CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kampung Pisang dicemari gas toksik

19-9-2013 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4707| Komen: 13

Description: Georgetown: Kira-Kira 200 Penduduk Diarah Mengosongkan Rumah Masing-Masing Selepas Stor Simpanan Bahan Kimia Terbakar Melepaskan Gas Toksik Di Kampung Pisang, Ayer Itam Di Sini, Malam Tadi.
GEORGETOWN: Kira-kira 200 penduduk diarah mengosongkan rumah masing-masing selepas stor simpanan bahan kimia terbakar melepaskan gas toksik di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, stor simpanan hidrogen sulfurik di kawasan kampung terbabit terbakar dan menghasilkan bau kuat yang membuatkan penduduk panik seketika.


Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri Azmi Tammat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.35 malam mengatakan ada kebakaran berlaku di kampung terbabit.

"Selain itu penduduk turut mendakwa sakit tekak, sesak nafas serta pedih mata dan pemeriksaan kita mendapati ia berlaku disebabkan gas toksik yang dihasilkan akibat kebakaran sebuah stor penyimpanan bahan kimia.

"Siasatan juga mendapati yang pemilik stor berkenaan menyimpan bahan kimia terbabit di situ dan ia akan dieksport ke Indonesia," katanya.


Menurutnya, penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing buat sementara waktu sehingga pihaknya memastikan gas terbabit dikawal sepenuhnya.

"Pasukan Hazmat sedang melakukan siasatan dan kita juga akan memastikan gas terbabit dapat dikawal sepenuhnya sebelum membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Sehingga jam 1 pagi tadi, pasukan bomba masih menjalankan operasi untuk memastikan kawasan persekitaran kampung itu bebas daripada gas toksik terbabit.


Gambar hiasan


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chewan 19-9-2013 09:20 AM
bangang nyer pemilik stor tue..
Quote the_killer 19-9-2013 09:33 AM
otak...otak...
Quote libra_gurlz 19-9-2013 09:36 AM
hehehehehhehe...
aku baca tajuk benang ni aku dh gelak2...
teringat citer zombie kg. pisang...










note: baru aku tau rupanye wujud ek nama Kampung Pisang ni.. ingtkan rekaan semata2 dlm filem.. hahahah..
Quote kenarikelabu 19-9-2013 10:09 AM
hahaha....aku pon ingat zombi kampung pisang gak,,,,hampehh
Quote nacein 19-9-2013 10:41 AM
badi filem zombi kampung pisang
Quote salimrock 19-9-2013 10:48 AM
nacein posted on 19-9-2013 10:41 AM
badi filem zombi kampung pisang

ha.ha..itu la badi cerita mamat khalid
Quote nacein 19-9-2013 10:51 AM
salimrock posted on 19-9-2013 10:48 AM
ha.ha..itu la badi cerita mamat khalid

kih...kih...kih...sure mamat khalid bangga...
Quote mahmoode 19-9-2013 10:52 AM
jadi zomba la orang kampung pisang lepas ni........aku ingat kg pisang yg kat kuala tu.....
Quote salimrock 19-9-2013 11:02 AM
nacein posted on 19-9-2013 10:51 AM
kih...kih...kih...sure mamat khalid bangga...

tahun 2050 masyarakat akan mengangkat  mamat khalid setaraf aristotle..konon2 buleh meramal masa depan..

sapa lagi mamat yg selain aristotle tu..apa nama ntah..yg ramal dunia kiamat tu...
Quote rosasa 19-9-2013 11:10 AM
dari layar perak , kini jadi nyata
Quote lolipopmanish 19-9-2013 11:13 AM
alamak ! hati2..nnt menyerang kite semua zombie2 nih
Quote mycute 19-9-2013 12:11 PM
byknya nama kampung pisang kt malaysia ni..

klu betulnya jadi zombie, mari kita nyanyi lagu negaraku..
confirm zombie tak kacau...
Quote True-X 19-9-2013 12:26 PM
Kl btol2 jad i zombie..ini akan jadi tarikan terbaru pelancong ke penang... kebangga penang...

On the other hand....semoga penduduk saman aje pemilik kilang tuh..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.258998 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top