CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM Sahkan 19 Maut, 14 Kritikal Akibat Minum Arak Beracun

19-9-2018 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4942| Komen: 17

Description: Seramai 19 individu sekitar Lembah Klang, maut selepas minum arak yang mengandungi metanol, manakala 14 orang kritikal dan sembilan lagi dimasukkan ke wad untuk pemerhatian. Ketua P ...

Seramai 19 individu sekitar Lembah Klang, maut selepas minum arak yang mengandungi metanol, manakala 14 orang kritikal dan sembilan lagi dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.



Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol, masing-masing 45 kes di Selangor dan enam kes di Kuala Lumpur, dengan tiga mangsa terdiri daripada rakyat tempatan dan 48 mangsa dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.

"Kesemua mereka mempunyai sejarah pengambilan cecair beralkohol yang mengandungi bahan beracun berkenaan."

 
Jelas Noor Hisham, kesemua mangsa menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.

"Laporan polis dibuat KKM untuk mengenal pasti pengedar, pengilang minuman tersebut serta punca keracunan dan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar itu di pasaran."

Tambahnya, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang menyediakan atau menjual apa-apa makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai dinasihat agar menjauhi daripada mengambil sebarang minuman beralkohol yang mungkin mengandungi metanol yang boleh mengakibatkan kematian.- CARI

6

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 18-9-2018 05:30 PM
Keh..keh..
Quote najib888 18-9-2018 05:38 PM
Ingatkan minum arak buatan sendiri, samsu... ni mesti shandy macam2 arak plus additional etanol yg dah shift ke methanol or butanol..  
baik lagi ketum.. setakat ni tak dengar lagi ada yg mati consumes ketum
Quote merrissa 18-9-2018 05:43 PM
thread satu lagi seorang pekerja dari bangladesh mati ketika bekerja, ni pulak mati ketika berhibur....ish2
Quote matchstick 18-9-2018 06:46 PM
arak pprt ke ni sister
Quote nishikido 18-9-2018 07:17 PM
Arak murahan.. sesuailah tu.kalau arak mahal dah lama ade kes kat zouk..hihi.makin bnyak kelab I tengok..
Quote miemiecha 19-9-2018 10:16 AM
takziah...
Quote moonbug 19-9-2018 10:22 AM
Pagi tadi dgr kat radio news dah 19 orang mati
Quote MadameOnion 19-9-2018 11:15 AM
terbakaq peruttt woiii
Quote Modngengade 19-9-2018 03:30 PM
TUJUH suspek dipercayai pengusaha kedai runcit yang menjual arak, hari ini, ditahan Polis Selangor susulan kes keracunan arak yang mengakibatkan 17 kematian di negeri itu sejak kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan berkenaan dibuat menerusi 12 serbuan di premis-premis yang menjual arak di Bukit Kemuning dan Taman Seri Muda Shah Alam; Taman Sri Gombak; Taman Daya dan Taman Sri Ehsan Kuala Lumpur; Kampung Baru Subang (Seksyen U5 Shah Alam) serta Bandar Rinching, Semenyih Kajang.

"Suspek yang ditahan terdiri daripada lima lelaki iaitu dua warga tempatan, dua warga negara India, seorang warga Myanmar, manakala dua lagi suspek perempuan masing-masing warga negara Myanmar dan India.

"Kesemua suspek berusia lingkungan 40-an dan dalam serbuan yang sama, polis turut merampas sebanyak 1,030 botol wiski pelbagai jenama termasuk Grand Royal Wiski dan Mandalay Wiski serta 1,767 tin bir jenama Valcano dan King Fisher," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
ADVERTISING

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan dibuat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam.

Sementara itu, Mazlan berkata, berdasarkan laporan yang diterima Polis Selangor sehingga 8 pagi ini seramai 50 mangsa dirawat di beberapa hospital sekitar Selangor.

"Daripada jumlah itu, 17 orang mangsa sudah meninggal dunia, 24 mangsa sedang dalam rawatan dan sembilan lagi sudah dibenarkan keluar hospital.

"Pecahan mangsa adalah, warga tempatan (empat orang), Myanmar (sembilan orang), Nepal (25 orang), Bangladesh (10 orang), India (dua orang).

"Mangsa yang maut pula seorang warga negara tempatan, Myanmar (tujuh orang), Bangladesh (dua orang), Nepal (lima orang), India (seorang) dan kewarganegaraan seorang lagi masih belum dapat dipastikan," katanya.

Mazlan berkata, ekoran daripada kejadian berkenaan, polis mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan iaitu mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang dan sebanyak 17 kertas siasatan sudah dibuka.
Quote fushimi 19-9-2018 03:38 PM
ingat rakyat tempatan

dekat indo pun pernah jadi kes macam ni kan
Quote tri-max 19-9-2018 03:46 PM
wow ,,, nama arak standed zouk
ghupa nyer PPRT punya arak
Quote Modngengade 20-9-2018 08:40 AM
SERAMAI 23 individu di Lembah Klang disahkan sudah meninggal dunia akibat minum arak mengandungi metanol.

Jumlah itu membabitkan pertambahan dua kes kematian di Selangor dan menjadikan kes kematian di negeri itu meningkat kepada 19 orang

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, jumlah terkini mangsa terbabit kes arak beracun itu keseluruhannya 56 orang.

Katanya, 17 individu masih lagi dirawat manakala 20 lagi sudah dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatan mereka beransur pulih.
ADVERTISING

"Sehingga 8 malam tadi, seramai dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia iaitu masing-masing membabitkan seorang warga Nepal dan Myanmar.

"Ini menjadikan keseluruhan kes kematian di Selangor akibat minum arak beracun itu meningkat kepada 19 orang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sehingga 10 malam tadi, kes kematian di ibu negara akibat arak beracun itu pula mencatatkan sebanyak empat kematian.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang berkata, empat kematian itu membabitkan dua lelaki tempatan dan dua lelaki Myanmar.

"Di Kuala Lumpur, sehingga kini sebanyak empat kematian akibat minum arak beracun itu dilaporkan. Empat kematian itu masing-masing membabitkan dua lelaki tempatan dan dua lelaki warga Myanmar," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Berita berkaitan

• Arak beracun: Tujuh ditahan [METROTV]

• [UPDATE] Empat lagi maut sebab arak beracun

• [UPDATE] Mangsa beli arak di Bangi Lama...

• [UPDATE] Angka maut akibat arak meningkat

• [UPDATE] Lapan lagi disahkan maut

• [UPDATE] Polis rampas arak di 'Pasar Bangla'

• 7 maut keracunan alkohol

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 11:18 PM
Quote xtahumenahu 20-9-2018 09:00 AM
ramainyaaaaa mati
Quote cik_sssara 20-9-2018 09:03 AM
Ramainya. Satu batch production tu lah kot yang beracun.
Quote zorrro_03 20-9-2018 09:09 AM
ini lah antara hikmah Islam mengharamkan minuman keras.  pembuat, penjual dan peminum arak adalah haram dan berdosa.

arak mengundang pelbagai masalah keganasan dan mengganggu makhluk lain.  kita berharap semua jenis arak / minuman yang memabukkan tidak dibenarkan dalam negara kita ini.  
Quote BoongaKertas 20-9-2018 09:14 AM
pagi td dengarnya ada saranan suruh naikkan cukai arak utk kekang masalah arak haram dijual pd manusia. entah, iols rasa suggestion tu mcm menggalakkan lagi penjualan haram ada lah
Quote Modngengade 26-9-2018 01:46 PM
JUMLAH mangsa maut akibat minum arak beracun di negara ini terus meningkat apabila seramai 37 individu dilaporkan sudah meninggal dunia sehingga semalam.

Pertambahan itu membabitkan tiga kes kematian terbaru di Selangor dan satu kes di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian di Selangor meningkat kepada 23 kes dan di Kuala Lumpur meningkat kepada 11 kes.

Katanya, Perak masih kekal dengan tiga kematian.

"Warga Myanmar masih kekal mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 11 kematian diikuti oleh warga tempatan sebanyak 10 orang, warga Nepal sebanyak lapan kematian dan masing-masing dua kematian membabitkan warga Bangladesh dan India.

"Empat lagi individu yang maut akibat arak beracun itu gagal di kenal pasti kewarganegaraan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga semalam juga, sebanyak enam kes baru keracunan arak dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 93 kes.

“Pertambahan itu membabitkan empat kes baru di Perak dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

“Ia menjadikan jumlah kes di Kuala Lumpur meningkat kepada 17 kes manakala di Negeri Sembilan meningkat kepada dua kes.

“Kes keracunan arak di Selangor dan Perak pula kekal sebanyak 62 kes dan 12 kes," katanya.

Noor Hisham berkata, sebanyak lapan pesakit yang sebelum ini dirawat di fasiliti milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sudah pun dibenarkan pulang.

Menurut Noor Hisham, seramai 23 lagi pesakit masih menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

"Daripada 23 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, lapan pesakit berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Beliau berkata, KKM menerusi Bahagian Kesihatan Awam dan Keselamatan Kualiti Makanan (BKKM) sudah menjalankan pemeriksaan di 988 premis yang menjual arak dan sehingga semalam, sebanyak 4,489 botol arak dirampas kerana tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Katanya, KKM akan terus memantau situasi kes keracunan arak itu dari masa ke semasa dan menyeru masyarakat untuk membawa terus ahli keluarga atau rakan yang mengalami simptom keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan ke klinik kesihatan atau hospital terdekat untuk rawatan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 1:16 PM

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.356739 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top