CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tapak Sulaiman Dibuat Main, Pemandu Pelancong Terima Akibat

9-5-2017 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7580| Komen: 31

Description: Seorang pemandu pelancong tempatan di Trang didenda BT500 (RM63) kerana menangkap tapak sulaiman dari laut untuk menghiburkan pelancong selepas foto tersebut tular di media sosial.
Zaman sekarang fenomena swafoto memang perkara biasa buat semua orang, ini kerana telefon pintar telah menjadi alat wajib dimiliki setiap orang. 

Namun harus lebih berwaspada apabila melakukan swafoto bersama hidupan di dasar laut yang mungkin merupakan barangan dilarang buat negara tertentu.

Baru-baru ini, memetik laporan Asia News Network, terdapat seorang pemandu pelancong tempatan di Trang didenda BT500 (RM63) kerana menangkap tapak sulaiman dari laut untuk menghiburkan pelancong selepas foto tersebut tular di media sosial.

Susulan insiden, agensi berkaitan berjanji untuk meningkatkan pengawasan aktiviti pelancongan untuk mengelakkan kejadian yang sama pada masa akan datang.

Pada Khamis, foto seorang pelancong Thailand memengang tapak sulaiaman yang diambil dari laut mendapat kritikan meluas.

Ketua Taman Negara Chao Mai, Manoj Wongsureerat berkata, pemandu pelancong yang menangkap tapak sulaiman berkenaan telah ditahan dan didenda BT 500 (RM63).


"Kami mempunyai peraturan ketat ke atas pelancong di kawasan taman negara dan ini adalah kes yang jarang berlaku membabitkan pemadu pelandong melanggar peraturan dan menangkap haiwan marin untuk menghiburkan pelancong."

Tambah Manoj, untuk memastikan tiada kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang, pemantauan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Sementara itu, Pengarah Pemulihan Sumber Marin, wilayah Trang, Prachuap Mokarat berkata, jabatan sumber marin dan pantai akan mengukuhkan pengawasan peniagaan pelancongan dan cuba untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat untuk melindungi sumber marin.- CARI

sumber: Asia News Network

8

Bagus
9

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 9-5-2017 03:24 PM
pernah tengok  tourist prc kena tegur dgn guide kat Sea World Gold coast sbb sentuh star fish dgn hujung jari. nasib baik aku tak sempat buat.
Quote myakayina 9-5-2017 03:30 PM
akusukaq replied at 9-5-2017 03:24 PM
pernah tengok  tourist prc kena tegur dgn guide kat Sea World Gold coast sbb sentuh star fish dgn hu ...

klu sentuh dgn jari kenapa?
Quote zawara 9-5-2017 03:31 PM
CARI-LTS replied at 9-5-2017 03:07 PM
Zaman sekarang fenomena swafoto memang perkara biasa buat semua orang, ini kerana telefon pintar tel ...

banyaknya patrick.. igt sekoq ja  
Quote sepiITUindah 9-5-2017 03:33 PM
kat mesia ...menteri bermenukan telur penyu
Quote sabar_sabariah 9-5-2017 03:40 PM
sepiITUindah replied at 9-5-2017 03:33 PM
kat mesia ...menteri bermenukan telur penyu

telur penyu sepatutnya takleh dijual kan
sbb dah kata penyu kan haiwan terancam
ke fahaman dorang ni
yang terancam ni penyu
telurnya tak terancam sebab kan telurnya masih banyak
gitu??
Quote finesse 9-5-2017 03:45 PM
sabar_sabariah replied at 9-5-2017 03:40 PM
telur penyu sepatutnya takleh dijual kan
sbb dah kata penyu kan haiwan terancam
ke fahaman doran ...

Bkn setakat penyu sis. Tuntung dan telurnya pun x blh makan. Sekrg pun susah sgt nak jumpa tuntung ni..
Quote bolamata 9-5-2017 03:55 PM
dulu kat pantai cahaya bulan banyak tapak sulaiman kecik2 terdampar kat tepi laut...kutip byk2...best time tu
Quote surwanis 9-5-2017 03:58 PM
keras ke lembik tapak sleman tu ye?
mcm batu jek
Quote kucen_miang 9-5-2017 04:00 PM
surwanis replied at 9-5-2017 03:58 PM
keras ke lembik tapak sleman tu ye?
mcm batu jek

kluar dari laut ..mati..keras la.
Quote lindarafee 9-5-2017 04:10 PM
kat sabah jual yg dah mati
Quote sabar_sabariah 9-5-2017 04:12 PM
finesse replied at 9-5-2017 03:45 PM
Bkn setakat penyu sis. Tuntung dan telurnya pun x blh makan. Sekrg pun susah sgt nak jumpa tuntung ...

betul, memang spesis cenggitu spesies terancam kan
teringat baru ni ke pasar payang
sedara husben suruh belikan telur penyu
nak rasa katanya
beriye husben saya meround satu pasar tak jumpa
yg sebenarnya benda tu ada depan mata tapi dia tak kenal telur penyu
saya buat derk je sbb saya taknak beli
nasib baik dia tak tanya si penjual
Quote edoraixora 9-5-2017 04:18 PM
kalo kat pasar serikin, sempadan kalimantan tu, diaorg jual telur penyu sorok2
Quote surwanis 9-5-2017 04:47 PM
kucen_miang replied at 8-5-2017 08:00 PM
kluar dari laut ..mati..keras la.

patut npk mcm batu
Quote naina 9-5-2017 04:56 PM
Uniknya lah tapak sulaiman ni
Xmcm haiwan marin
Mcm batu2 hiasan je
Quote cmf_blingblings 9-5-2017 05:14 PM
nasib baik aku tak kena denda, melambak nun tapak sulaiman kat Mabul sana, buat main-main jah
Quote mirandanicky1 9-5-2017 05:18 PM
Tp aku pun penah pegang d aquaria. Mcm blh pegang je
Quote spiderman80 9-5-2017 05:30 PM
Sanggup dia buat Patrick macam tu.
Quote ~boolean 9-5-2017 06:16 PM
Baru aku tahu tapak patrick benda larangan kat tempat lain.ignorantnya aku. Kat sini aman aja pakcik bot ajak pegang2 patrick
Quote Levespa 9-5-2017 09:47 PM
less is more acik madonna..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058807 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top