CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkini! Hukuman Mati Mandatori Buat Pesalah Dadah Bakal Dimansuhkan

8-8-2017 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6832| Komen: 71

Description: Kabinet Malaysia bersetuju untuk memansuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pesalah dadah.

sumber : FMT


Kabinet Malaysia bersetuju untuk memansuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pesalah dadah.

Bagaimanapun pemansuhan hukuman mati mandatori tersebut bergantung kepada keputusan parlimen.

Memetik laporan Free Malaysia Today, kenyataan itu dihujahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kelmarin. 

Dalam jawapan bertulis di parlimen, Azalina berkata kabinet menyokong pindaan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk memberikan mahkamah kuasa memutuskan hukuman berdasarkan budi bicara hakim.

Azalina menjawab soalan Anggota Parlimen DAP Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang bertanyakan berkenaan perkembangan terkini langkah kerajaan untuk menyemak hukuman mati mandatori.


Menjawab soalan Ramkarpal mengenai bilangan pesalah yang telah menjalani hukuman mati, Azalina berkata seramai 651 rakyat Malaysia, kebanyakannya pesalah kes dadah telah dijatuhkan hukuman mati sejak tahun 1992.

Awal tahun ini, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa Amnesty International meletakkan Malaysia pada kedudukan ke 10 dalam senarai 23 buah negara yang menjalankan hukuman mati tahun lalu.- CARI
29

Bagus
20

Marah
13

Terkejut
30

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 8-8-2017 10:54 AM
Mat fit kene gantung, pusher masak dadah kat dapor rumah yang lepeh..

U go gurl Azalina!
Quote trakea 8-8-2017 10:58 AM
tumpanglalu74 replied at 8-8-2017 10:54 AM
Mat fit kene gantung, pusher masak dadah kat dapor rumah yang lepeh..

U go gurl Azalina!

Nyanyok hape ?
Quote munahjolie 8-8-2017 11:08 AM
Entahlah. Rasanya elok je dah hukuman gantung tu. Kriteria untuk hukuman gantung tu pun dah ketat. Bukannya setakat jual dadah berapa gram dah kena gantung. Cuba tengok benjy tu. Kat mahkamah Malaysia mana kena jatuh hukuman gantung walaupun dia disabitkan dengan hukuman gantung. Dia kena penjara je. So bukan senang2 semua orang kena gantung bila melibatkan kes dadah. Hope tak lepas first reading bagi rang undang-undang dadah ni.
Quote finesse 8-8-2017 11:11 AM
Siapa kita nak ambil kehidupan seorang manusia.
Quote batmana 8-8-2017 11:25 AM
ptong je tangan pengedar

barula dia igt smpai mati
Quote gede-bab 8-8-2017 11:31 AM
patut kekalkan hukuman mati...cuma jumlah berat dadah jer kena munasabah...kalu x salah  5 gram heroin pun dah diangap pengedar dan kena gantung...
Quote nisako 8-8-2017 11:37 AM
nape pulak nak hapus..................
Quote shernazz 8-8-2017 11:38 AM
penuh la penjara dgn mereka neh...
Quote dess402 8-8-2017 11:39 AM



BETOL ..    aku sokong .  tapi kita gantung pulak polis2

yg makan rasuah yg makan duit haram hasil dadah ini semua .





-  ini yg sepatut kita buat .

Quote alieyrina 8-8-2017 12:10 PM
Napa pulak..dah elok tak payahla kacau..dadah membunuh la bhaiii! Elok bunuh derang dulu seblum derang bunuh org lain
Quote rashiman 8-8-2017 12:18 PM
Kena berpandukan Al-Quran dan Hadis..
Quote MH3709 8-8-2017 12:24 PM
finesse replied at 8-8-2017 03:11 AM
Siapa kita nak ambil kehidupan seorang manusia.

cett...kalu esok2 anak kau isap dadah baru kau tau betapa eloknya kasi gantung yg mengedar tu sbb merosakkan anak kau dan bangsa kau...
Quote namirulmukminin 8-8-2017 12:30 PM
Eh.. ramai pulak yang sokong hukuman mati ye... Ringan lagi kot Hukuman Mati ni berbanding hukuman sebat di khalayak Ramai.. Pasal tu Hukuman Sebat di khalayak ramai tu ramai yang bantah... Sebab hukuman sebat di khalayak ramai tu peling berat kot... Hukuman mati ni ringat skit dan tak kejam sangat kot... Sebab tu ramai sokong kekalkan...
Quote mamarock 8-8-2017 12:31 PM
Makin ramailah golongan ambik najis dadah ni nanti
Quote namirulmukminin 8-8-2017 12:31 PM
alieyrina replied at 8-8-2017 12:10 PM
Napa pulak..dah elok tak payahla kacau..dadah membunuh la bhaiii! Elok bunuh derang dulu seblum dera ...

Perogol kita hukum sebat di khalayak ramai patut tak?

Quote cmf_premierleag 8-8-2017 12:32 PM
so bila bro Lina nak amik dadah nih?
Quote ice_sky92 8-8-2017 12:34 PM
finesse replied at 8-8-2017 11:11 AM
Siapa kita nak ambil kehidupan seorang manusia.

Ini melibatkan dadah dik...kesan dadah memang besar...kalau taknak kena tangkap tak payah buat benda ni...period...

Unless kalau kes teraniaya....aku sokong kalau makhamah kaji kes tu betul2...sebab ada kes yang tak bersalah tapi hukum mati jugak...
Quote finesse 8-8-2017 12:51 PM
MH3709 replied at 8-8-2017 12:24 PM
cett...kalu esok2 anak kau isap dadah baru kau tau betapa eloknya kasi gantung yg mengedar tu sbb  ...

Jangan la marah. Itu pandangan peribadi saya. Saya tahu la dadah tu membinasakan. Saya pun kenal ada org2 menghisap dadah dan mengedar dadah. Persoalan yg kita kena tanya ialah punca utama kpd masalah dadah itu apa? Kemiskinan? Ketiadaan peluang pekerjaan? Dll?
Quote finesse 8-8-2017 12:56 PM
ice_sky92 replied at 8-8-2017 12:34 PM
Ini melibatkan dadah dik...kesan dadah memang besar...kalau taknak kena tangkap tak payah buat ben ...

Sebab itu lah hukuman mati ni ada buruknya jugak. Aku sekadar bg pandangan saja. Masalah akan terus ada kalau buat hukuman mati tp x pernah nak selesaikan punca utama kpd masalah dadah. Orang kita ni terlalu obses nak ambil jalan singkat dr sudut undang2. Lagipun setiap org perlu diberi peluang kedua dlm hidup.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.060703 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top