CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarang Akhbar Pengsan Diserang Individu Tak Dikenali

6-8-2017 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2709| Komen: 4

Description: Gara-gara berani bersemuka dengan individu yang mengekorinya, seorang lelaki pengsan selepas diserang individu tak dikenali itu, semalam.
Gara-gara berani bersemuka dengan individu yang mengekorinya, seorang lelaki pengsan selepas diserang individu tak dikenali itu, semalam.

Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu itu, mangsa yang juga pengarang akhbar tempatan menyedari kereta dipandunya diekori penunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang selepas menemui rakan-rakannya di Lido.


Mangsa kemudiannya berhenti di stesen minyak berhampiran Jalan Kolam sebelum bertanyakan kepada suspek mengenai tindakannya itu.

Suspek bagaimanapun, terus membuka topi keledarnya lalu menghayunkannya ke arah muka mangsa tanpa berkata apa-apa menyebabkan mangsa pengsan di tempat kejadian sebelum ditemui orang awam.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra dalam kenyataan akhbar mengesahkan pihaknya menerima laporan insiden terbabit.

"Mangsa kini berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebaik menerima rawatan.

"Hasil maklumat, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kiri muka iaitu lebam pada mata, bengkak pada rahang dan pipi sebelah kiri.

"Kita juga masih melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian ini memandangkan mangsa tidak tahu mengapa dia diserang oleh suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI
26

Bagus
19

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-8-2017 02:43 PM
ade isu x puas hati ditulis oleh pengarang akhbar?
Quote tumpanglalu74 6-8-2017 02:52 PM
chinta89 replied at 6-8-2017 02:43 PM
ade isu x puas hati ditulis oleh pengarang akhbar?

Mat rempit tu makan upah je pon..
Quote batmana 6-8-2017 06:30 PM
akhbar apa tu?
klu harian metro, logik jugakla

dia punya ayat kt page dpn2, kadang2 aku baca kuang ajo.
kt famili mangsa

mentang2 yg maut tu org kampung, bukan tansri, datuk2 bagai,
Quote chinta89 7-8-2017 09:18 AM
tumpanglalu74 replied at 6-8-2017 02:52 PM
Mat rempit tu makan upah je pon..

hehehehe iols pun rse gtu.


berapa sen la gamaknya upah.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.163679 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top