CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Wakil Rakyat Biadap: Kerajaan Melaka Tampil Mohon Maaf

11-10-2018 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2586| Komen: 17

Description: Norhizam Hassan tampil memohon maaf atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata.
Pergaduhan antara Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee dengan penduduk Taman Akasia di Kampung Nibong, Melaka yang tular di media sosial baru-baru ini menarik perhatian pelbagai pihak.


Rata-rata netizen mengecam tindakan Adun Pengkalan Batu itu sebagai biadap dan tidak layak menjadi wakil rakyat. 

Kredit foto: FMT

Semalam, memetik laporan Berita Harian, Norhizam Hassan tampil memohon maaf atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata.

Selain itu, beliau turut berjanji akan memperbaiki kelemahan diri dan bertekad untuk terus berkhidmat.

“Saya sedar bahawa insiden yang tular di media sosial sejak petang semalam telah memberikan imej negatif kepada diri saya sebagai wakil rakyat dan kerajaan yang saya wakili."


“Suka saya tegaskan sebagai Adun yang dipilih oleh rakyat, saya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup penduduk terutamanya rakyat yang saya wakili dalam kawasan saya.” 

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari memohon maaf kepada penduduk terlibat bagi pihak kerajaan negeri dan Pakatan Harapan.

Adly membidas kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata Norhizam dan tidak wajar dilakukan seorang wakil rakyat dan exco kerajaan negeri.

Difahamkan kekecohan itu berlaku berpunca dari sekumpulan penduduk Taman Akasia di Kampung Nibong yang tidak berpuas hati dengan penutupan jalan pintas ke Taman Kerjasama di Bukit Beruang.- CARI
15

Bagus
10

Marah
26

Terkejut
24

Sedih
31

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 11-10-2018 11:56 AM
Isu tu selesai ke tidak?
Quote clarizsa 11-10-2018 11:57 AM
Okla dah minta maaf
Quote zulka 11-10-2018 12:10 PM
mcmni la bagus dan yg sepatutnya
Quote rospinki 11-10-2018 12:39 PM
hawau..melaka sama melaka begado

melaka hanyut
Quote snowredpen 11-10-2018 02:03 PM
lps ni xyah dah undi kau lg. nak maafkan blh. tapi nak lupakan blm tentu lagi.
Quote paz 11-10-2018 02:29 PM
Nasib baik sedar. Kalau tak sedar memang saje jer.
Quote Bedah.Cun 11-10-2018 02:30 PM
Hengat besar sangat dah kot. Sial punya politicians.
Quote FailFish 11-10-2018 02:38 PM
Edited by FailFish at 11-10-2018 02:40 PM

maaf tu simbolik je
tipu la kalau dalam hati penduduk terlibat tu secara langsung atau tidak tak terguris
next pru jangan ckp undi, silap2 jadi calon pun tak dah tu
Quote seri_mawr 11-10-2018 02:41 PM
terpaksa mintak maaf sbb aada rekod...cer kalau takde sapa rekod n viral mau tak mintak maaf agak2..

anyway dah mintak kira ok la...ikhlas ke tdk belakang cerita..
Quote arnauld 12-10-2018 07:10 AM
Org melayu mmg mudah beri maaf, jln ttp tutup hahaha
Quote jazaa100 12-10-2018 07:24 AM
Andyscenes replied at 11-10-2018 11:56 AM
Isu tu selesai ke tidak?

Selesai le.....

Dah maap maap.....
6bln lg tunjuk sam seng lagiiii.....
Quote Andyscenes 12-10-2018 08:06 AM
jazaa100 replied at 12-10-2018 07:24 AM
Selesai le.....

Dah maap maap.....

Jalan tu tutup or still buka?
Quote dhiakandar 12-10-2018 09:29 AM
maaf tu maaf jugak. tp next pru sila undi org lain.
Quote highcastle 12-10-2018 09:41 AM
Rekod dah buruk mmg samar2 lah org nak amik balik bertanding. Harap YB yg lain amik iktibar. Skg zaman media sosial YB, bukan zaman internet dial 1515 yg bergantung dgn komputer yg hanya boleh tgk gambar ngan text je..............
Quote fushimi 12-10-2018 10:02 AM
aku syak mesti lepas kena tazkirah baru mintak maap kot

Quote jazaa100 12-10-2018 10:05 AM
Andyscenes replied at 12-10-2018 08:06 AM
Jalan tu tutup or still buka?

Tutup....
Quote Emperor95 12-10-2018 10:13 AM
Sudah terlambat bagimu.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.047417 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top