CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Minta Bantuan Interpol Untuk Kesan Jho Low- TPM

23-10-2017 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4210| Komen: 22

Description: Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berh ...

sumber : FMT


Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Memetik laporan Bernama, perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Timbalan Perdana Menteri itu, kerajaan yakin Interpol akan bertindak secara profesional, meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM tidak menerima maklumat terperinci daripada organisasi itu.

“Kita yakin Interpol akan bertindak secara profesional cuma PDRM tidak dapat maklumat terperinci daripada Interpol."

“Apa yang dilakukan oleh pihak antarabangsa telah dimuktamadkan dan saya yakin kes ini tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati,” katanya.


Malah, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan bahawa Presiden Interpol baharu merupakan timbalan menteri keselamatan China.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat, hari ini.

Difahamkan Azmin yang juga Menteri Besar Selangor bertanya mengenai pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung usaha mendapatkan bantuan Interpol untuk membantu mengesan Jho Low membabitkan isu 1MDB.- CARI
11

Bagus
18

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 23-10-2017 05:50 PM
ye kee niiii
gambar sirul ada
gambar jho low ada tak dalam senarai wanted
Quote Minami2013 23-10-2017 10:59 PM
Jgn ckp je zahid... bukti mana dah mintak interpol cari.. patut riza tu pun kena bawak sini utk jadi saksi if betul j low the real culprit..
Quote atira 23-10-2017 11:01 PM
bff jho lo si bijan takkan tak tahu  dia kat mana
Quote MarryPottet 23-10-2017 11:04 PM
mebi polis msia sukar kesan anak gampang ni sebab dia dah bertukar jadi babi hasil sumpahan rakyat msia
Quote trakea 24-10-2017 07:30 AM
Ikan bilis macam jho low memang bengap bengap. Dah songlap pergi bising joli sana sini
Quote mziskandar 24-10-2017 08:06 AM
INTERPOL Kuala Lumpur
The INTERPOL National Central Bureau (NCB) for Malaysia is directly under the command of the RMP Inspector General of Police. An integral part of the RMP’s Criminal Investigation Department, INTERPOL Kuala Lumpur is run by an Assistant Director.

Ref: https://www.interpol.int/Member-countries/Asia-South-Pacific/Malaysia
Quote Equalizer 24-10-2017 08:27 AM
Kapal layar Jho Low berlabuh di Aceh

23 Oct 2017, 6:02 pm      23 Oct 2017, 6:05 pm

Ketika kerajaan menghubungi bantuan daripada Interpol bagi mengesan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low, kapal layar ahli perniagaan dilaporkan berlabuh hampir dengan negara.

Mengikut laman web maritim MarineTraffic, Equanimity berlabuh di Sabang, sebuah bandar di Pulau Weh, di Aceh Utara, pada kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia.

Pulau Weh adalah destinasi menyelam terkenal, tetapi bukan tempat peranginan mewah seperti sering dikaitkan dengan Low.

Menurut MarineTraffic, kapal layar itu kemudiannya meninggalkan Sabang sekitar jam 4 petang waktu tempatan.

image: https://i.malaysiakini.com/1171/ ... 193498f537c615.jpeg



Meskipun kedudukan terakhir Equanimity tidak dapat dikesan, Malaysiakini pada Jun lalu melaporkan bahawa kedudukan kapal layar itu pernah berada di pantai Koh Rong, sebuah pulau peranginan di Kemboja.

Equanimity juga sedang dikesan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) yang mempercayai bahawa kapal layar itu adalah sebahagian daripada aset berkaitan 1MDB yang membabitkan pengubahan wang haram.

Menurut pemfailan DOJ di mahkamah, kapal layar itu dibina dan diselenggara dengan dana bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) yang berasal dari 1MDB.

Secara keseluruhannya, DOJ cuba merampas lebih AS$1 bilion aset. Walau bagaimanapun, proses penyitaan aset ditangguhkan bagi membolehkan siasatan jenayah dijalankan.


Equanimity adalah satu-satunya jenis kapal layar yang ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, dan kolam terjun, serta ruang tamu yang besar.

Terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa kapal layar itu pernah digunakan sebagai menganjurkan beberapa parti dan pesta yang dihadiri termasuk oleh bintang Hollywood, seperti Leonardo DiCaprio.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/399238#hF2QZHomiHy7V0hI.99

Quote -electrifying- 24-10-2017 09:57 AM
satu pon aku xpcye
Quote ~boolean 24-10-2017 10:00 AM
yacht nokharom ni kat acheh aja pun..

tak perlu interpol,
nelayan pun boleh cari dia
Quote kecimpret 24-10-2017 10:02 AM
wayangggg
Quote fushimi 24-10-2017 10:32 AM

yes wayang
Quote najib888 24-10-2017 11:30 AM
Latest position Equanimity ni ada di Phuket

https://www.marinetraffic.com/en ... 0/vessel:EQUANIMITY

IMO:  1012086
MMSI:  319059800

Apalagi wak jahid, kerahkan polis thailand pi tangkap topui ni...

p/s: akhirnya depa ngaku gak
Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Quote saladin780 24-10-2017 11:55 AM
Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

lawak la plak statement nih
Quote EJALTI 24-10-2017 12:54 PM
saladin780 replied at 24-10-2017 03:55 AM
Kerajaan telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan hartawan Malaysia, Low T ...

Ujung2 rakyat marhein yg tanggung sarat hutang 1MDB.....
Quote bit 25-10-2017 12:43 AM
kecimpret replied at 24-10-2017 10:02 AM
wayangggg

Wak Zahid terlupa script, malam hari siasatan dah ditutup... hahaha
Quote DARSITA 25-10-2017 01:39 AM
Ler bukan hari tu dia kata kes ni dah tutup?

bekukan lah reta reta dia yang ada di Malaysia ni kan .. pastu anak si Rosmah tu pulak bila nak disiasat akan punca jutaan duit yang dia ada?
Quote pyropura 25-10-2017 02:46 AM
Bahasa halus nya untuk selamatkan Jhu Lo agar rahsia jibby kepit dapat dipelihara .... akai mudah benor dibaca ...
Quote Lagubestbest 25-10-2017 02:54 AM
Takyahlah nak cakap style anak maslan.
Quote Darien_Fawkes 25-10-2017 04:48 AM
-belah pagi Zahid Komedi kata PDRM minta bantuan interpol untuk menjejaki topui
-belah petang kapal topui dikesan di acheh kemudian ke thailand
-belah malam Zahid Komedi menafikan PDRM ada meminta bantuan interpol untuk menjejaki topui
**now we know how he got his nickname

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066132 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top