CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Petisyen Mahu Tun M Jadi Menteri Pendidikan

19-5-2018 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7509| Komen: 76

Description: Sebuah petisyen menginginkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan keputusan awal memegang portfolio sebagai Menteri Pendidikan tular di laman sosial.
Sebuah petisyen menginginkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan keputusan awal memegang portfolio sebagai Menteri Pendidikan tular di laman sosial.

Memetik Astro AWANI, petisyen itu dilancarkan menerusi sebuah laman sesawang Tun Dr Mahathir for Education Minister.


Foto: Reuters

Keputusan Dr Mahathir sebelum ini yang berhasrat memegang portfolio itu ditentang beberapa pihak seperti Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salehuddin Ayub, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Tan Keng Liang, Ketua Pemuda GERAKAN.





Dr Mahathir bagaimanapun, menegaskan beliau tidak akan melanggar Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mencadangkan Perdana Menteri tidak boleh memegang sebarang portfolio lain dalam kabinet.

"Saya tidak boleh melanggarnya. Memang ada permintaan untuk saya menjadi Menteri Pendidikan," katanya dalam video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti dipetik AWANI.

Petang semalam, Perdana Menteri mengumumkan senarai nama untuk 15 Menteri Kabinet baharu yang menamakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malek sebagai Menteri Pendidikan. - CARI
27

Bagus
25

Marah
30

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 19-5-2018 12:40 PM
Jd pm pon dh cukup penat tu.. tun 93 bkn 39..
Quote sepiITUindah 19-5-2018 12:40 PM
tak yah ler...kesian kat dia
mana larat
Quote Cicisweets 19-5-2018 01:01 PM
Bukan dia pun nak jugak ke
Quote dess402 19-5-2018 01:08 PM
ini macai2 tun la ni .
org lain tak kott .
Quote Catpaw 19-5-2018 01:09 PM
mana link petisyennye
Quote CoolSurfer 19-5-2018 01:20 PM
Dr Maszlee pun capable.
Quote guesswho09 19-5-2018 01:23 PM
dess402 replied at 19-5-2018 01:08 PM
ini macai2 tun la ni .
org lain tak kott .

fanatik2 dia
ingat fattah amin je
ada fanatik kihkih...
Quote taikor 19-5-2018 01:25 PM
Catpaw replied at 19-5-2018 01:09 PM
mana link petisyennye

Kat change.org
Quote Siti_Mustaqim 19-5-2018 01:25 PM
Macam ok je pengganti ni. Akak sokong..
Quote alesandra 19-5-2018 01:35 PM
dess402 replied at 19-5-2018 01:08 PM
ini macai2 tun la ni .
org lain tak kott .

aku boring betul ngan macai madey neh..dahla memekak..acah2 majoriti...walhal sendu je
Quote Catpaw 19-5-2018 02:05 PM
yang petisyen dr. maszlee pun ade. dah lebih 18k
Quote Catpaw 19-5-2018 02:06 PM
taikor replied at 19-5-2018 01:25 PM
Kat change.org


iols tengok komen ade yang sebab bg dr maszlee berkaitan dengan zakir naik
yang belum islam la tu kot
Quote ashilalat 19-5-2018 02:21 PM
Kenapa tpm boleh pegang dua jawatan, azmin boleh pegang dua jawatan? Kenapa tun M x boleh?
Quote hanalisa 19-5-2018 02:22 PM
Aku banyak deal dengan MOHE before this, and we're OK with Dr. Maszlee being the Minister.

Fanatics Tun ni nak bagi dia meninggal cepat ke hapa. MOHE combine dengan MOE, tugas PM negara lagi, gila banyak kot.

Tun Hasmah pun sure tanak husband dia berkorban kerja sampai tahap camni. Be realistic la. Orang workaholic macam Tun tu memang la dia nak buat semua kalau ikutkan hati dia.
Quote hanasensei 19-5-2018 02:25 PM
Tun pegang jwatan PM pun dh pening nk fkirkan nk pulihkn ekonomi n tarik pelabur.. ni jga kemnterian pljaran..x ker lg pitam..ni kat fb dh mcm2 dh request dri guru2 nk mcm tu nk mcm ni.. nk hapuskan itu ini.. blum.lgi guru berduka lara
Aku pun ckgu gak...
Quote shamsadis 19-5-2018 03:32 PM
Ehhh ko bagi orang tua tu pegang semua jilake, ko lah tuah ko lah Jebat, ko lah raja ko lah pemuja semua ko nak kaut tamak
Quote Iema5008 19-5-2018 03:34 PM
Penat la Tun nak cover semua...
Dalam kes dua jawatan ni aku still tpikir jgk...
Nape Shafie Afdal pegang jwatan Menteri Kewangan Negeri instead bg kat Menteri lain..
Kalau dia pegang jawatan komoditi ka apa ka perumahan ka boleh terima lagi.. dia ckp musa aman, dia sendiri plak dh ibarat Najib mintak dgn Najib bak kata Mat Sabu.. Shafie mintak kat Shafie
Quote Innrukia 19-5-2018 03:35 PM
Cukup2 la tu, give Tun a break bleh? Dh la pening nk form kabinet, nk layan demand yg x logic mcm ni. Okayla Dr Mazslee tu jd menteri pendidikan. Bg peluang org2 muda ni plak. Tun bleh guide dia...
Quote Skuau 19-5-2018 03:43 PM
shamsadis replied at 19-5-2018 03:32 PM
Ehhh ko bagi orang tua tu pegang semua  jilake, ko lah tuah ko lah Jebat, ko lah raja ko lah pe ...

menteri nikah kawen ada tak??? kihkihkih....

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.071928 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top