CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'TMJ Bukan Wakil Rakyat, Dia Cakap Untuk Diri Sendiri' - Tun M

11-3-2019 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7287| Komen: 25

Description: “Dia bukan wakil rakyat. Bercakap untuk diri dia sahaja."
Foto: The Sun Daily


“Dia bukan wakil rakyat. Bercakap untuk diri dia sahaja." 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang mendakwa kerajaan tidak merujuk Majlis Raja-raja Melayu ketika membuat keputusan menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor Utusan.



TMJ sebelum itu memuat naik kenyataan di Facebooknya berkata, keputusan berkenaan dibuat secara terburu-buru tanoa mempertimbangkan implikasi undang-undang terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.


Foto: IG TMJ


Loading FB Post...

Bagaimanapun, Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah seperti dipetik dari Harian Metro berkata, penyertaan itu tidak akan menjejaskan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.

“Keputusan kerajaan untuk menyertai Statut Rom adalah selari dengan dasar kerajaan ‘Malaysia Baharu’ yang menegakkan prinsip kebenaran, hak-hak kemanusiaan, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban," katanya. - CARI
6

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote robotech 11-3-2019 02:15 PM
Jalan ke arah bibit2 Republik Malaysia? Nilaikan ....
Quote Burong_Hantuk 11-3-2019 02:27 PM
hai,sesama islam & bangsa pun bercakaran.sorang dah tua kepot,yang sorang lagi darah muda.moga setel dengan baik lah
Quote becir 11-3-2019 02:29 PM
Takut kah? Lol
Quote dess402 11-3-2019 02:34 PM
isunya pasal kekebalan aje  .  
ke macamana  ??
Quote tagas 11-3-2019 02:52 PM
ok je jadik republik

dr nak menanggung biawok idop n kerabat
Quote juruterra 11-3-2019 02:57 PM
tagas replied at 11-3-2019 02:52 PM
ok je jadik republik

dr nak menanggung biawok idop n kerabat

kan...entitled sgt almaklum born on a silver plater gituuu menyampah iols
Quote Bedah.Cun 11-3-2019 03:13 PM
Alaah, macam lah atok tue cakap untuk rakyat sangat. Ai x kesah kalau nak republik ke haper, tapi make sure negeri ai secede dolo dari federation of Malaya. pastu kaw nak republik ke haper suka ngkawww ai benciii mamak tua nehhh dengan malaun2 dia!
Quote bangcak 11-3-2019 03:23 PM
tugas seret penyamun ke mahkamah antarabangsa kita serah je la pada atok.
tugas jaga agama, terutama lgbt yg belom selesai tu yg patut kita rujuk istana.

i tak tahan tengok pembangkang seharian dok perlekeh sultan
takde tindakan pada isu2 berkaitan islam.

pembangkang hari nih langsung tak respek kuasa raja2 melayu.
Quote kucingitam 11-3-2019 03:25 PM
apa masalahnya statut rom tu? baca fungsi dia mcm ok je..
Quote Nokiaman 11-3-2019 06:20 PM
sentap lagik...lerrr.....
Quote mbhcsf 11-3-2019 06:44 PM
Edited by mbhcsf at 11-3-2019 06:49 PM

https://www.malaysiakini.com/news/467350


ni laporan malaysia kini


Wisma Putra memberi jaminan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong tidak akan terancam selepas Malaysia menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini mendakwa bahawa raja-raja Melayu mungkin tidak lagi relevan selepas Malaysia bersetuju dengan statut berkenaan.

"Kerajaan telah mengkaji secara mendalam dan teliti dari segi semua aspek sebelum membuat keputusan untuk menyertai Statut Rome.
"Keputusan dibuat setelah kerajaan yakin bahawa kedudukan dan kekebalan SPB Yang di-Pertuan Agong tidak akan terjejas," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Tunku Ismail telah ditanya oleh akaun Twitter "Friends of Johor" sekiranya Statut Rome mengancam kedudukan raja-raja Melayu.
Beliau menjawab: "Yes. Kedudukan Raja-Raja Melayu mungkin tidak relevan lagi selepas ini dan kedaulatan raja-raja akan pasti tergugat. Sekali gus ini akan memberi impak kepada status orang Melayu dan agama Islam di Malaysia."


ini laporan sikit je selanjutnya sila baca malaysiakini

tapi ...ada implikasi tertentu dibawakan oleh pihak pembangkang

so kena menilai jugak ni


Quote mbhcsf 11-3-2019 06:46 PM
Edited by mbhcsf at 11-3-2019 06:51 PM

Oleh:YB HJ AHMAD AMZAD HASHIM

Saya telah meneliti beberapa laporan media berkenaan perkara di atas termasuk kenyataan rasmi dari SUHAKAM. Yang terbaru adalah kenyataan rasmi dari Wisma Putra berkenaan isu yang sama.

Jika diamati objektif Kerajaan secara langsung untuk menyertai Statut Rome ICC ini iaitu untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius iaitu genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan, objektif-objektif berkenaan adalah selari dengan prinsip-prinsip keadilan Islam yang PAS sendiri dokongi dan pertahankan.

Walaubagaimanapun, jika diamati dengan lebih terperinci dalam beberapa objektif yang digariskan Wisma Putra khususnya berkenaan jenayah terhadap kemanusiaan, saya berpandangan bahawa kita perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri terdapat terma-terma yang tidak selari di antara Statut Rome ICC dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang yang sedia ada. Lebih-lebih lagi jika ia bercanggah dengan Hak Asasi Melayu dan Bumiputera, Hak Raja-Raja Melayu, bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Kedaulatan Negara.

Antara beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan adalah:

1. Kedudukan Artikel 7 di dalam Statut Rome yang berkaitrapat dengan 'Torture' di mana Sebatan Syariah cuba diklasifikasikan pihak tertentu sebagai 'Torture' di dalam Konvensyen CAT (Convention Against Torture atau Konvensyen Terhadap Penyeksaan). Adakah dengan keputusan Kerajaan PH ini, akan berlaku campurtangan pihak luar terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah khususnya terhadap hukuman sebatan?

2. Keputusan Kerajaan yang tidak mahu sertai Statut Rome ICC sebelum ini atas sebab-sebab tertentu, yang berkaitrapat dengan cabaran untuk meminda perlembagaan dan undang2 yang sedia ada malah wujudnya undang-undang yang sedia ada sudah memadai untuk memenuhi objektif Statut Rome ICC. Kenapa tiba-tiba pada 4 Mac baru-baru ini, pihak Kerajaan mahu pula sertai Statut Rome ICC ini? (Sila Rujuk Laporan Kebangsaan yang dihantar wakil Kerajaan (Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan Kementerian Luar Negeri) untuk tempoh Mac 2013 sehingga Mac 2018 kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Persidangan Universal Periodic Review (UPR) atau Kajian Berkala Universal yang dianjurkan baru-baru ini pada 8 November 2018).

3. Beberapa Negara Islam TIDAK sertai ICC seperti BRUNEI, INDONESIA, TURKI, SUDAN SELATAN, KAZAKHSTAN, PAKISTAN, ARAB SAUDI, IRAQ, LIBYA, QATAR dan lain-lain. Malah jiran kepada MALAYSIA iaitu THAILAND dan SINGAPURA juga tidak sertai Statut Rome ICC ini. Kenapa tiba-tiba MALAYSIA di bawah Kerajaan PAKATAN HARAPAN mahu sertai Statut Rome ICC ini?

4. Kesan pada kuasa Raja-Raja Melayu khususnya terhadap Mahkamah Khas, kedudukan Ketua Negara, imuniti dan kekebalan. Kesannya pada Umat Islam secara keseluruhannya kerana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam.

5. Kesan kepada campurtangan Negara atau Pihak Asing terhadap kes-kes 'jenayah kemanusiaan' di dalam Negara yang mungkin bukan pun ‘jenayah kemanusiaan’ dalam kes ini adalah sebatan syariah yang dianggap sesetengah pihak sebagai ‘jenayah kemanusiaan’.

6. Masalah tiada reservasi untuk Statut Rome seperti Konvensyen atau Triti Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa BERSATU yang lain. Kesannya pada undang-undang tempatan yang sedia ada jika berlaku percanggahan atau tidak selari dengan Statut Rome dan ICC.

7. Jika objektif Statut Rome ICC ini penting untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius iaitu genosid, kenapa ISRAEL, AMERIKA SYARIKAT, MYAMMAR serta SYRIA tidak menyertai Statut Rome ini?

Saya juga ingin mencadangkan agar keputusan Kerajaan PH untuk menyertai Statut Rome ditarik balik berdasarkan Artikel 127 Statut Rome sendiri yang membenarkan mana-mana Negara untuk menarik balik penyertaan terhadap ICC sehingga Konsultansi Awam dengan semua pihak yang berkepentingan dapat dilaksanakan terlebih dahulu khususnya dengan Majlis Raja-Raja, Majlis Agama Negeri-Negeri dan pihak JAKIM. Malah BURUNDI, dan FILIPINA yang pernah menyertai Statut Rome ICC lebih 10 tahun yang lalu akhirnya telah menarik balik penyertaan mereka pada tahun 2017 dan 2019.



YB HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu

http://www.1media.my/2019/03/ter ... 2GmHTCjrQ5NPosD8TEI
Quote dess402 11-3-2019 07:05 PM
mbhcsf replied at 11-3-2019 06:46 PM
Oleh:YB HJ AHMAD AMZAD HASHIM

Saya telah meneliti beberapa laporan media berkenaan perkara di at ...

cuma aku nak sentuh bab raja2 melayu ini tunjang kekuatan agama Islam .

aku rasa tidak .  malahan perpecahan pentadbiran agama Islam ini mengikut negeri adalah sesuatu yg amat merugikan . dengan jumlah zakat orang2 Islam yg berbiliion ringgit setahun ..  ia umpama menabur air kedaun keladi umpama tidakemberi kesan .  masih terdengar kemiskinan  ..  kelaratan ummah2 melayu ini yg sekaligus melambangkan Islam dimerata tempat dan juga paling penting dgn dana zakat sebesar ini kita masih tidak mampu memberi fokus utk memajukan bangsa  .  segalanya ditadbir mengikut sultan2 yg sumpah lillah kita tidak tahu akaunbilitinya  .  
jadi dengan memerdekakan pusat pentadbiran agama ini kita melihat sesuatu yg bersinar disebelah sana  .  
Quote MMlava 11-3-2019 07:09 PM
dess402 replied at 11-3-2019 07:05 PM
cuma aku nak sentuh bab raja2 melayu ini tunjang kekuatan agama Islam .

aku rasa tidak .  malah ...

peygi jahanam la kau

kau tarak layak sebut tang agma sebab kau sial bawak fitnah konon grab, speedmart, gardinia rosmah yg punya

tuya kecin rosmah yg bunuh

kau memang sial


Quote dess402 11-3-2019 07:15 PM
sementara menunggu maghrib ni .
aku tak nampak pun mana celahnya ICC ni boleh memudaratkan institiusi raja2  .  cuma pasal kekebalan tu biasa la  ..  ini bukan lagi tahun2 80an  .. bukan boleh pukol2 org dgn kayu golf lagi .
standard la tu  .
Quote johnazizul 11-3-2019 07:26 PM
Tak salah buat apa nak takut.
Quote dokupangg 11-3-2019 07:38 PM
robotech: Jalan ke arah bibit2 Republik Malaysia? Nilaikan ....


Ok kot better than having to pay royal high maintenance. Ada satu royal pun dah cukup - Sultan Nazrin helok ja.
Quote dess402 11-3-2019 08:07 PM
aku walaupun tak suka tua kutuk ni  ..
tapi dlm hal ni aku ikut aje  .


Quote qiqi 11-3-2019 09:06 PM
Team Atok....booooooo budak tak sekolah ni!!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055074 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top