CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Baru Kena Lamar, Tunang Jennifer Lopez Dituduh Curang Pula!

12-3-2019 10:29 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4462| Komen: 12|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Hujung minggu lalu, bintang Hollywood terkenal Jennifer Lopez mengumumkan kegembiraan dilamar teman lelakinya, Alex Rodriguez, seorang mantan ahli sukan terkenal selepas bercinta selama hampir tiga ta ...
Hujung minggu lalu, bintang Hollywood terkenal Jennifer Lopez mengumumkan kegembiraan dilamar teman lelakinya, Alex Rodriguez, seorang mantan ahli sukan terkenal selepas bercinta selama hampir tiga tahun.



Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, kegembiraan Jennifer Lopez itu hanya sementara apabila  hari ini, Jose Cansoce juga seorang ahli sukan mendedahkan Alex mempunyai skandal dengan bekas isterinya, Jessica di belakang Jennifer. Jose dan Alex pernah bersaing bersama dalam Liga Major.



Memuat naik satu status di Twitternya, Jose menujukan satu mesej kepada Jennifer. 'Sedang menonton Jennifer dalam rancangan World of Dance menghantar mesej mesra kepada Alex Rodriguez, tapi tahukah anda bahawa selama ini Alex curang di belakang anda?' katanya membuat pendedahan.



Jose turut mendedahkan bahawa tiga bulan lalu, beliau ada terdengar perbualan mesra antara Alex dan bekas isterinya itu. Beliau turut menggesa Alex supaya tidak terus-terusan menipu Jennifer di belakangnya. 


Kredit foto: Carian Google

'Jika Alex tidak puas dengan pendedahan ini, mari bertinju di gelanggang MMA, malah saya sanggup mengambil ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran' tambahnya.

Kredit foto: Twitter

Setakat ini, Alex Rodriguez dan Jennifer Lopez belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas. Dipercayai, pasangan itu masih bercuti di Bahamas. Ini adalah perkahwinan kali keempat buat Jennifer dan kedua buat Alex. 

Sebelumnya, Jennifer pernah berkahwin dengan usahawan Ojani Noa, penari Chris Judd dan penyanyi Latin, Marc Anthony.


Kredit foto: Twitter

Persoalannya, perlukah Jennifer Lopez mempercayai amaran Jose Cansoce bahawa Alex curang? Atau adakah ini hanya usaha Jose untuk mensabotaj hubungan mereka? - CARI
6

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ramaramu 12-3-2019 01:02 PM
trouble in paradise already?
Quote babydoll 12-3-2019 01:11 PM
laaa... hari tu i baru baca ada forumer cakap mcm tak lama je diorang ni. tgk betul.


masin betul mulut forumer tu.
Quote buragazz 12-3-2019 01:44 PM
Ahli sukan ni mesti banyak duit ekk
Quote iloveyou 12-3-2019 03:03 PM
elok2 je jlo skrang tgh bercuti ngn arod.
Quote pai.kacang 12-3-2019 03:47 PM
yang tykang dedah pun.. tunggu orang tu bertunang baru nak bagitahu. saje nak pedajal ke macamana?
Quote Sang_Pencinta 12-3-2019 05:48 PM
Malulah JLo nak putuskan pula

Baru je post status happy bakal kewen
Quote newyork 13-3-2019 07:58 AM
Gambar bawah tu iras betul jlindgn kak jena zain
Quote borrow 13-3-2019 09:04 AM
Open relationship kowt.
Quote lee_sakura 13-3-2019 09:11 AM
IMG_20190313_090725.png

IMG_20190313_090709.png
Quote nanny_1 13-3-2019 12:54 PM



mesti jlo dalam dilemma
diluah mati mak ditelan mati bapak
cerita pompom macam babi terbang dah
tetiba ada rumors dicurangi
Quote toynme 15-3-2019 09:19 AM
adudududu..............tgk rod ni pun dah tau for his benefit pon
Quote AppleJack 22-3-2019 12:19 AM
tak handsome tunang jlo

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074762 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top