CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kediaman Duta Malaysia Di Chile Kena Rompak, Keluarga Diugut Bunuh

13-6-2017 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4196| Komen: 19

Description: Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr. Mohamad Rameez Yahaya dilaporkan mengalami kerugian selepas dilaporkan dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya yang terletak di Las Flores ...

sumber : Berita Harian


Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr. Mohamad Rameez Yahaya dilaporkan mengalami kerugian selepas dilaporkan dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya yang terletak di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile.

Memetik laporan portal Biobiochile.cl yang berbahasa Sepanyol, kejadian berlaku pada jam 11.15 malam Ahad waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia) itu membabitkan lima individu yang dipercayai warga tempatan memasuki rumah berkenaan dan mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka.



"Mereka memukul kepala dan ikat tangan saya. Mereka juga mengugut untuk memotong telinga isteri saya, " ujar Dr. Mohamad Rameez dalam sidang media beberapa jam selepas insiden.

"Mereka juga mengambil kesemua barang kemas anak-anak saya dan meminta sejumlah wang. Jika enggan, mereka akan membunuh anak saya," tambahnya lagi.

Perompak tersebut turut mengambil barang kemas milik isterinya.

Beliau juga memberitahu, keluarganya mengalami trauma namun bersyukur semuanya dalam keadaan selamat.

Sementara itu, polis Chile sudah menyiasat tempat kejadian termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman itu. 

Dalam pada itu, sumber Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan duta dan keluarganya selamat. 

Mohamad Rameez tidak dapat dihubungi untuk mengulas.- CARI

sumber: Berita Harian

24

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
11

Sedih
19

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote catalina 13-6-2017 01:47 PM
Kedutaan tu tak ade security guard ker? Macam mana boleh terlepas 5 perompak tu???

Alhamdulillah derang tak kidnap.
Quote catalina 13-6-2017 01:56 PM
Event last year sempena Ramadhan.


KUALA LUMPUR, June 18 (Bernama) -- The Malaysian Embassy in Santiago, Chile on Friday hosted a breaking-fast reception (iftar) which also gathered the Malaysian Technical Cooperation Programme (MCTP) alumni from Chile.

Presided over by ambassador Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya, the event also saw the presence of envoys from Muslim countries such as Algeria, Egypt, Iran, Iraq, Kuwait, Palestine, Libya, Kuwait and Jordan, as well as Malaysians residing in Santiago.

In a statement, the embassy said those in attendance enjoyed popular Malaysian dishes like nasi lemak, bubur lambuk, rendang ayam, sambal udang, mee kari as well as teh tarik and sirap bandung.

"Other than the breaking of fast, about 20 MCTP alumni present were also given a talk by the Malaysian ambassador on the subject of Ramadan and its importance in Islam," it said.

More than 90 Chileans had attended courses and programmes in various fields in Malaysia under the MTCP initiative.

On the sidelines of the event, several members of the newly-established Chilean-Malaysian Business Council and Mohamad Rameez discussed efforts to boost bilateral trade and investment between the two countries.

An imam from the Mesquita As Salam, the biggest mosque in Santiago, assisted the embassy in collecting the religious tithe payments (zakat fitrah).

The envoy had also attended an iftar dinner hosted by Chilean President Michelle Bachelet at the La Moneda presidential palace.
Quote batmana 13-6-2017 02:00 PM
xde peruntukan tuk bodiguard agknye
Quote Adline67 13-6-2017 02:03 PM
Kesian..bulan puasa byk dugaan. Smoga tabah buat beliau sekeluarga
Quote PongKang 13-6-2017 02:09 PM
siannya.. kalo duta tu kat JP ke SG ke negara2 yg selamat okla xyah bodigad just cctv bagai. ni kalo kat negara2 LAC kenelah ada bodigad sbb jenayah byk politik pun x stable
Quote -electrifying- 13-6-2017 02:43 PM
takziah kepada mgsa
Quote taikpekatt 13-6-2017 03:01 PM
Kenapa aku rsa mcm kerja org dlam hmmm mybe ada bodyguard tp bodyguard bersubahat hmmmm
Quote taikpekatt 13-6-2017 03:01 PM
Kenapa aku rsa mcm kerja org dlam hmmm mybe ada bodyguard tp bodyguard bersubahat hmmmm
Quote chiquititamichi 13-6-2017 03:08 PM
syukorr malaysia masih aman.....
Quote chinta89 13-6-2017 03:36 PM
mujur selamat
Quote kelanci 13-6-2017 04:33 PM
teringat cerita denzel dgn dakota, ada marc anthony  sekali

selepas gugel baru jumpa tajuk pilem "Man on Fire"
Quote mujer_in_espejo 13-6-2017 04:39 PM
Nasib baik tak di apa2kan family ni
Quote barfi 13-6-2017 04:43 PM
Chile negara berbahaya macam brazil ke?
Quote pyropura 13-6-2017 04:48 PM
barfi replied at 13-6-2017 04:43 PM
Chile negara berbahaya macam brazil ke?

Chile biasanya selamat, negara latin paling makmur lepas Yuruguai  
Quote babyleo68 13-6-2017 05:34 PM
Takde bodyguard ke? Nasib tak diape2 kan...
Quote RatuDunia94 13-6-2017 08:12 PM
barfi replied at 13-6-2017 04:43 PM
Chile negara berbahaya macam brazil ke?

Chile ni negara bencana alam..
Quote kiambang 13-6-2017 08:37 PM
Mesti trauma ...
Quote pyropura 13-6-2017 09:16 PM
...btw, kayanya nilai barang kemas simpan kat umah  aje 250K ... sama macam kes umah Nazi aziz yg dirompak ari tuh  
Quote jiji85 14-6-2017 08:20 PM
ngerinya kalau dpt jd duta d negara amerika latin mcm ni..mafia sana sini bunoh org pun dah
mcm bunoh ikan...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.289238 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top