CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tok Pa Umum Keluar UMNO

19-9-2018 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1927| Komen: 4

Description: Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada parti itu, selepas menyedari usaha memulihkan imej parti semakin sukar, selain bertentangan dengan prinsip perjuangannya selama 40 tahun.

Memetik laporan Bernama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada parti itu, selepas menyedari usaha memulihkan imej parti semakin sukar, selain bertentangan dengan prinsip perjuangannya selama 40 tahun.


Kredit foto: carian internet

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Lanas, Kelantan berkata, beliau membuat pemerhatian mengenai landskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan BN, selepas PRU14.

Katanya, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, beliau berpendapat bahawa usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej UMNO semakin sukar.

“Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini."


“Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata."

“Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah,” jelasnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, beliau menang kerusi Jeli dengan memperoleh 21,665 undi mengalahkan calon PAS dan PKR, dengan majoriti 6,647 undi.

Beliau turut menang kerusi DUN Air Lanas dengan dengan majoriti 359 undi mengalahkan calon PAS dan PKR dalam PRU14 yang lalu.- CARI
16

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
23

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 19-9-2018 09:31 AM
tokpa bakal menjadi teruk.

bakal terbongkar segala rakaman bedio skendal bagai.
bersedia la tokpa untuk dikutuk geng umngok
Quote cik_chili 19-9-2018 09:50 AM
Silap ...spender putih bendera bakal berkibar...
Quote MadameOnion 19-9-2018 11:11 AM
perjuangan apa ntah tokpa ni..kalau menang hari tu ada ke nak keluaq parti? choiii sesangat
Quote lumie 19-9-2018 01:37 PM
Tp ramai syg tok pa ni... Bgs katenyer kua masuk kg.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 1.091385 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top