan bawean masih ada saudara mara di indon...walau dah 200 tahun leluhur depa naik sampan ke tanah melayu...zahid hamidi pon masih ada saudara di jogja...rais yatim pon ada sedara di sumatera...kalo rakyat tempatan mesti yg ada IC la
Quote the_killer 24-9-2013 01:52 PM
ada indon tu pakai baju harimau malaya kah?
Quote nurfariezza 24-9-2013 01:52 PM
the_killer posted on 24-9-2013 01:42 PM
baygkan

seorang pegawai imegresen malaysia namanya : Suprtino subianto menangkap warga indon nam ...

ekekke...tp nme ketua pnyelaras 2 pn mcm da seakan2 je....
Quote cikatilia 24-9-2013 01:55 PM
yg kena tangkap ni mai balik ka?


Quote sriwanis 24-9-2013 02:10 PM
Tu la yg takutnye..bangla pun senang2 dpt ic....klu kat johor harus la dabel konpius...
Quote peYno 24-9-2013 07:49 PM
AdamBillionaire posted on 24-9-2013 01:37 PM
urm jawa ni mcm negro ek? kuat bekerja? bergaya pun style negro fashion must up to date.. aku ni tak ...

kat johor mmg susah nak pastikan mereka org tempatan atau indon.. kalaumpakai jersi bola jdt baru tau mereka anak johor tempatan..
Quote peYno 24-9-2013 07:50 PM
the_killer posted on 24-9-2013 01:42 PM
baygkan

seorang pegawai imegresen malaysia namanya : Suprtino subianto menangkap warga indon nam ...

dan yg tangkap mereka tu adalah misnan misron dari majidee... wak.. kuda kepang wakkk serumpun
Quote scorpionkiki 24-9-2013 07:52 PM
sriwanis posted on 24-9-2013 01:49 PM
X kompius ke??? Mana tau ada warga tempatan..bek cek betul2...

Soh nyanyi negaraku... ka suruh kecek kelantan

Quote jazaa 24-9-2013 08:05 PM
Ha...ha....
Peyno tak habis-habis lg dendam dgn org johor.....
Pompuan johor memang memilih peyno.....bkn tangkap muat je nak jadikn laki.....:lol


Quote Bedah.Cun 24-9-2013 08:11 PM
Orang asli Pulau Jawa menyemak kat negara orang je kejenye
Quote Bedah.Cun 24-9-2013 08:12 PM
the_killer posted on 23-9-2013 05:51 PM
susah...coz..ummah johor bugis,jawa,dan bawean masih ada saudara mara di indon...walau dah 200 tah ...

Tapi pak Ajis Satar cakap Jawa baru masuk kat Johor mase zaman Jepun. Jepun bawak diorang untuk jadi pembasmi tikus sebab diorang pakar makan tikos
Quote peYno 24-9-2013 08:15 PM
jazaa posted on 24-9-2013 08:05 PM
Ha...ha....
Peyno tak habis-habis lg dendam dgn org johor.....
Pompuan johor memang memilih peyno. ...

dah la pengotor, berkerak ibarat periuk nasi makin bawah makin berkerak.. sekali cakap dan bunyi jawa kasar ekk ekk ekk
Quote jazaa 24-9-2013 08:19 PM
peYno posted on 24-9-2013 08:15 PM
dah la pengotor, berkerak ibarat periuk nasi makin bawah makin berkerak.. sekali cakap dan bunyi j ...

Hati yg pernah dikiciwakan, memang mcm tu....
Bertabahlah peyno.....
Cari je mek kelantan......mek kelate comel-comel belaka.....
Quote lavajeans 24-9-2013 08:20 PM
jazaa posted on 24-9-2013 08:19 PM
Hati yg pernah dikiciwakan, memang mcm tu....
Bertabahlah peyno.....
Cari je mek kelantan......m ...

bini dia jawa la......

semarang mari....



Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063562 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top