CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Petugas Disyaki Ugut Gunting, Cucuh Api Kemaluan Kanak-Kanak

3-9-2018 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5988| Komen: 48

Description: Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dipukul tanpa belas kasihan malam kelmarin akibat melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas bu ...

Biarpun pelbagai usaha diambil oleh kerajaan untuk menangani kes penderaan kanak-kanak, namun kejadian seumpama itu tetap berlarutan wajar membimbangkan ibu-bapa yang terpaksa menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.


Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dipukul tanpa belas kasihan malam kelmarin akibat melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas buang air besar.


Kredit foto: keratan video 

Dilaporkan kejadian deraan yang berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Lorong Tok Sira, Kuantan itu disedari bapa mangsa berusia 25 tahun selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, dua petugas termasuk seorang lelaki pusat jagaan itu dikatakan bertindak mencucuh api pada kemaluan dan mengugut untuk menggunting kemaluan mangsa, selain memukul badan serta kepala mangsa menggunakan rotan.




Tambah Asisten Komisioner Mohamad Noor, selepas menyedari video berkenaan viral dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, dua petugas terbabit sudah menghubungi bapa mangsa untuk memberi penjelasan.

"Mereka memaklumkan tindakan merotan mangsa dibuat sebagai proses pembelajaran, bukan untuk mendera."

Namun tegas Mohamad Noor, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat unsur penderaan cuba dilakukan terhadap mangsa setelah meninjau pusat jagaan itu.

Difahamkan, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan pada bahagian punggung.

Manakala dua petugas pusat jagaan itu direman dua minggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.- CARI

15

Bagus
30

Marah
17

Terkejut
21

Sedih
25

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 2-9-2018 08:35 PM
Melayu ni memang ramai mangsa dera ka masa kecik2 hingga membesar menjadi pendera?
Quote tumpanglalu74 2-9-2018 08:39 PM
chazey replied at 2-9-2018 08:35 PM
Melayu ni memang ramai mangsa dera ka masa kecik2 hingga membesar menjadi pendera?

Aku tak sanggup tengok bedio ni..  Tagih spoiler dari chuolls.. cukop.  Sumpah habis mati sel otak aku separuh kepala kalo pasang bedio tu.
Quote cha-cha 2-9-2018 08:42 PM
Mental. Perangai babi.
Quote samasam90 2-9-2018 08:52 PM
chazey replied at 2-9-2018 12:35 PM
Melayu ni memang ramai mangsa dera ka masa kecik2 hingga membesar menjadi pendera?

Tak tahula chuolls. Sihat walafiat jah iolls membesr tanpa didera.
Samada didera waktu kecil, atau tak pandai handle stress atau termakan propaganda.
Quote matkpop 2-9-2018 08:59 PM
jahat gila. boleh gelak plak tu.
Quote chazey 2-9-2018 09:03 PM
tumpanglalu74 replied at 2-9-2018 08:39 PM
Aku tak sanggup tengok bedio ni..  Tagih spoiler dari chuolls.. cukop.  Sumpah habis mati sel otak ...

Tak tengok sampai habis kak. Tengok part awal tu ja masa pompuan gemok tu rotan2 badan budak tu. Terus tutup after beberapa saat gitu.
Quote chazey 2-9-2018 09:04 PM
samasam90 replied at 2-9-2018 08:52 PM
Tak tahula chuolls. Sihat walafiat jah iolls membesr tanpa didera.
Samada didera waktu kecil, ata ...

Sukor alhamdullilah uols. Biasanya stok2 kertu abusive ni masa kecik2 dulu victim of abuse juga.
Quote tungkai 2-9-2018 09:51 PM
Eh siyal laa....
Quote cruz2 2-9-2018 10:01 PM
Tp kan,pelik pulak umur 8 thn masih kencing berdiri merata2,mencuri,tak flush najis etc..mmg sgt tak ptt si pelaku tu buat.cuma musykil mcmmana didikan budak ni dlm fmly sblm2 ni?
Quote Changa 2-9-2018 10:12 PM
pusat jagaan kanak2 OKU lembam ke??
Quote Changa 2-9-2018 10:14 PM
chazey replied at 2-9-2018 08:35 PM
Melayu ni memang ramai mangsa dera ka masa kecik2 hingga membesar menjadi pendera?

kena dera adalah satu kejayaan dan benda yang sangat di bangga dalam budaya melayu iya...
sehingga kan iklan raya bank islam siap ada scene anak rindu kena dera dengan bapak bagai.
kau mampu????

tak caya??? nanti jah ada acik2 kepam sunni dengan bangga kena dera dengan mak bapak dulu2 ujung2 jadi manusia katanya.
Quote insulin 2-9-2018 10:15 PM
Laknat ke atas pendera budak tu.
Quote EvieWanKenobi 2-9-2018 10:16 PM
kesiannya.. apa la dosa budak sebesar tu..
Quote salmon-suki 3-9-2018 12:53 AM
Ehhhhh...what a bloody fool!! Dah taw jenis baran,xyah laa amek tugas jaga budak..ehhh...
Quote awaynepian 3-9-2018 08:02 AM
kalau stakat ugut tu xpe..nih dicucuh pulak..kalau aku jadi bapak dia..mahu aku tumbuk muka org yang jaga tu
Quote awaynepian 3-9-2018 08:03 AM
cruz2 replied at 2-9-2018 10:01 PM
Tp kan,pelik pulak umur 8 thn masih kencing berdiri merata2,mencuri,tak flush najis etc..mmg sgt tak ...

pernah dulu masuk kelas psikology...budak yg terkencing merata ni biasanya dia kena sergah or kena jerit..mayb dlm family ada yang slalu marah dia..or cikgu tu sendiri selalu tengking2...budak ni takut..
Quote Modngengade 3-9-2018 08:13 AM
Kenapa yg mendera kanak2  ni biasanya acik2 kepam gundu? Adakah mereka ni merasa inferiority complex kerana kegunduan mereka?

Apa pendapat acik2 gundu dlm CI ni...?
Quote borrow 3-9-2018 08:17 AM
Edited by borrow at 3-9-2018 08:21 AM
chazey replied at 2-9-2018 08:35 PM
Melayu ni memang ramai mangsa dera ka masa kecik2 hingga membesar menjadi pendera?

Kat forum ni pun , ai ada bc bbrp forumer cam bangga dibelasah mak pak waktu kecik. Sbb tu jd manusia.



Quote borrow 3-9-2018 08:19 AM
awaynepian replied at 3-9-2018 08:03 AM
pernah dulu masuk kelas psikology...budak yg terkencing merata ni biasanya dia kena sergah or kena ...

tu la. If budak ada masalah kencing , selalunya berkait dgn psikologi. Ibu bapa kena trace punca.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.060333 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top