CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hukuman Mati Bakal Dimansuhkan, Digantikan Hukuman Penjara Seumur Hidup

11-10-2018 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2745| Komen: 21

Description: Kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup.
Kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup.

Bernama melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kertas kerja mengenainya kini dalam fasa akhir malah Jabatan Peguam Negara telah memaklumkan pemansuhan itu bakal dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 15 Oktober ini.


Kredit foto: carian internet

Walau bagaimanapun, katanya, pemansuhan hukuman gantung sampai mati perlu dikaji dengan lebih mendalam bagi meneliti kesan kepada hukuman jenayah di negara ini.

“Contohnya, apabila hukuman ini dimansuhkan, apa akan jadi kepada mereka yang sudah dikenakan hukuman tersebut? Sudah tentu hukuman tersebut tidak boleh diteruskan dan mungkin perlu ditukarkan kepada hukuman penjara seumur hidup. Ini bergantung kepada jenayah yang dilakukan."


“Satu lagi isu yang perlu dilihat adalah bagaimana dengan mereka yang melakukan jenayah kejam, apa kesannya kepada keluarga mangsa? Sama juga dengan jenayah dadah, sebab itu kita kena lihat isu ini secara keseluruhan,” katanya.


Kredit foto: www.utusan.com.my

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi Perbincangan Pembaharuan Undang-undang di Universiti Malaya semalam.- CARI
15

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 11-10-2018 11:57 AM
Yayyyyy samirah bebasssss
Quote namirulmukminin 11-10-2018 11:57 AM
Bagussss.... Biar penuh sesak penjara tu dgn mereka2 ni semua.. Pastu biar rakyat Malaysia yg bayor cukai ni plak pakat tanggung makan minum depa dalam tu selama bepuluh2 tahun... Dah la penjenayah tu ragut dan bunuh ahli keluarga kita... kita pulak kena tanggung makan minum dia dalam jail sampai tua.. Apa punya BAHLOL #MalaysiaBaru ni???
Quote pokaibanktokyo 11-10-2018 12:17 PM
Dewan rakyat akan reject aku rasa
Quote soretos 11-10-2018 12:18 PM
makin ramai la yg berani buat jenayah..sosma pun akan dimansuhkan..
Quote Skuau 11-10-2018 12:52 PM
tolong kuarkan statistik...sapa yg ramai terlibat ngn jenayah berat..kes bunuh...contohnya....
Quote palmolive 11-10-2018 12:57 PM
apa susah tanggung banduan..cukai baru ada
Quote mesmerize 11-10-2018 12:58 PM
aiseh.. mona fandey, pembunuh canny ong semua terlambat dah
Quote riantika 11-10-2018 12:58 PM
dah macam indonesia...kat sana tak ada hukuman mati tapi penjara seumur hidup.
Quote buapakperut 11-10-2018 12:59 PM
duit banyak nak bagi makan banduan
Quote bioessence 11-10-2018 01:01 PM
I agree. Tengok cases la esp budak2 yg bunoh kawan Kat upnm tu
Quote JohnnySins 11-10-2018 01:14 PM
adakah ini dapat mengurangkan jenayah pembunuhan?...tengok ja la video rentung guna pedang samurai tumpui tu......kalau masih nak kaji..kaji ja la betui2 dulu..ini dah sibuk nak bentang kat dewan....apa duboq punya bowdow menteri2 Pencacai Harapan ni.......wakakaakakakakkkakaka
Quote haryatie 11-10-2018 01:19 PM
bagusss la..
mkn tanggung je la
Quote armin 11-10-2018 02:41 PM
Hm tak setuju. Kelau bunuh kejam kenapa nk kena tanggung?
Quote Suchi 11-10-2018 02:48 PM
apa perasaan keluarga mangsa pembunuhan kejam
Penuh lah penjara nnt.. emmh
Pastu wujud la cukai lain tuk tanggung depa nih.
Quote bakingsoda 11-10-2018 03:01 PM
so kalau bunuh orang nnt dapat reward makan tanggung berak cangkung la ye? lagi senang nampaknya jadi penjenayah dari marhaen tak kacau hidup orang, nak makan kena kerja.
Quote LautBiru52 11-10-2018 03:24 PM
Betul jugak kan. Sape pulak nak tanggung makan minum diorang ni. Dah la mkn guna duit cukai. Banyak cantik
Quote Otaku85 11-10-2018 04:00 PM
Makin tinggi kes jenayah berat nanti.
Quote Orix 12-10-2018 02:52 AM
Tak setuju. Mengabehkan borehhh ja. Ko bunoh org, kau edar dadah selayaknya mati...
Quote Shirley23 12-10-2018 06:33 AM
MP mana yang beri cadangan bodo ni? Dasar PHundek PHancing. Tahu la dalam kepala otak banyak cadangan nak dibentangkan, tapi biarlah rasional.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.228822 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top