CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdebar! Calon SPM Dapat Keputusan Peperiksaan Pagi Ini

16-3-2017 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17379| Komen: 258

Description: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing atau melakukan semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 selepas jam 10 pagi ini ...
Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing atau melakukan semakan melalui perkhidmatan mySMS 15888 selepas jam 10 pagi ini, Khamis.


Memetik laporan BH Online, keputusan peperiksaan itu dijadual diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof di Kementerian Pendidikan, Putrajaya, pada jam 9 pagi tadi.


Foto: Astro Awani

Pada 2016, seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2016 di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara. Seramai 377,194 calon menduduki peperiksaan itu di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan. 


Setrusnya, 9,094 calon sekolah bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains MARA, 7,931 calon sekolah menengah agama negeri, 12,847 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, 1,756 calon sekolah menengah agama rakyat dan 25,713 calon persendirian. - CARI
14

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 16-3-2017 10:55 AM
PUTRAJAYA 16 Mac - Jurang yang semakin mengecil antara calon di bandar dengan calon di luar bandar merupakan antara pencapaian dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) bagi calon luar bandar menunjukkan peningkatan 0.08 iaitu 5.36 pada tahun 2016 berbanding 5.44 pada tahun 2015.

Katanya, pencapaian calon di bandar pula meningkat sebanyak 0.05 iaitu 4.89 pada tahun 2016 berbanding 4.94 pada tahun 2015.

“Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2016 di sini hari ini.

Beliau memberitahu, secara keseluruhannya, indeks GPN tahun 2016 pada 5.10 adalah jauh lebih baik berbanding 5.15 pada tahun 2015.

“GPN semua mata pelajaran meningkat secara signifikan bermakna prestasi keseluruhan murid telah meningkat walaupun yang mendapat gred tertinggi (semua A) berkurangan,” katanya.

Beliau memberitahu, keputusan SPM 2016 menunjukkan jumlah calon semua subjek A+ adalah 102 calon berbanding 163 calon pada tahun 2015 manakalan calon yang mendapat semua subjek A+, A, A- bagi tahun 2016 adalah 8,647 calon berbanding 9,721 calon pada tahun sebelumnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57795#ixzz4bSCHPak4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote Modngengade 16-3-2017 10:56 AM


KUALA TERENGGANU 16 Mac - Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri ini dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.

Katanya, dua calon iaitu Husna Mardhiyyah Mohd. Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (9A+) muncul sebagai calon terbaik.

“SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus berada pada kedudukan teratas dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di sini sebentar tadi.

Seramai 18,304 calon SPM negeri ini tahun lalu.

Menurut Shafruddin, bagi pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57803#ixzz4bSCYwdKa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote cap_ayam 16-3-2017 10:56 AM
Haaaa cepat2 meh kongsi result dlm forum .. kalau share dlm fb nanti kena cop menunjuk2 ..
Quote Modngengade 16-3-2017 10:57 AM


KUCHING 16 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini, mencatatkan keputusan memberangsangkan apabila terdapat peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 0.13.

Keputusan itu menunjukkan GPN bagi tahun lalu adalah 5.34 berbanding 5.47 pada 2015.

Kejayaan itu diumumkan oleh Pengarah Pendidikan negeri, Rakayah Madon di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57802#ixzz4bSCfLk5t
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote Modngengade 16-3-2017 10:58 AM


IPOH 16 Mac - Seramai 707 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini memperoleh gred cemerlang iaitu A+, A atau A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pendidikan negeri, Mat Lazim Idris berkata, jumlah tersebut bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 890 orang.

Katanya, sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang terdiri dalam kalangan mereka yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran.

“Daripada semua calon yang cemerlang ini, lima calon mengambil lapan mata pelajaran, 275 calon (9), 306 calon (10), 109 calon (11) dan 12 calon (12).

“Indeks Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan SPM tahun lalu adalah 5.17 mata berbanding 5.22 mata pada tahun sebelum ini.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.05 mata antara kedua-dua tahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57799#ixzz4bSCtRGkP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote prettyuglybabe 16-3-2017 10:59 AM
so hari ni fb penuh mak mak hidung kembang la ek
Quote Modngengade 16-3-2017 10:59 AM
PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mencatat indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10, lebih baik berbanding 5.15 pada 2015. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan demikian pada sidang akhbar pengumuman SPM, di Kementerian Pendidikan, di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, jurang GPN antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.47 berbanding 0.50 pada 2015. Selain itu, seramai 340, 698 (85.21 peratus) calon layak dianugerah sijil selepas lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Sehubungan itu, seramai 8,647 (2.13%) calon raih keputusan cemerlang (A+, A, A-) dalam semua subjek, turun berbanding 9,721 (2.38%) calon pada SPM 2015. Sementara itu, subjek Sejarah, Matematik dan Pendidikan Moral mencatat penurunan peratusan calon mendapat keputusan cemerlang (A+, A, A-).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/260600
Quote cepheid 16-3-2017 11:00 AM
Anak akak mod dah besar rupanya.  Jap lagi penuh lah FB dengan result spm orang dok share
Quote Modngengade 16-3-2017 11:00 AM
Putrajaya: Seramai 8, 647 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 memperoleh keputusan cemerlang semua A berbanding 9,721 calon pada 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan, namun prestasi keseluruhan pelajar lebih baik berdasarkan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) 2016.

Katanya, GPN 2016 mencatatkan 5.10 berbanding 5.15 pada 2015 dengan perbezaan 0.05 dan

Berdasarkan GPN, nilai lebih kecil adalah menunjukkan pencapaian calon lebih baik.

"Bagi peratusan semua pelajar yang mendapat semua A (Gred A+, A dan A-) tahun lalu adalah 2.13 peratus berbanding 2.38 peratus.

"Sementara, pelajar yang mendapat A+ adalah 102 calon atau 1.94 peratus berbanding 163 calon atau 2.6 peratus pada 2015," katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2016 di sini, hari ini.

Seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki SPM 2016, berkurangan 6,147 (1.39 peratus) pada 2015.

Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan nilai GPN, pencapaian calon di bandar meningkat 0.05 kepada 4.89 pada tahun lalu, berbanding 4.94 pada tahun sebelumnya.

"Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat 0.08 iaitu 5.36 pada tahun lalu berbanding 5.44 pada tahun sebelumnya.

"Ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar," katanya.

Katanya, jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar mengecil sebanyak 0.03 manakala pada tahun ini, jurang pencapaian adalah 0.47 berbanding 0.50 pada tahun 2015.

Bagi calon berkeperluan khas (CBK), Khair berkata, seramai 510 atau 58.42 peratus daripada 873 calon menduduki layak dianugerahkan sijil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 10:19 AM
Quote Modngengade 16-3-2017 11:04 AM
cepheid replied at 16-3-2017 03:00 AM
Anak akak mod dah besar rupanya.  Jap lagi penuh lah FB dengan result spm orang dok share

itu yg bongsu dekkk.....

Quote kucen_miang 16-3-2017 11:06 AM
prettyuglybabe replied at 16-3-2017 10:59 AM
so hari ni fb penuh mak mak hidung kembang la ek

#sejukperutibumengandung
#kebanggaankeluarga
#terimakasihkakmah
Quote cepheid 16-3-2017 11:07 AM

Ops, la akak mod ni dah acik-acik rupanya
Quote Modngengade 16-3-2017 11:08 AM
KUANTAN - Seramai 269 pelajar di negeri ini mencatat keputusan gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Bilangan tersebut turut melibatkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 4.88 yang lebih baik berbanding 4.98 seperti dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagi sesi persekolahan tahun lalu, seramai 19,014 calon menduduki SPM di 38 buah pusat peperiksaan di seluruh Pahang. - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 4.htm#ixzz4bSFNGPjh
Hakcipta terpelihara
Quote Modngengade 16-3-2017 11:10 AM
HARI ini, 16 Mac 2017 pasti menjadi hari yang mendebarkan bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kerana keputusan peperiksaan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran.

Keputusan SPM sememangnya sangat penting kepada pelajar lepasan tingkatan lima kerana ia merupakan tiket besar untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang mungkin tidak menghadapi masalah untuk memasuki mana-mana IPT kerana pintu sentiasa terbuka luas kepada mereka yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bagi mereka yang memperoleh keputusan kurang cemerlang, anda sebenarnya tidak perlu berasa kecewa, jauh sekali beranggapan peluang sudah tertutup untuk menimba ilmu.

Peluang juga sentiasa terbuka bagi pelajar yang kurang bernasib baik kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai saluran untuk mereka yang berminat meneruskan pengajian di dalam negara sama ada di universiti, kolej universiti, politeknik atau kolej komuniti.

Secara umumnya, setiap pelajar mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka walaupun prestasi akademik pada peringkat SPM tidak begitu cemerlang, asalkan mereka tidak terlalu memilih untuk memasuki mana-mana IPT.

Memang tidak dapat dinafikan, ijazah atau sijil yang dikeluarkan sesebuah IPT itu sedikit sebanyak memberi impak kepada peluang pelajar yang terlibat untuk mendapatkan pekerjaan setelah bergraduat.

Bagaimanapun, pelajar juga perlu tahu dan faham bahawa kelayakan akademik daripada sesebuah IPT bukanlah faktor penentu yang utama untuk membantu seseorang calon mendapatkan pekerjaan yang dipohon.

Ini disebabkan majikan pada hari ini lebih memberikan penumpuan kepada kemampuan calon-calon yang terlibat untuk mempamerkan kemahiran mereka selain kelayakan akademik seperti yang tercatat di dalam transkrip masing-masing.

Oleh itu, bagi semua pelajar lepasan SPM, jangan berasa gelisah sekiranya keputusan yang diperoleh tidak begitu cemerlang kerana peluang untuk memasuki pasaran kerja masih terbuka luas dengan mengikuti pengajian di mana-mana IPT di negara ini terutamanya dalam bidang kemahiran.

Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh majikan baru-baru ini, selain daripada pencapaian akademik, terdapat tiga faktor utama yang dinilai semasa menemu duga seseorang calon untuk sebarang pekerjaan yang ditawarkan.

Tiga perkara itu ialah sikap, kemahiran berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

1Sikap: Sikap memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan pelajar tetapi ramai dalam kalangan pelajar tidak mengambil kisah mengenainya.

Setiap pelajar perlu ingat bahawa sebarang perkara atau tindakan yang diambil pada hari ini akan memberi kesan kepada masa hadapan mereka.

Oleh itu, mereka perlu memastikan agar segala peraturan yang ditetapkan oleh IPT masing-masing diikuti walaupun kadang-kadang ia tidak menyebelahi kehendak dan keinginan mereka.

Pada masa sama, pelajar juga diingatkan agar tidak memuat naik sebarang komen atau informasi yang bersifat negatif, fitnah atau khabar angin ke dalam akaun media sosial mereka seperti Facebook dan Twitter.

Semua perkara ini akan dinilai oleh bakal majikan kerana ia mencerminkan sikap dan personaliti pelajar yang berkenaan.

2Kemahiran berkomunikasi: Prestasi akademik yang cemerlang tidak menjanjikan kehebatan seseorang dalam berkomunikasi kerana ia memerlukan latihan yang berterusan.

Pelajar seharusnya mengambil kesempatan semasa melanjutkan pengajian kelak untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini.

Perbincangan dalam kumpulan, sering bertanya soalan dan berbincang dengan pensyarah selain melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kokurikulum adalah antara perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar.

Sekiranya aktiviti ini dapat dilakukan secara berterusan, pasti kemahiran komunikasi pelajar mampu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

3Kemahiran menyelesaikan masalah: IPT merupakan tempat yang sangat strategik untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah.

Ini kerana semasa berada di IPT, pelajar perlu menguruskan aktiviti seharian mereka secara sendiri termasuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pastinya, kemampuan pelajar yang terlibat merujuk kepada pihak yang tertentu merupakan elemen penyelesaian masalah yang diperlukan.

Menggunakan media sosial untuk menyuarakan ketidakpuasan hati bukanlah cara yang wajar dilakukan oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Malah, melibatkan diri dengan sebarang aktiviti demonstrasi dan bantahan umum juga bukan cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.

Jika perkara sedemikian dilakukan, ia akan memberikan persepsi negatif kepada sikap dan personaliti pelajar itu sendiri.

Rumusan

Tidak dapat dinafikan, kelayakan akademik merupakan suatu perkara sangat penting untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.

Bagaimanapun, kelayakan akademik semata-mata bukanlah penentu utama untuk membolehkan seseorang calon mendapatkan pekerjaan yang dipohon.

Apa yang diberikan perhatian utama oleh majikan pada hari ini ialah kemahiran yang mampu ditonjolkan oleh calon yang terlibat kepada bakal majikan mereka.

Kemampuan calon meyakinkan majikan dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang dipohon.

Personaliti dan sikap positif calon turut membantu mempengaruhi majikan untuk menerima mereka.

Justeru, pesanan saya kepada pelajar lepasan SPM tahun ini, janganlah gelisah dengan keputusan yang diperoleh kerana apa yang lebih penting ialah merancang masa depan agar lebih cemerlang dengan mengambil kira faktor yang menjadi idaman majikan pada hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz4bSG3qpvi
Hakcipta terpelihara
Quote Modngengade 16-3-2017 11:11 AM
OHOR BAHRU 16 Mac - Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini mencatatkan peningkatan dengan pencapaian 4.94 berbanding 5.06 mata dalam SPM 2015.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata, pencapaian tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.10 mata.

“Berdasarkan kepada analisis pencapaian keputusan SPM iaitu dari 2012 hingga 2016, GPN negeri Johor dapat mengatasi GPN nasional,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pendidikan Negeri Johor, di sini sebentar tadi.

Sementara bagi calon yang mendapat keputusan cemerlang pada kali ini, beliau berkata, seramai 1,015 atau 2.23 peratus mendapat gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,099 (2.42 peratus) dalam SPM 2015.

Beliau berkata, seramai 52,617 calon SPM 2016 di negeri ini boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) 15888 bermula pukul 10 pagi ini hingga 6 petang 22 Mac atau melayari www.lp.edu.my. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 57806#ixzz4bSGOWTX2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote arasham 16-3-2017 11:12 AM
cepheid replied at 16-3-2017 11:07 AM
Ops, la akak mod ni dah acik-acik rupanya

Baru tau ke.. Haha...
Quote arasham 16-3-2017 11:13 AM
Rindu plak time dpt result ni.. Ank2 semua dah lepas. Hari ni ada ank saudara sebelah suami, mrsm langkawi, cucu saudara sebelah suami sas putra jaya. Dijangka result gempak kedua duanya..
Quote cepheid 16-3-2017 11:17 AM

Ye kak ara. Ingatkan kak mod ni mude lagi.

Quote JeNaB_PopPop 16-3-2017 11:17 AM
tetibe mata masuk habuk....teringat arwah ayah teman kaknab amek result spm...hidung dia kembang kempis bangga bila tgok result kaknab walaupun bukanla straight A's, terus dia peluk cium ucap tahniah....kat matrix xsempat nk masuk u dia dah tingglkan kaknab...sedey lakkk bila kenangan mengusik tetibe

Lihat semua komen(258)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.094141 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top