CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Sultan Perak: Remaja Diarah Baca Rukun Negara, Denda RM5000

19-10-2017 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6732| Komen: 42

Description: Gara-gara menulis komen di Twitter menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, seorang pelajar berumur 19 tahun didenda RM5000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh.
Gara-gara menulis komen di Twitter menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, seorang pelajar berumur 19 tahun didenda RM5000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

mStar Online melaporkan, lelaki berkenaan juga diarahkan oleh Majistret Siti Hafiza Jaafar untuk membaca Rukun Negara sebelum dijatuhkan hukuman.

“Kamu faham tak apa itu maksud tatasusila? Tatasusila ini membentuk perbuatan atau tingkah laku yang ampuh, jadi tatasusila ini perlu dijaga, jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina.

“Kesalahan (menghina Sultan) ini boleh dipenjarakan tetapi kamu masih bersekolah, namun sebagai pengajaran untuk kamu dan masyarakat di luar sana, satu bentuk hukuman yang setimpal perlu diberikan.”

Foto: mStar Online

Tertuduh yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  bulan depan itu mengaku bersalah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dakwaan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambah sumber lagi, remaja berkenaan boleh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. -CARI
23

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 19-10-2017 01:12 PM
Sulat sis???
Quote kakiselit 19-10-2017 01:14 PM
Hina Indon selalu, eja Sultan pun tak betul. Mana jati diri?
Quote EJALTI 19-10-2017 01:17 PM
kakiselit replied at 19-10-2017 05:14 AM
Hina Indon selalu, eja Sultan pun tak betul. Mana jati diri?

  akan dibuat pembetulan dgn kadar segera okehhhh...
Quote EJALTI 19-10-2017 01:17 PM


Quote kakiselit 19-10-2017 01:18 PM
EJALTI replied at 19-10-2017 01:17 PM
akan dibuat pembetulan dgn kadar segera okehhhh...

Terima kasih
Quote fushimi 19-10-2017 01:18 PM
kesian ko dik
Quote vanillaninja 19-10-2017 01:20 PM
Heols gaduh pasal bola ke?
Quote prizadane 19-10-2017 01:37 PM

aah..pasal bola.. dia hina sultan perak bodoh disebabkan oleh bola..
tak pasal-pasal kena masuk penjara..
tapi bukan sultan perak yang buat laporan polis..rakyat jelata yang buat..

Quote EJALTI 19-10-2017 01:39 PM
prizadane replied at 19-10-2017 05:37 AM
aah..pasal bola.. dia hina sultan perak bodoh disebabkan oleh bola..
tak pasal-pasal kena masuk p ...

TQ for the info...
Quote AbukRokok 19-10-2017 01:46 PM
3.JPG

ni xkne lagi.....
Quote kecimpret 19-10-2017 01:49 PM
“Prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, ramai masyarakat hilang tatasusila dan kamu faham apa itu maksud tatasusila?, tatasusila ialah jangan mengutuk, mengeluarkan kenyataan angkuh dan menghina supaya kita dapat hidup dalam keadaan makmur.

lobai Zamihan bakal kena camni gak dgn hakim
Quote raradhia 19-10-2017 02:08 PM
kasihannya kau dik, cuba laa kau tulis esei 6 muka surat drpd kau tulis twitter bgtu. . belajar pun xhabis lg dik oii. .
Quote harrypoter 19-10-2017 02:22 PM
ramai sebenarnya yg buat statement2 mcm tu, cuma takde org report je,
dlm forum ni pun patut ramai yg kena, cuma nasib baik takde kaki report je
Quote akuMNdia 19-10-2017 02:25 PM
ni nak kena pungut derma utk bayar denda tak ni?
Quote mizruncing 19-10-2017 02:38 PM
adoi form 6 tapi wat bnda yg memalukan. selayaknya la dikk
Quote kivio 19-10-2017 02:44 PM
harrypoter replied at 19-10-2017 02:22 PM
ramai sebenarnya yg buat statement2 mcm tu, cuma takde org report je,
dlm forum ni pun patut ramai ...

Tak best lah tisu sangat.
Sikit2 report.
Koyak betol
Hehehe

Quote KulitKayuManis 19-10-2017 03:12 PM

kalau macam ni susah sikit investigation officer nak bukti kan "Babi tua" itu merujuk kepada siapa..hahah..last2 terlepas sebab susah nak buktikan..
btw, adik ni kutuk apa....mana petikan twitter ituuuuu
Quote white_musk 19-10-2017 03:33 PM
Apa yang dia kutuk?
Quote batmana 19-10-2017 03:51 PM

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.241699 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top