CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menjelang 2020, Uber Mahu Bawa Penumpang Naik ‘Kereta Terbang’

28-4-2017 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2836| Komen: 5

Description: Syarikat perkhidmatan perkongsian pengangkutan, Uber dilaporkan mahu melancarkan sistem ‘kereta terbang’ bagi memudahkan orang ramai bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Syarikat perkhidmatan perkongsian pengangkutan, Uber dilaporkan mahu melancarkan sistem ‘kereta terbang’ bagi memudahkan orang ramai bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.


Portal New York Post melaporkan, projek itu akan dilaksanakan menjelang tahun 2020 dengan mengkhusus perkhidmatannya di kawasan bandar.

Ianya dijalankan hasil kerjasama dengan beberapa syarikat yang terlibat dalam penghasilan pesawat termasuk Embraer dan Bell Helicopter.

Selain itu, dua buah bandar akan bekerjasama bagi menjayakan perkhidmatan itu pada peringkat permulaan iaitu Dallas di Amerika Syarikat (AS) dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Pelanggan hanya perlu menekan butang dan akan merasai penerbangan berkelajuan tinggi ketika dibawa mengelilingi bandar,” kata Uber dalam satu kenyataan di Carlifonia. 

Uber berkata, meskipun perkhidmatan terbaharu itu lebih canggih, namun kos untuk menggunakannya tidak jauh berbeza berbanding menaiki kereta biasa.

‘Kereta terbang’ itu dilaporkan akan membuat penampilan ‘sulung’ ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi Uber Elevate Network pada Ekspo Sedunia 2020 di Dubai.- CARI


21

Bagus
16

Marah
22

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 28-4-2017 02:09 PM
confirm demand tinggi...untoonggg...
Quote Buritan 28-4-2017 02:45 PM
Mesti ada yg mati kena kipas
Quote ffbeauties 28-4-2017 04:33 PM
Wah dulu dulu selalu bayangkan 2020 ada kereta terbang.. akhirnya jd kenyataan
Quote kittypong31 28-4-2017 10:41 PM
Antara yg suka idea kereta terbang ni my mum...

Boleh lah dia merasa less traffic jam kekdahnya. Mmg dri dulu dah imagine kereta terbang in the future
Quote CiliPadiSedap 29-4-2017 01:33 PM
satu jelah bila dah banyak kenderaan terbang , mesti AES pun terbang.. masa tu federal highway dah lengang akak sorang je lalu.. kau orang terbanglah ye

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045771 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top