CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebelum Ini Grabcar & Uber Saja, Kini Pengguna Teksi Boleh Buat Tempahan Melalui Apps PICKnGo

8-8-2017 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2940| Komen: 13

Description: Kelmarin, kerajaan meluluskan satu lagi perkhidmatan e-hailing yang terbaharu yang dikenali sebagai PICKnGO

sumber : internet


Susulan sebelum ini sambutan yang menggalakkan terhadap penggunaan perkhidmatan e-hailing untuk Grabcar dan Uber yang beroperasi di seluruh negara. 

Kelmarin, kerajaan meluluskan satu lagi perkhidmatan e-hailing yang terbaharu yang dikenali sebagai PICKnGO untuk golongan teksi dengan mensasarkan pendaftaran kira-kira 10,000 pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur. 

Memetik laporan mStar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata Malaysia merupakan negara pertama yang mengawal selia perkhidmatan e-hailing.

"Ia adalah satu cabaran meluluskan perkhidmatan tersebut dan Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain."

Manakala menurut Pengarah Eksekutif Pick N Go Sdn Bhd, Valerie Chan, perkhidmatan tersebut bukan sekadar aplikasi tempahan teksi semata-mata kerana ia juga satu komitmen untuk menawarkan kemudahan lebih baik kepada pelanggan.

"Selain wang tunai, penumpang juga boleh menggunakan kad kredit atau debit di semua teksi PICKnGO menerusi terminal tempat jualan (POS) MPay +Pro mobile."

Tegas Valerie Chan, setiap pemandu teksi PICKnGO yang berdaftar di bawah perkhidmatan berkenaan perlu menjalani latihan dan kenderaan mereka akan diperiksa sebelum bergelar pemandu yang sah.

"Kami harap melalui perkhidmatan tersebut dapat ubah dan mentransformasi minda pelanggan terhadap pemandu teksi."

Aplikasi PICKnGO boleh dimuatnaik menerusi Google Play Store and Apple App Store.- CARI

sumber : http://media.themalaymailonline.com

28

Bagus
16

Marah
21

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 8-8-2017 12:24 PM
ada acik2 kepam yang dah try ke? mohon testimoni yach...sebab pemandu teksi malaysia kan..well..u knowww...

kiranya lepas ni dah takda caj sukahati oleh pemandu teksi lah kan?
Quote kentel 8-8-2017 12:27 PM
nnt teksi meroyan bagi attitude buruk unless pay by cash...
Quote jointhecurse 8-8-2017 12:48 PM
serik dh nek teksi
Quote samasam90 8-8-2017 12:53 PM
tambang acahne pulak? byk pemandu teksi kaki kelentong. dah ada apps mohon berubah sikap ye acik teksi.
Quote samasam90 8-8-2017 12:59 PM

meolls naik teksi kalau fefeling malas nak tunggu. tapi meolls expect utk bayar the exact amount. kalau lebih pun takpe, asalkan jangan lebih gila babeng.
pada satu hari ada pemandu teksi yang jujur, guna meter. baru meolls sedar selama ne meolls bayar 2 kali ganda dari sepatutnya.
mulai saat itu, meolls sumpah seranah tak halalkan duit makcik kepada pemandu teksi yang menipu.

sekian. luahan hati makcik

Quote jointhecurse 8-8-2017 01:01 PM
samasam90 replied at 8-8-2017 12:59 PM
meolls naik teksi kalau fefeling malas nak tunggu. tapi meolls expect utk bayar the exact amount.  ...

sabar la dik non.. begitulah kehidupan...menipu dan di tipu pasti akan di rasai
Quote EncikRhoma 8-8-2017 01:02 PM
asalkan teksi tak berbau kepam, driver tak isap rokok, aku ok je naik teksi
Quote paz 8-8-2017 01:05 PM
Bagus lah macam ni, take advantage on the technology. Harap pemikiran driver taxi sejajar dengan zaman sekarang. Jangan nak pau passenger aja keje nyer.
Quote Sazida 8-8-2017 01:58 PM
mcm mana dgn pakcik2 yg takde sematfon?
Quote nisako 8-8-2017 02:25 PM
adui byk sgt app ............
Quote afie_m 8-8-2017 02:47 PM
app. tu x apa..prangai tu tolong ubah samalah...

Quote helicornia 8-8-2017 03:04 PM
driver teksi ni ramai yg veteran dan tk reti teknologi.kena gi training dulu ni
Quote CiliPadiSedap 8-8-2017 03:17 PM
Driver teksi lagi canggih, siap ada extension dalam kereta blh charge hp, laptop, belakang ada tong ngv.

Akak nak pakai juga extension tu tp takut kalau kereta tak bergerak battery kong. Kau orang ada pakai extension dalam kereta tak? mcm extension dekat lab komputer

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048584 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top