CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Skynet Curi Barang, Pos Laju Pecahkan Barang... Apa Nak Jadi Dengan Kurier Malaysia?"

18-9-2018 05:16 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 15384| Komen: 39|Original author: Oleh: Ain

Description: Anugerah Penyedia Perkhidmatan Ekspres Tahun 2018 yang dirangkul perkhidmatan kurier Pos Laju buat kali kesembilan berturut-turut menjadi persoalan apabila cabang kurier itu saban hari menerima banyak ...
Anugerah Penyedia Perkhidmatan Ekspres Tahun 2018 yang dirangkul perkhidmatan kurier Pos Laju buat kali kesembilan berturut-turut menjadi persoalan apabila cabang kurier itu saban hari menerima banyak kritikan dan kecaman daripada pelanggan.


Baik penghantar mahupun penerima pasti kecewa dan terkilan apabila barang dikirim lambat diterima atau tidak berada dalam keadaan asal sebelum dihantar kepada penerima.

Terbaru, Muhammad Syazwan Othman terkilan dan berang apabila barangnya dipulangkan semula Pos Laju dalam keadaan kotaknya yang sudah kemek.



Menurut pemilik dan pengedar perisa rokok elektronik (vape) jenama Mr Loops itu, dia menghubungi pihak Pos Laju bagi mendapatkan kepastian selepas mendapati pelanggannya masih belum menerima barangannya walaupun sudah seminggu ia dikirimkan kepadanya.


"Tak sampai 10 minit, dapat penggilan daripada posmen lain, cakap barang ni kena dipulangkan semula kepada pengirim iaitu aku. 

"Aku balik tengok barang, ya Allah hancur relai. Rugi banyak bos. 



"Aku bagi kau barang elok, pesan suruh tampal pelekat mudah pecah, staf kau boleh main baling-baling lah kot sampai kotak kemek," katanya.


Loading FB Post...

Lebih mengesalkan, pihak Pos Laju hanya menghubungi Muhammad Syazwan selepas tiga hari kirimannya disahkan rosak dan perlu dipulangkan.





Rata-rata netizen bersimpati dan menggesa Muhammad Syazwan membuat aduan selain menyifatkan pihak Pos Laju bersikap sombong kerana merasakan tiada perkhidmatan lain boleh menandingi mereka.


Pos Laju dah tak boleh pakai, sombong pula tu!



Justeru, orang ramai menasihatkan Muhammad Syazwan supaya memilih perkhidmatan kurier lain pada masa akan datang terutama jika ingin mengirimkan barangan mudah pecah.


Skynet curi barang, pos laju pecahkan barang...




Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman

Kalau beginilah caranya, berapa lama lagi Pos Laju Malaysia dapat bertahan? Apa guna dapat anugerah banyak-banyak jika pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan? Tidakkah itu satu penipuan namanya? - CARI
15

Bagus
29

Marah
13

Terkejut
25

Sedih
30

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 18-9-2018 05:22 PM
Depends atas cawangan. Jgn pukul rata. So far posmen area sini ok alhamdulillah. If ada kes mcm ni nak komplen sebut terus cawangan mana dlm komplen before attach bukti sebab kadang2 picture tu orang tak tengok so tak fair pada posmen2 lain yang betul2 efisyen. Tapi skynet tu memang. Kadang2 ok kadang2 tak.mmg taknak guna dah skynet. Tak konsisten. Ninjavan the best lepas poslaju. My area la.
Quote zulka 18-9-2018 05:24 PM
betul, pos laju skarang teruk..baru2 ni aku pos brg ke jb, 2 mggu baru smpai..
pastu member dari kelantan poslaju brg ke kl, sama gak 2 mggu baru dapat..
2 kali aku pegi pej pos laju, org kaunter cakap despatch dah bawa barang, takkan despatch tu hold brg tu smpai seminggu
Quote buapakperut 18-9-2018 05:27 PM
rasanya cawangan belah kelantan sana memang banyak masalah . bukan setakat poslaju,skynet, city apentah pun hawau juga
Quote sinalegna 18-9-2018 05:32 PM
Nah repost

20180913_202923.png
Quote buragazz 18-9-2018 05:34 PM
Skynet memang aku percaya.. ko boleh tgk barang2 dekat store cheng, Melaka ya ampun sampai nak cari barang pun tak jumpa.. pastu klu barang return dia umpamakan cam sampah je boleh dipijak2 aku menulis atas pengalaman aku dengan Skynet beli barang melalui Lazada.. dah aku ambik sendiri kat Skynet sebab diorang lengah2 kan penghantaran dah dekat seminggu lebih barang aku kat situ sampai dah berabuk terbiar kat belakang bila aku tanya amoy tu "Bila u plan nak hantar" belum tau.. habah dia.. patutnya Lazada potong sikit 35 hengget delivery cost tu sebab aku gi ambik... tapi hati aku terubat sikit pasal Lazada hantor barang yang aku tak order mahal lak tu.. nasib la...
Quote merrissa 18-9-2018 05:59 PM
erk lain kali lekat la sendiri fragile sticker tuh

tapi dah lekat pon hancur gak..don't worry

Quote sharlenetexas 18-9-2018 06:21 PM
LWE teruk sangat. Berminggu2 barang tak sampai lagi. Nestlex11street guna khidmat ni. Dahlah postage charge 11street ni mahal. Dulu nestle guna skynet. Hari order esok atau lusa sampai.
Quote Megikari 18-9-2018 06:49 PM
Kat tempat aku so far poslaju takde buat hal. Cepat je sampai, kadang2 tengah hujan pun diorang gigih hantar barang. So memang tak adil la kalau pukul rata kata poslaju dah teruk.

Tapi kalau skynet memang aku dah berpatah arang berkerat rotan. Menci gila. Dah la lembab, staf muka kelat, bila call pun jawab nak tak nak je. Gdex so far the best la.
Quote Foxey 18-9-2018 08:06 PM
Teruk nye service skynet. So far, fox guna poslaju, ok cuma kadang lambat. Gdex pun fox suka, cepat gak
Quote umbut 18-9-2018 08:29 PM
So far ok jer pos laju tempat aku.. dah ler aku kaki shopping online.. x pernah hilang or lambat..
Quote potpetpotpet 18-9-2018 09:22 PM
Betul tu. Tak boleh pukul rata. Poslaju tempat aku efficient. Hujan ke apa,  dia redah jugak sampai mak aku plak risau kn dia.
Quote EvieWanKenobi 18-9-2018 09:51 PM
setakat ni serbis Poslaju ok lagi..
tak tau la esok lusa..
risau pula nak order online..
Quote skinsandstars 18-9-2018 09:51 PM
Skynet kat tempat aku memang cam harem j.

Poslaju sangat bagus di sini.

Gdex cam harem jugekk, selalu bertangguh i.e. lambat sampai.

Citylink okay.

Lain semua lembap, idok leh harap, tidak worth untuk dimention pun.

Quote munchkin 18-9-2018 10:56 PM
Skynet dari tahun 2000an ada kes jugak. My distributor kata depa pos notebook. Customer dapat batu dalam tu. Mmg alergik courier company ni..
Quote munchkin 18-9-2018 10:59 PM
Gdex the best. Laju gila. Senang deal.
Quote liya71a 19-9-2018 05:46 AM
satu dalam berpuluh ribu bungkusan kot. staff tu nak kena di semak balik, manatau dia kerja terlebih masa, tertekan, ada masalah psikologi ke, kesian kat staff poslaju dan customer, tapi ada insurans kan?
Quote mongoose_kidz 19-9-2018 07:26 AM
adik2 poslaju kat tmpat aku terbaik!!
aku mmg kaki shopee so mmg kdg2 hari2 ade brg smpai n aku xde kat umah sbb keje shift ptg...mmg slalu kat area aku dia dtg kul 1 ke atas..
sporting la siap call n aku suruh masukkn dlm pagar je..
ade sekali tu siap follow up balik ngan aku dpt ke x brg sbb dia risau x dpt..baik sgt
Quote cassriena 19-9-2018 08:08 AM
mongoose_kidz replied at 19-9-2018 07:26 AM
adik2 poslaju kat tmpat aku terbaik!!
aku mmg kaki shopee so mmg kdg2 hari2 ade brg smpai n aku xde ...

ehhh sama la. tpt iols punye poslaju punye servis mmg mantop terbaik. paling slow n hanat is gdex.
Quote dekmieDandy 19-9-2018 09:29 AM
tempat aku pon ok, karak/bentong

mungkin sebab x padat sangat penduduk

Lihat semua komen(39)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.097871 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top