CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sah Busuk Hati! Pelajar Cemerlang SPM Dijadikan Bahan Sindiran Netizen

21-3-2017 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 22156| Komen: 99|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Keputusan SPM sudah diumumkan dan seperti biasa banyaklah 'pahat' yang berbunyi meskipun rumah sudah siap.

Keputusan SPM sudah diumumkan dan seperti biasa banyaklah 'pahat' yang berbunyi meskipun rumah sudah siap. Namun, kali ini bukanlah perihal tidak berpuas hati dengan keputusan yang didapati sebaliknya netizen nampaknya tanpa henti mengecam seorang pelajar cemerlang ini. 


Kecoh di media sosial tentang kejayaan seorang pelajar dari Kolej Tunku Kursiah, Seremban iaitu Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A. Bukan calang-calang ya. 

Yang menjadi perhatian adalah kecantikannya yang sangat menyerlah dan juga luar biasa bagi remaja seusianya. Dalam pada ramai yang memuji kejayaan dan juga kecantikan Natasha, tidak kurang juga malah sangat ramai ya netizen seolah tidak boleh menerima seorang pelajar memakai mekap dan bercantik-cantik ketika mengambil keputusan SPM itu. Alahai!


Lantas berduyun-duyun dan mungkin juga berbakul-bakul tohmahan dan kritikan pedas yang diberikan. Tak terkecuali sindiran dan juga kata-kata sinis ditujukan buat pelajar ini. 

Tidak tahan dengan situasi yang negatif itu, seorang wanita tampil menerusi Facebook dengan beberapa keping 'screenshot' kecaman daripada netizen lain yang ditujukan buat Natasha.

"Sepatutnya diraikan, tapi sadly Malaysian ruined her historic day. I have no words for this. 

"Tulis panjang-panjang pun yang bodoh tetap bodoh."

Katanya, seharusnya kejayaan ini diraikan dan bukannya ditaburkan dengan sindiran, kecaman dan juga kritikan.


Antara komen berbaur negatif, cemburu dan busuk hati.
Ternyata, bukan semua netizen bersikap busuk hati dan berasa dengki dengan kejayaan Natasha. Melalui ruangan komen, ramai yang turut bersetuju dengan wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati ini. 

Mereka mengutuk perbuatan masyarakat yang secara terang mengamalkan sikap negatif dan suka menjatuhkan orang lain. 


Kesimpulannya, buat apa nak sakit hati dengan kelebihan orang lain. Ingat, semua orang sudah ditentukan rezeki dan kelebihan masing-masing. Tak perlu tunjukkan kelemahan dan kebodohan diri dengan ungkapan kata yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, buka minda dan juga hati terhadap perkara yang positif. Jom audit diri, bak kata Prof Dr Muhaya! - CARI 
13

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NadineNajmie 21-3-2017 01:09 PM
Beauty with brain yach!
Quote vanillaninja 21-3-2017 01:11 PM
Bingainya manusia2 yang bernama Nur Zetty Aliya, Nazrin Karim, (Tan Sri? Puiii) Asmad, Farhann Nadzir, Afiq Iqmal (ni paling bingai) and Syafiq Kerr. I berani jamin budak2 ni result macam sampah.

SPM result tinggi2 nak pergi mana? Obviously nak pergi jauh lagi tinggi dari kau Afiq Iqmal oi.
Quote AbukRokok 21-3-2017 01:31 PM
sampai hati kutuk gadis yg chantek
Quote Cyempaka 21-3-2017 01:34 PM
Ya Allahh..bodonya kau Afiq Iqmal. macam tak percaya ada org rendah akal gini. mat rempit ke dik
Quote matchstick 21-3-2017 01:38 PM
aku x kesah dia nk mekap bpa bnyk..cuma tgk video interview dia tu rasa nk tergelak sbb slang dia ada bunyi mcm king coco yg x educated tu..
Quote missinpiece 21-3-2017 01:42 PM
Huhu x pcaya wujud gak manusia2 camni. Biarla org tu nk bermekap melawa hape. Tah2 baru blik kenduri ke half day keje ke hape. Semua nak kutuk. Dah lawa, result pon lawa, insyaallah la lagi jauh pegi. Siyes xbleh blah ngn pangai ortodoks melampau nih
Quote UsuFie 21-3-2017 01:52 PM

dah la cantik....ceredik....

Quote belilies 21-3-2017 01:53 PM
Yang dok atas skali teww.. ko sendrik ambik spm dpt berapa? Ngaku pun redo ambik result, mesti result sendu. Tu ler beza ko ngan adik skor 9A tu. Org dedulu sibuk ngaji spm, ko plak sibuk merendek, manalah result xhauk, arinih btenggek kt fb komen org ambik result guna makeup.
Quote CiliPadiSedap 21-3-2017 01:54 PM
Urm.. nak tengok 10 tahun lg bangsa melayu.. tgk komen mereka di internet pada saat ini
Quote CiliPadiSedap 21-3-2017 01:54 PM
Urm.. nak tengok 10 tahun lg bangsa melayu.. tgk komen mereka di internet pada saat ini
Quote lil_honey 21-3-2017 01:56 PM
dia ni yang kenyit mata kat camera man tu
Quote Super-M 21-3-2017 01:59 PM
dr aritu baca semua komen cara pakai tudung lah itu ini.. nyibuk je timbang sukat dosa org lain.
Quote krustykrab 21-3-2017 02:00 PM
Lerrr korg sampai tgk mekap die
Quote chinta89 21-3-2017 02:06 PM
ramai btl yg dengki!
Quote seri_mawr 21-3-2017 02:12 PM
budak ni cantik la...

dah besar kot..biar lah dia nak make-up..

anak akak yg pre-school pun sibuk nak pkai lipstik ni kan pulak dah 18 tahun...

apa2 entah...yg dengki sgt dia makeup tu.....

cuma dia slang mmg mcm koko krunch tu..
Quote kaspar0v 21-3-2017 02:12 PM
komen negatif tu semua hodoh bodoh. dia baru pakai mcm tu dah panas. belum dia pakai mcm dato vida siap crown batu bata liplap atas bawah amek spm lagi
Quote stayathomemom 21-3-2017 02:24 PM
Walopun iol sampai masuk uni baru laa groom skit....tapi ape le yg jaki nau kalo org tu make up and cantik....sah2 result meletop......dah yg result hampeh ghupe plak kepam yg jadik cenggini.....berenti la jadik bangsa yg jaki sokmo kat ore
Quote ajinomotonosuga 21-3-2017 02:29 PM
Tinggi tinggi pompuan blajo, akhirnya ke dapor jugakkk


Manusia salu akan kecoh mende yang dia tak dokkkk, mende dia ado dia wat buta haa, pendek  kata tak bersyukur

Ikan yg terlepas dari tangan masok sungai balik di kepoh berbulan besorrrrrr ko.haaa, ikan di bakul sebelah senyap senyap kne cilok meowwww
Quote krustykrab 21-3-2017 02:29 PM
Cyempaka replied at 21-3-2017 01:34 PM
Ya Allahh..bodonya kau Afiq Iqmal. macam tak percaya ada org rendah akal gini. mat rempit ke dik

afiq iqmal ni tah2 SPM pun tak lepas, malam2 merempit sana sini...tu yg dengki sbb pompuan ni dah la bijak cantikpulak...mana la pompuan cantik & bijak nak pandang rempit mcm sibodoh ni...

org dah maju kedepan, dia masih lagi fikir mcm zaman dulukala yg percaya anak2 pompuan ni bljr tinggi2 pun tak ke mana....kesian aku dgn rempit ni..


Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060965 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top