CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tidak Suka Durian? Cuba Keenakan Buah Tarap, Khasiatnya Dibuktikan Kajian Saintifik

1-10-2018 04:36 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9586| Komen: 32|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Tidak suka durian? Cuba keenakkan buah tarap pula, khasiatnya sudah dibuktikan kajian saintifik.

Buah tarap, juga dikenali sebagai terap, marang, johey, atau timadang adalah sejenis tumbuhan yang terkenal di negeri Sabah dan Sarawak. Tumbuhan ini juga banyak ditemui di kawasan beriklim tropika seperti negara jiran Brunei Darussalam, Filipina dan Indonesia. 


Buah tarap berbentuk bujur atat bulat dengan saiz biasa sekitar 15-20 cm dan berat mencecah 1 kg. Walau bagaimanapun, saiz dan berat ini boleh bertambah mengikut spesis tertentu.


 

 Kredit Foto: Khasiat.com


Buah tarap mempunyai bau tetapi tidak sekuat durian. Rasanya cukup manis, sedap dan seakan-akan mangga yang penuh dengan jus. Isinya berwarna putih susu dan melekit. Kerana warnanya dan permukaan kulitnya ketika muda, ramai orang keliru antara tarap dan cempedak atau nangka. Ramai penjual dan penggemar buah tarap mempromosikan keenakannya tetapi tidak mengetahui secara terperinci khasiat buah ini. 


Sebuah kajian saintifik dari Universiti Brunei Darusaalam mengesahkan khasiatnya. Kajian itu dimuatkan dalam jurnal berimpak tinggi International Food Research Journal pada tahun 2012. Kajian itu juga disokong dalam dapatan Jurnal Evidence-Based Complement Alternate Medicine keluaran tahun ini, 2018.

 

Susulan daripada itu, terdapat banyak manfaat buah ini antaranya;

 

1. Membantu Sistem Pencernaan

Kredit Foto: International Food Research Journal 


Buah tarap mengandungi serat yang tinggi. Walaupun makan dengan jumlah yang banyak, buah ini tidak akan menyebabkan perut anda sakit kerana ianya mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit sembelit. Dengan kata lain, buah tarap akan melancarkan sistem pencernaan anda.

 

2. Mengandungi Anti Oksidan Yang Tinggi


Kredit Foto: Evidence-Based Complement Alternate Medicine


Buah tarap mengandungi anti oksidan yang tinggi,  mampu menjaga dan memperbaiki sel-sel badan yang rosak akibat permakanan tidak sihat atau terdedah kepada pencemaran seperti asap rokok atau bahan kimia lainnya.

 

3. Kaya Vitamin dan Mineral


Kredit Foto: International Food Research Journal 


Seperti yang dimuatkan dalam jurnal di atas, kajian mendapati buah tarap mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium serta pelbagai jenis vitamin dan mineral lainnya. Oleh itu buah tarap ialah sumber tenaga yang baik, sesuai untuk atlit yang memerlukan latihan setiap hari.  Walau bagaimanapun, buah ini mengandungi glukosa yang tinggi jadi pesakit yang mengidap kencing manis perlu menghindarinya. 

 

4. Membantu Merawat Ulser Mulut


Kredit Foto: Berita Harian


Ulser mulut adalah luka pada mulut akibat daripada tergigit, alergi, luka ketika memberus gigi, haba badan yang panas atau sebab luaran lain. Penyakit ini tidak berbahaya tetapi menyebabkan ketidakselesaan terutamanya ketika makan. Lazimnya ianya akan hilang sendiri dalam 1-2 minggu tetapi jika anda ingin mempercepatkan proses penyembuhannya, cuba makan buah tarap. Kandungan Vitamin C yang tinggi setara dengan buah limau dapat mencegah munculnya ulser mulut baru.

 

5. Mengurangkan Risiko Pembentukan Batu Karang


Kredit Foto: Flickr


Buah ini mengandungi potassium yang tinggi yang mengurangkan risiko pembentukan batu karang pada buah pinggang. Selain itu buah ini juga mengandungi kalsium yang membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang.


Jadi jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan terbukti berkhasiat, dapatkan buah tarap di pasar yang berdekatan. Buah ini juga banyak didapati tamu-tamu sekitar Pantai Barat Sabah dan seluruh negeri Sarawak. - CARI

20

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
22

Sedih
21

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote serawadurian 1-10-2018 04:34 PM
X pernah makan buah ni
Quote Mina2215 1-10-2018 04:55 PM
Kat sarawak: buah terap @ buah lumok juga
Quote moonbug 1-10-2018 04:57 PM
Sebiji macam cempedak tapi color putih. Teringin nak rasa
Quote chazey 1-10-2018 05:01 PM
Buah ni versatile macam nangka.

Bila dah masak boleh makan gitu jah or dibuat cokodok tarap.

Bila mentah boleh dibuat gulai lemak or akak paling suka masak sup/stew dengan ayam/daging salai. Makan dengan sambal belacan, ppppeeerrrghhhh!!!
Quote paz 1-10-2018 05:05 PM
i suka buah tarap, makan nak stop susah.
Quote Artemesiaa 1-10-2018 05:07 PM
Rasanya belah semenanjung tak berapa kenal buah ni elok ler adakan promosi pengenalan mengenainya untuk yang disemenanjung
Quote Sang_Pencinta 1-10-2018 05:18 PM
Buah Tarap lagi sedap dari durian bagi saya

Makan pun tak messy
Quote zulka 1-10-2018 05:28 PM
kat sabah belambak buah ni, smpai muak mkn
Quote MsKathryn 1-10-2018 05:29 PM
Sedapnya, buah favourite ni... dh bertahun x makan.
Quote BedahBedul 1-10-2018 05:50 PM
Compare tarap dgn durian ni mcm compare epal dgn oren.. hahaha kok ye pun nak compare, buah tarap dgn cempedak bolehlah diterima.. semenanjung mmg xde buah tarap ni.. apa kata org sabah/sarawak try komersilkan dan pasarkn di semenanjung?
Quote Sang_Pencinta 1-10-2018 05:56 PM
Pasar Borneo di Seri Kembangan ada jual buah ni.
Quote umbut 1-10-2018 06:10 PM
Buah ni berbau ke.. asal aku jumpa memo dilarang bawa masuk buah tarap
Quote Sang_Pencinta 1-10-2018 06:29 PM
Bau sikit kalau terlebih masak. For me bau dia harum. Tak sekuat durian.
Quote amyza 1-10-2018 10:32 PM
Iols suka buah tarap. Sabah srwk je ada. Huhu
1st time member bawak balik,iols pegi check dapur ada gas bocor ke. Bau dia mcm gas bocor. Haha... jadi iols panggil "buah gas".
Quote TonyCaruso 1-10-2018 10:49 PM
Tak pernah jumpa
Quote miszclassique 2-10-2018 01:57 AM
Dekat miri tengah bersepah buah ni haritu dapat la merasa..terkejut tgk kawan bukak gitu je tak pakai pisau..rupanya kulit buah ni lembut gila kalah rambutan..
Dan bau dia level 2 bawah durian ya tapi tak busuk mcm durian. Bau wangiii
Quote Margarita 2-10-2018 02:08 AM
1st time dgar nama buah ni
Quote haryatie 2-10-2018 08:27 AM
pernah mkn sekali, lama sgt dah
x ingat rsa dia mcm mana..
Quote mieymiey 2-10-2018 09:02 AM
Buah ni memang sedap.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057285 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top