CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Utara Isytihar Duta Malaysia Sebagai Persona Non Grata

7-3-2017 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6655| Komen: 47

Susulan Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol sebagai Persona Non Grata pada 4 Mac lalu, Korea Utara melakukan tindakan sama terhadap Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad yang perlu meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam bermula Ahad lalu.


Memetik BH Online, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Raja Nurshirwan Zainal Abidin bagaimanapun menyifatkan tindakan balas Korea Utara itu adalah perkara biasa dalam hubungan diplomatik.


Foto: BH Online

"Saya mengesahkan duta kita (Mohamad Nizan) diisytiharkan sebagai Persona Non Grata. Tindakan timbal balik ini adalah perkara normal dalam hubungan diplomatik. 

"Duta Besar Malaysia di Pyongyang sudah dipanggil pulang oleh kerajaan dan beliau kini berada dalam negara sejak 22 Februari lalu, sebelum Pyongyang mengambil keputusan mengisytiharkannya sebagai Persona Non Grata," katanya dalam satu kenyataan, malam semalam.


Foto: Reuters

Kenyataan itu dibuat ketika Kang Chol dalam perjalanan pulang ke Pyongyang selepas diusir Malaysia, susulan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin keruh disebabkan insiden pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. 

Terdahulu, Mohamad Nizan dipanggil pulang ke Malaysia untuk proses perundingan berhubung kes terbabit. - CARI
36

Bagus
19

Marah
25

Terkejut
36

Sedih
28

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (182 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makshu 6-3-2017 07:56 PM
Bukan duta kita mmg dh dipanggil pulang oleh kerajaan msia ke?
Quote qumbu 6-3-2017 08:02 PM
Kalo tak nak pening2 kapla....putuskan jer diplomatik
Quote ohnoLia 6-3-2017 08:09 PM
Abis tu yang ada team negara nak p sana tu team apa tah..jadi ka?
Quote clarizsa 6-3-2017 08:10 PM
Bergaduh sakan ni. Agak merisaukan. Isshh
Quote wana89 6-3-2017 08:26 PM
Gaduh dengan orang gila ni bahaya
Quote Voyagers 6-3-2017 08:30 PM
Nokiaman replied at 6-3-2017 08:12 PM
Hahaha tunggu saje laa salah step...
Skali peluru berpandu jarak jauh rodok muka bumi Malaysia nie. ...

masa perang arab israel pun, north korea datang tolong arab
Quote zidane_ziege 6-3-2017 08:39 PM
memandangkan nasi dh jadi bubur..better semua rakyat malaysia jauhi negara NK dan org2 NK.. mcm2 bole jadi skrg..lps ni ignore ajela apa org gila tu nk bg statement..abaikan la kalao PM dan menteri2 ko yg sama naik gila nk berlagak hero..

kita dh ada negara musuh skrg ni..myanmar dgn North Korea..dh ada feeling2 mcm warga maju Amerika dah ni..
Quote dodolgemok 6-3-2017 08:42 PM
Eh putus je lah dgan kim jong un hodoh tu. Biar je dia terkontang kanting sekor2 macam babi gila:
Quote beloomberk 6-3-2017 08:56 PM
Edited by beloomberk at 6-3-2017 08:57 PM
ohnoLia replied at 6-3-2017 08:09 PM
Abis tu yang ada team negara nak p sana tu team apa tah..jadi ka?

x jadi hantar katanya..demi keselamatan

PETALING JAYA: The Malaysian Government has barred the national football team from playing North Korea in Pyongyang due to security reasons.Coach Datuk Ong Kim Swee's men are due to kick off their Asian Cup Group B campaign against North Korea at the Kim Il-sung Stadium in Pyongyang on March 28. The other teams in the group are Hong Kong and Lebanon.
In a statement Monday, Football Association of Malaysia (FAM) secretary-general Datuk Hamidin Mohd Amin (pic) said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin had informed them about the Cabinet's decision not to allow the team to play the match in Pyongyang.
"We received a letter from Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman last Thursday saying that the match venue is safe.
"However, the Government's decision to expel North Korea's ambassador to Malaysia Kang Chol last Saturday has made it unsafe for Malaysians to travel to North Korea," said Hamidin.
He added that FAM had written to the Asian Football Confederation (AFC) to request that the match be played at a neutral venue.


"I have contacted (AFC) general secretary Datuk Windsor Paul who is in Cambodia on the matter and have asked them for swift a resolution on the match venue so that Harimau Malaysia's itinerary can be planned smoothly," said Hamidin.
The national players will attend centralised training on March 13 and are scheduled to play a warm-up match against either the Philippines or a Chinese club in Beijing or Shanghai on March 22.

Quote nariz 6-3-2017 08:58 PM
Sombong gila umat NK ni. Dah la wt onar wt negara orang :
Quote ohnoLia 6-3-2017 09:00 PM
beloomberk replied at 6-3-2017 08:56 PM
x jadi hantar katanya..demi keselamatan

PETALING JAYA: The Malaysian Government has barred the  ...

Itulah yg terbaik. Mana tengs sis for the info
Quote batmana 6-3-2017 09:09 PM
mas tu malaysia ka kapaltebang mas?
konfuse aku
Quote munahjolie 6-3-2017 11:04 PM
Hope malaysia ni berjaga2 sudahlah. Kita jangan bermain api sangat. Aset ketenteraan kita pun bukan gempak mana. Nak harap negara lain tolong? payah lerr
Quote WhiskeyScotch 6-3-2017 11:27 PM
Edited by WhiskeyScotch at 6-3-2017 03:30 PM

Kau buat sempurna awalnya
Berakhir bencanaaa
Selamat tinggal sayang
Bila umurku panjang
Kelak ku kan datang
Tuk buktikannnn
Satu balas kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Kuingin kau rasakan
Pahitnya terbuang sia-sia
Memang kau pantas dapatkan!!!!

Quote alya_daniela 6-3-2017 11:31 PM
munahjolie replied at 6-3-2017 11:04 PM
Hope malaysia ni berjaga2 sudahlah. Kita jangan bermain api sangat. Aset ketenteraan kita pun bukan  ...

tak salah alya, kalau korea utara serang malaysia, britain, australia, nz dan singapore wajib tolong sebab kita ada FPDA
Quote johnazizul 6-3-2017 11:37 PM
Rasanya nk xkan attack malaysia... yg kita perlu risau, melalui sabotaj...

Yg paling dekat, LIMA 2017.
Quote GegarVaganja 6-3-2017 11:39 PM
beloomberk replied at 6-3-2017 08:56 PM
x jadi hantar katanya..demi keselamatan

PETALING JAYA: The Malaysian Government has barred the  ...

Bagus lah
Quote shamsadis 7-3-2017 02:09 AM
Aku syak Teressa duduk NK  
Quote lilpurplelady 7-3-2017 02:19 AM
alya_daniela replied at 6-3-2017 11:31 PM
tak salah alya, kalau korea utara serang malaysia, britain, australia, nz dan singapore wajib tolo ...

syria, iraq, and others countries, no help from any other countries, apa jaminan negara2 lain akn tlg?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057005 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top