CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skandal 1MDB: Satu Lagi Bank Luar Negara Didenda RM43 Juta

23-6-2017 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3031| Komen: 20


sumber : FMT


Sebelum ini, sekurang-kurangnya 6 negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat telah mengadakan siasatan pengubahan wang ke atas institusi kewangan negara masing-masing yang membabitkan 1MDB. 

Bulan lepas, Bank pusat Singapura mendenda Credit Suisse dan Bank United Overseas (UOB) sebanyak S$1.6 juta (RM4.94 juta) kerana memungkiri peraturan anti-pengubahan wang haram dalam transaksi berkaitan 1MDB. 

Tahun lepas, ia mendenda DBS, UBS, Standard Chartered dan bank swasta Coutts kerana memungkiri undang-undang anti-pengubahan wang haram berkaitan dengan transaksi 1MDB.

Terbaru bank swasta Switzerland Edmond de Rothschild menjadi institusi kewangan yang dihukum atas kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusaniaga 1MDB.


Memetik laporan Free Malaysia Today, Edmond de Rothschild didenda hampir RM43 juta.

"Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) menyampaikan kesimpulan prosedur pentadbiran kepada Edmond de Rothschild (Eropah) pada 21 Jun," kata bank swasta itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan bank itu tidak menyebut skandal 1MDB tetapi perkara itu memperincikan mengenainya dalam laporan tahunannya yang diterbitkan bulan ini.

Bank itu terbabit dengan bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem Abdulla Al Qubaisi, tokoh penting yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebagai terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.- CARI

9

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rashiman 23-6-2017 11:48 AM
Bank2 aje yg byk buat Salah, disaman dan didenda diluarnegara .
1MDB masih lagi bebas dari sebarang salahlaku, masih lagi bebas dari disaman atau didenda .
Quote CiliPadiSedap 23-6-2017 11:56 AM
kalau jumpa rashiman di hari raya sila cari kon ramai2
Quote dockers 23-6-2017 12:06 PM
rashiman replied at 23-6-2017 11:48 AM
Bank2 aje yg byk buat Salah, disaman dan didenda diluarnegara .
1MDB masih lagi bebas dari sebaran ...

Apa maksudnya?
Quote rashiman 23-6-2017 12:11 PM

setakat ini, 1mdb tidak bersalah.
Quote dockers 23-6-2017 01:16 PM
rashiman replied at 23-6-2017 12:11 PM
setakat ini, 1mdb tidak bersalah.

Setakat ni lah kan.. tapi kenapa bank didapati bersalah?
Quote xy_daen 23-6-2017 01:21 PM
rashiman replied at 23-6-2017 11:48 AM
Bank2 aje yg byk buat Salah, disaman dan didenda diluarnegara .
1MDB masih lagi bebas dari sebaran ...

Subhanallah...sampai tahap gini taksub ko kepada makhluk Allah?

Tak terlintas sedikit pun ke bahawa di Malaysia segala salah laku 1MDB x diambil tindakan berikutan salah guna kuasa oleh pemimpin tertinggi?


Subhanallah. Ya Rabb..kau berikanlah petunjuk kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak kemungkaran dan salah laku pemimpin...
Quote Siddiqin 23-6-2017 01:36 PM
Muuuuuuuak dah nak layan kes2 ni.
Next !!!
Quote atira 23-6-2017 01:46 PM
xy_daen replied at 23-6-2017 01:21 PM
Subhanallah...sampai tahap gini taksub ko kepada makhluk Allah?

Tak terlintas sedikit pun ke ba ...

mengucap panjang ko ye
Quote xy_daen 23-6-2017 01:58 PM
atira replied at 23-6-2017 01:46 PM
mengucap panjang ko ye

Sampai gitu sekali taksub dia...
Quote rashiman 23-6-2017 03:40 PM
xy_daen replied at 23-6-2017 01:21 PM
Subhanallah...sampai tahap gini taksub ko kepada makhluk Allah?

Tak terlintas sedikit pun ke ba ...

apa yg tak disiasat..
1mdb telah diaudit oleh juruaudit antarabangsa yg bertauliah . ...PAC  yg  dianggotai MP2 parti pembangkang pun turut menyiasat dan menyemak aliran kewangan urusniaga 1mdb.

Quote kasijelaya 23-6-2017 09:34 PM
bab ni tak nak memihak
kalu la omputih cukup jantan
mari la mesia tangkap Najib dan bini dia
takan pondan plak


omputih punya senjata kan hebat
takan kecut dgn budak demo berbaju merah




Quote finesse 23-6-2017 09:37 PM
Boi rashiman u seriously need some meds..
Quote tobobon 23-6-2017 09:48 PM
mungkin selepas 20 tahun lebih barulah RCI ditubuhkan untuk siasat kes ni pulak ...oppss

Quote xy_daen 24-6-2017 12:45 AM
rashiman replied at 23-6-2017 03:40 PM
apa yg tak disiasat..
1mdb telah diaudit oleh juruaudit antarabangsa yg bertauliah . ...PAC  yg   ...

Mana audit reportnya?
Quote rashiman 24-6-2017 05:44 PM

dah disemak oleh PAC &Audit negara

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.077046 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top