View: 1549|Reply: 4
|
Pengarang Akhbar Pengsan Diserang Individu Tak Dikenali
[Copy link]
|
|
Gara-gara berani bersemuka dengan individu yang mengekorinya, seorang lelaki pengsan selepas diserang individu tak dikenali itu, semalam.
Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi di Jalan Kolam, Luyang, Kota Kinabalu itu, mangsa yang juga pengarang akhbar tempatan menyedari kereta dipandunya diekori penunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang selepas menemui rakan-rakannya di Lido.
Mangsa kemudiannya berhenti di stesen minyak berhampiran Jalan Kolam sebelum bertanyakan kepada suspek mengenai tindakannya itu.
Suspek bagaimanapun, terus membuka topi keledarnya lalu menghayunkannya ke arah muka mangsa tanpa berkata apa-apa menyebabkan mangsa pengsan di tempat kejadian sebelum ditemui orang awam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra dalam kenyataan akhbar mengesahkan pihaknya menerima laporan insiden terbabit.
"Mangsa kini berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil sebaik menerima rawatan.
"Hasil maklumat, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kiri muka iaitu lebam pada mata, bengkak pada rahang dan pipi sebelah kiri.
"Kita juga masih melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian ini memandangkan mangsa tidak tahu mengapa dia diserang oleh suspek," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ade isu x puas hati ditulis oleh pengarang akhbar? |
|
|
|
|
|
|
|
Ade Lettew..
Mat rempit tu makan upah je pon..
|
|
|
|
|
|
|
|
akhbar apa tu?
klu harian metro, logik jugakla
dia punya ayat kt page dpn2, kadang2 aku baca kuang ajo.
kt famili mangsa
mentang2 yg maut tu org kampung, bukan tansri, datuk2 bagai,
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe iols pun rse gtu.
berapa sen la gamaknya upah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|