CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sajian Nasi Campur RM32: Pengusaha Tidak Menafikan, Namun Kesal DenganTindakan Pelanggan

24-5-2017 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 29047| Komen: 476

Description: Tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru, di sini, berha ...

sumber: Harian Metro


Lazimnya sajian nasi campur dengan tiga jenis lauk jumlah bayarannya tidak melebihi bernilai RM7, namun baru-baru tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru di Chukai, Terengganu berharga RM32.

Susulan pemilik akaun Facebook, Syed Ikram memuat naik gambar itu Jumaat lalu, segera mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengguna maya yang bertindak mengecam terhadap pemilik kedai makan berkenaan.

Rata-rata mempertikaikan peletakan harga itu agak melampau dan terdapat juga netizen yang membandingkan dengan restoran nasi kandar mamak yang biasa mengira harga tinggi sekiranya lauk itu termasuk udang dan sotong. 


Bagaimanapun, memetik Harian Metro pengusaha kedai makanan terbabit yang dikenali Liza Musid meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan pelanggannya itu yang didakwanya sebagai berniat jahat menjatuhkan perniagaannya.

Menurutnya, dia tidak menafikan harga sepinggan nasi dan lauk diambil berharga RM32 seperti ditularkan pelanggan itu.

Namun demikian, ada juga yang berpendapat, dalam hal ini Syed Ikram sepatutnya ambil lauk yang dalam kemampuan diri sendiri, ini kerana bah kata peribahasa Melayu, ukur baju di badan sendiri.- CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 24-5-2017 06:27 PM
kawan meols set terengganu ada ckp mmg kedai ni harga dia boleh tahan..ambik lauk tnya dulu
Quote imransulaiman 24-5-2017 06:30 PM
Makan udang kering je lah kalau nak berkira sangat...
Quote dinopower 24-5-2017 06:35 PM
imransulaiman replied at 24-5-2017 06:30 PM
Makan udang kering je lah kalau nak berkira sangat...

ambik udang glh nak rega rm10...
Quote dinopower 24-5-2017 06:40 PM
bambimo replied at 24-5-2017 06:27 PM
kawan meols set terengganu ada ckp mmg kedai ni harga dia boleh tahan..ambik lauk tnya dulu

kat trg klau tak tahu tmpt mmg mahal....
skrg kan byk apps... bleh tahu tmpt murah ade byk star  

klau kat pantai batu buruk tu... sekor soting besar rm30 camtu.... nak viral pun tgk keadaan .... klau dah mkn luar mmg kena ade bajet... takpun amikl lauk standard.... ayam jah  
Quote imransulaiman 24-5-2017 06:40 PM
dinopower replied at 24-5-2017 06:35 PM
ambik udang glh nak rega rm10...

Tu lah! Lepas tu ambik sotong lagi  
Quote bambimo 24-5-2017 06:53 PM
dinopower replied at 24-5-2017 06:40 PM
kat trg klau tak tahu tmpt mmg mahal....
skrg kan byk apps... bleh tahu tmpt murah ade byk star  ...

tu la dino..udang galah kot
Quote Zasss777 24-5-2017 06:55 PM
Udang galah mmg la harga camtu bang!
Quote callalily05 24-5-2017 07:07 PM
Kat kedai mkn tepi lrt area iols tinggal ni nasi tak berapa nak campur, nasi putih+1senduk sotong goreng kunyit ada la 8potong sotong kecik2+kuah ayam gulai rm7.50 chuolss. Aritu ada campur kerang goreng kunyit sikit mcm sesudu jah iols nak tengok berapa dia caj. Rm10 ko tapi iols suka je beli camtu sometimes sebab iols xreti masak ayam/sotong/kerang/daging goreng kunyit sedap berempah macam kat kedai Ala macam nasi ayam goreng kunyit jual 1set tuuu. Haih nasib puasa start lg 2hari.ckp sal makanan pulok pukul 7 ni  
Quote callalily05 24-5-2017 07:09 PM
Btw kalau teringin nak makan nasi ngan seafood banyak2 ni better beli je shellout bajet yg bersepah ada delivery sekarang ni. RM10 pun ada noks. Pilihan di tangan kita
Quote batmana 24-5-2017 07:09 PM
dia dh letak besar2 harga kt banner,
udang galah rm15-25, tu belum cmpur nasi sotong bagai
mgkin pembeli ni buta agaknya.

Quote vandergooh 24-5-2017 07:16 PM
bambimo replied at 24-5-2017 06:27 PM
kawan meols set terengganu ada ckp mmg kedai ni harga dia boleh tahan..ambik lauk tnya dulu

Warung aziz satar ni bukan sejak azali ker mmg species potong leher orang... baru ni jer nak viral....??

Nama kedai ni akak dah tak heran... mencekik perut boleh lapor balik tau bila nak bayar...


Quote alieyrina 24-5-2017 07:31 PM
Org ganu x reti baca ka
Quote GegarVaganja 24-5-2017 07:33 PM
Free marketing.
Ok la tu

Quote shernazz 24-5-2017 07:35 PM
sotong dia kata dipotong 10 kan
bukan seekor..
Quote kakiselit 24-5-2017 07:38 PM
Makan nasi padang di resto BALI hampir 20 jenis lauk atas meja. Cuit skit , kena bayar. Jadi kalu hang amik sotong ka, udang galah ka, wajar la kena tgk poket dulu.
Quote dani-rox 24-5-2017 07:38 PM
Lazimnya sajian nasi campur dengan tiga jenis lauk jumlah bayarannya tidak melebihi bernilai RM7, namun baru-baru tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru di Chukai, Terengganu berharga RM32.


keywords: udang galah dan sotong, bang.
Quote Modngengade 24-5-2017 07:39 PM
Nk murah mkn nasi dgn kuah jer dekk
Quote Pixie902 24-5-2017 07:42 PM
imransulaiman replied at 24-5-2017 06:30 PM
Makan udang kering je lah kalau nak berkira sangat...

Udang kering lagilah mahal...100 gm dah RM6/7 (harga runcit) belum dimasak lagi.
Quote rukia2 24-5-2017 07:45 PM
G pasar bli udang galah dgn sotong suh wife ko masak lah bang.. Msk sndri pun x cukup lah 7hengget klo lauk cmtu

Lihat semua komen(476)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.151758 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top