CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Veteran Bollywood Vinod Khanna Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun

29-4-2017 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6395| Komen: 17

Description: Pelakon veteran Vinod Khanna yang popular sekitar tahun 1970-an meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang tadi akibat kanser pundi kencing.
Pelakon veteran Vinod Khanna yang popular sekitar tahun 1970-an meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang Khamis lalu akibat kanser pundi kencing.

Menurut laporan Indian Express, Vinod menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 70 tahun selepas berperang dengan penyakit dialami sebaik dimasukkan ke sebuah hospital di Mumbai pada Mac lalu.

Pada ketika itu, menurut anak sulung Vinod, Rahul, bapanya menjalani rawatan kerana mengalami dehidrasi teruk.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kesihatan Vinod yang juga bekas ahli parlimen India itu semakin membimbangkan apabila sekeping imejnya yang kelihatan lemah tidak bermaya menjadi tular di media sosial.

Ketika hayatnya, pelakon yang seangkatan dengan Amitabh Bachchan ini telah memegang watak dalam lebih 100 filem, antaranya Amar Akbar, Anthony, Qurbani dan Achanak.


Mula menceburkan diri dalam dunia perfileman pada 1968, nama Vinod meniti di bibir peminat pada era kegemilangan sekitar 70-an dan 80-an.

Vinod meninggalkan isteri Kavita Khanna dan empat anak. Tiga daripada mereka adalah lelaki Rahul, Akshaye dan Sakshi. Manakala seorang lagi anak perempuan iaitu Shraddha.- CARI


sumber : https://s.yimg.com
sumber : http://img.etimg.com




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amikie 29-4-2017 04:05 PM
antara legend hindi...
Quote merrissa 30-4-2017 12:25 AM
kurus nya kt gambar nombor 4 tuh...

takziah
Quote ItisDD 30-4-2017 05:06 PM
Antara hero pujaan hatiku..
Quote sheqim 30-4-2017 07:00 PM
Next amitabh pulok.. bosan dh tgk dia xabis2 jadik hero even dh tau gayut..hahaha kijam iols...

Quote DeeHanania 30-4-2017 07:45 PM
Hensem mendiang Vinod Khanna msa memuda dlu,slalu berlakon watak bengis&jahat
Sedih ngok gambau no 4 tu,lain nau wajah yer
Quote arffa 2-5-2017 08:58 AM
Takziah. membesar dengan cerita - cerita hindi..
Quote moxes 2-5-2017 11:34 AM
Rest In Peace Khanna
Quote -electrifying- 2-5-2017 12:32 PM
Tuo sgt dh tu, dh ajal kan....
Quote allhaillll 2-5-2017 12:45 PM
alahai kurus je gambar last tu.
Quote cabai7 2-5-2017 02:59 PM
Kesiannya gmbr las...
rip
Quote boobam 2-5-2017 04:31 PM
legend ni..hensem sgat
Quote me12345 4-5-2017 08:37 AM
Legend. ...
Quote lydia_hazel 4-5-2017 02:44 PM
legend....
Quote AppleJack 5-5-2017 01:54 PM
takziah.....
Quote Revolver 5-5-2017 03:55 PM
kurus giler gamba no. 4 tu
ilang sorg lagi star hindi
Quote intanumbrella 5-5-2017 04:09 PM
Kurus sgt masa dia sakit..papepun takziah..
Quote DianaSaksen 5-5-2017 05:07 PM
Takziah..masa muda hensem

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.398893 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top