CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Nafi Dera Kanak-kanak Hingga Menyebabkan Kematian

25-3-2017 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2801| Komen: 4

Description: Susulan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 14 Mac lalu, seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.
Susulan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 14 Mac lalu, seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.



Foto: Harian Metro

Memetik Harian Metro, tertuduh, Gloria Erren Liwie, 23, berasal dari Sarawak membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Pertuduhan berkenaan mendakwa tertuduh dengan sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit di Apartmen Impian Baiduri. Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika disabit kesalahan.

Peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh mempunyai bayi berusia 11 bulan.


Mahkamah bersetuju membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan selain diarahkan melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali. Mahkamah turut melarang tertuduh daripada mengganggu saksi dan keluarga mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, media melaporkan ibu mangsa yang bertugas sebagai juruwang menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh pada jam 1 tengah hari dan menjemputnya tiga jam kemudian sebelum mendapati kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.40 petang.  - CARI
24

Bagus
19

Marah
9

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu1 25-3-2017 01:05 PM
Abis sape yg dera cicak
Quote RatuDunia94 25-3-2017 01:17 PM
sebu1 replied at 25-3-2017 01:05 PM
Abis sape yg dera cicak

Biasanya peguam yg suruh x mengaku.. Selagi xd bukti kukuh pompuan tu mendera n selagi ada keraguan pd kes mmg tertuduh berhak utk tak mengaku.. Walopon mmg dia yg dera..
Quote sebu1 25-3-2017 01:27 PM
RatuDunia94 replied at 25-3-2017 01:17 PM
Biasanya peguam yg suruh x mengaku.. Selagi xd bukti kukuh pompuan tu mendera n selagi ada keragua ...

Ooooo oke  
Quote alinone78 5-6-2017 11:14 AM
wahhh ada anak sendiri pun mau dera anak orang lagi ya?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041664 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top