CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala Sudirman 2017: Dibenam Jepun 3-2, Malaysia Gagal Jadi Juara Kumpulan

24-5-2017 09:02 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2029| Komen: 10

Description: Peluang Malaysia untuk menjadi juara Kumpulan 1C berkubur selepas beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tewas kepada pasangan No.1 dunia, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi di kejohanan badm ...
Peluang skuad negara untuk menjadi juara Kumpulan 1C berkubur selepas beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean tewas kepada pasangan No.1 dunia, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi di kejohanan badminton Piala Sudirman di Gold Coast sebentar tadi.


Mei Kuan-Meng Yean nyata tidak mampu memberikan cabaran kepada Matsutomo-Takahashi selepas akur dengan keputusan 17-21, 18-21.

Memetik laporan keputusan BWF, kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia menamatkan saingan selaku naib juara kumpulan.

Seperti mana yang dijangkakan, Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain No.1 dunia tidak berdepan masalah untuk merekodkan kemenangan 21-8, 21-5 ke atas Yu Igarashi bagi menyumbang mata dalam perlawanan itu.

Manakala Goh Jin Wei yang juga pemain termuda kejohanan itu gagal menyaingi kehebatan Yamaguchi yang merupakan bekas juara remaja dunia dua kali dan terpaksa akur dengan keputusan 6-21, 17-21 dalam aksi yang memakan masa 32 minit.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tunduk 21-18, 17-21, 16-21 kepada pasangan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dalam perlawanan yang memakan masa sejam.


Mujur pada permainan terakhir beregu campuran, Tan Kian Meng -Lai Pei Jing berjaya menyumbang mata kedua dengan kemenangan dalam penentuan tiga set 16-21, 21-16, 19-21 ke atas pasangan Yuta Watanabe-Arisa Higashino.- CARI

sumber : http://bwfbadminton.com



28

Bagus
22

Marah
18

Terkejut
35

Sedih
21

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 24-5-2017 10:39 PM
Dah agak...japanese team punya progress mmg unbelievable. Dlm super series pun diorg mampu bersaing ngan china.. team malaysia kena belajar dr mereka, jgn asik bermimpi di siang hari.
Quote RatuDunia94 25-5-2017 10:29 PM
Suku akhir nanti kena lawan Jepun lg.. Good Bye la...
Quote dauswq 25-5-2017 11:03 PM
kenapa tak antar iskandar tu?
Quote spiderman80 26-5-2017 12:07 AM
Malaysia ni kalau bermain dalam kejohanan kumpulan, memang kita jangan expect too much .
Nak buat apa kan? Cuma DLCW seorang jer yang mampu berikan kita mata. Lain-lain pemain macam sampah.......garbage.......rubbish!
Quote oppol 26-5-2017 12:19 AM
ekselen replied at 24-5-2017 10:39 PM
Dah agak...japanese team punya progress mmg unbelievable. Dlm super series pun diorg mampu bersaing  ...

Macam la lu tau sangat.Yang yu gergasi tu kalah kepada datuk wira Lee  yang dah senja tu kenapa pulak?..
Quote toksira 26-5-2017 10:29 AM
Malaysia mengharapkan mata dari perseorangan lelaki, bergu lelaki & bergu campuran

Perseorangan wanita & bergu wanita mmg tak boleh diharapkan....
Quote adel7 26-5-2017 04:15 PM
Hari ni bukan ade fight ke utk kelayakan separuh akhir? Apa cite?
Quote white_musk 26-5-2017 04:21 PM
Pompuan menyerlah kat game lain. Terjun, gymnas. Melayu pulak tu.. Game yg lobai2 tak suka lihat di mata tapi suka di hati

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045660 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top