CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wan Maimunah Sesak Nafas, Azreen Manan Kritikal Organ Gagal Berfungsi

13-8-2018 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 22634| Komen: 47|Original author: Oleh: Ain

Description: Industri seni beberapa hari ini dirundung kesedihan dengan berita beberapa artis yang kini terlantar di hospital.
Industri seni beberapa hari ini dirundung kesedihan dengan berita beberapa artis yang kini terlantar di hospital.

Semalam, BH Online melaporkan pemergian dramatis, Nurin Misha atau nama sebenar, Nur Amisah Abdullah yang meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi, Ahad.



Kredit foto: IG

Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 52 tahun akibat sesak nafas dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Sementara itu, pelakon veteran Wan Maimunah Abdul Aziz, 64, dimasukkan ke hospital sejak kelmarin akibat sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru.



Difahamkan, Wan Maimunah mula mengalami sesak nafas selepas melawat salah seorang adiknya di Gadek, Alor Gajah, kelmarin sebelum dikejarkan ke Hospital Alor Gajah.

???Allah SWT hendak uji kita. Agaknya, ada waktu ibu leka, lalai. Beginilah Allah kejutkan. Syukur, dalam waktu ini masih boleh lagi meneruskan kehidupan.

???Cuma, rasa letih (sesak nafas), terkejut sangat sebab tidak pernah mengalami keadaan seperti ini,??? katanya.


Kredit foto: BH Online

Selain bekas vokalis Panji, Mohd Rafi Ibrahim atau Opie, 48 yang terlantar di hospital akibat menderita Hepatitis C, Azreen Manan, 41, kini kritikal di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, sejak kelmarin.


Kredit foto: FB

Menurut laporan, penyanyi dan pelakon era 1990-an itu disahkan menghidap kanser servik tahap empat sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari, namun sel barah menyerang kembali dan beralih ke kaki pada tahun lalu.

Menurut suaminya, doktor memaklumkan Azreen mengalami komplikasi akibat beberapa organ termasuk buah pinggang gagal berfungsi.

???Semalam Azreen menggunakan alat bantu pernafasan namun ia sudah dibuka.

???Buat masa ini, isteri bergantung kepada ubat penahan sakit," kata suaminya, hanya mahu dikenali sebagai Shah.


Kredit foto: FB

Semoga roh Allahyarhamah Nurin Misha ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala artis lain yang dimasukkan ke hospital diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. - CARI
21

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
22

Sedih
31

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 13-8-2018 12:47 PM
Kenapa wan mamimunah bercerai dengan suami kacang pool dia ye ?
Quote tikusmontok 13-8-2018 12:53 PM
MissVixen replied at 13-8-2018 12:47 PM
Kenapa wan mamimunah bercerai dengan suami kacang pool dia ye ?

sibuknya nak tau hal rumahtangga org.
Quote MissVixen 13-8-2018 12:55 PM
tikusmontok replied at 13-8-2018 12:53 PM
sibuknya nak tau hal rumahtangga org.

Ni thread gosip ke, thread agama?
Quote Themilo 13-8-2018 01:01 PM
MissVixen replied at 13-8-2018 04:47 AM
Kenapa wan mamimunah bercerai dengan suami kacang pool dia ye ?

tak wajar dibincangkan. lagi pun, jadi isteri kedua bukannya mudah.
Quote MissVixen 13-8-2018 01:04 PM
Themilo replied at 13-8-2018 01:01 PM
tak wajar dibincangkan. lagi pun, jadi isteri kedua bukannya mudah.

Ooo. Isteri kedua rupanya. Tahu dia kahwin dan dah cerai je. Tak tahu selanjutnya.
Baik.
Quote minguk 13-8-2018 01:35 PM
takziah kepada semua...
Quote krisp 13-8-2018 02:07 PM
MissVixen replied at 13-8-2018 12:55 PM
Ni thread gosip ke, thread agama?

Kalau ada butang like, aku tekan berkali2...hehe
Quote bambimbom 13-8-2018 02:21 PM
statement last tu..  semoga roh arwah nurin misha ditempatkan dlm kalangan org beriman.. tak salah nak doa tp bukan name macik tu nur amisah Abdullah.. so ustazah2 rase better kite sebut name glmer dia or name asal pelakon tu??
Quote izaraif 13-8-2018 02:26 PM
tak kenal pun azreen cerita apa dia berlakon
Quote Nenasketum 13-8-2018 02:46 PM
MissVixen replied at 13-8-2018 12:55 PM
Ni thread gosip ke, thread agama?

Insof aku kejao. Hihi. Semoga dipermudahkan untuk semua yang sakit dan diuji
Quote itsmeshikin 13-8-2018 02:53 PM
Takziah utk ketiga-tiganye..
Quote fifie_olin 13-8-2018 03:24 PM
MissVixen replied at 13-8-2018 12:47 PM
Kenapa wan mamimunah bercerai dengan suami kacang pool dia ye ?

adala skali aku rasa kacang pool...
hazabnya rasa..
mual aku dibuatnya..


Quote kucingitam 13-8-2018 03:26 PM
azreen bukan single mother ke? takziah untuk semua..comey azreen masa muda2 dulu
Quote rosewhite 13-8-2018 03:35 PM
Azreen pernah kawin lain ke?
Quote whadda 13-8-2018 04:51 PM
moga diberi kesembuhan buat semua
Quote giyomi 13-8-2018 05:24 PM
dlm ramai2 artis diatas, akak cuma tau wan maimunah tu pon sebab msh berlakon, yg len akak tak kenal. wl apa pon Al Fatihah dn takziah
Quote helicornia 13-8-2018 06:20 PM
rosewhite replied at 13-8-2018 03:35 PM
Azreen pernah kawin lain ke?

kalau kt artikel ada suami baru shah namanya
Quote rainbowrainz 14-8-2018 12:28 AM
Sedihnye baca
Quote mat_arof 14-8-2018 07:14 AM
walaupun aku membesar tahun 90an..tapi siapa Azreen ni...x kenal langsung...

penyanyi ke pelakon....

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061577 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top