CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Tolak Tuntutan Mayat Kim Jong-nam Oleh Delegasi Korea Utara

1-3-2017 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3691| Komen: 18

Description: Hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.

Hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. 


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi mengulangi pendirian negara kita ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa bahawa Korea Utara telah menghantar delegasinya ke Malaysia bagi menuntut mayat itu.

Tegas beliau pihaknya tidak akan menerima tuntutan daripada pihak lain termasuk kedutaan atau delegasi Korea Utara kerana ia merupakan prosedur operasi standard dalam proses menuntut mayat di negara ini.

“Polis perlu sahkan DNA mayat itu terlebih dahulu yang perlu dilakukan oleh keluarga mangsa."

“Selepas itu baru kami akan serahkan kepada keluarga dan terpulang kepada mereka hendak lakukan apa terhadap mayat berkenaan.” 

Sebelum ini, Tan Sri Khalid dilaporkan berkata pihaknnya telah memenuhi segala piawaian antarabangsa bagi siasatan kes dan proses bedah siasat ke atas mayat.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan tujuh suspek dalam kes tersebut yang masih bebas, beliau berkata pihaknya masih menjejaki mereka.- CARI

sumber foto: mstar & The Sun Daily

24

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Diann 1-3-2017 10:12 AM
Keluarga mangsa tak datang buat pengecaman lagi ke? Lamanya.
Quote akusukaq 1-3-2017 10:39 AM
Diann replied at 1-3-2017 10:12 AM
Keluarga mangsa tak datang buat pengecaman lagi ke? Lamanya.

ada kah mayat beliau akan terus disimpan sehingga ada pengesahan dna. segala terpulang pd undang undang malaysia.
Quote robinmosby 1-3-2017 01:15 PM
Anaknya pun takut nak datang tuntut mayat. Kesian betul kes ni
Quote dcruins 1-3-2017 01:45 PM
Bukan Jong Nam ni dah ibarat kena buang dari keluarga Kim ke status dia, apa lagi N.Korea nak susah2 tuntut? biar jerrr laaa anak2 dia yg pi tuntut dengan jagaan intel2 China....
Quote azimodin 1-3-2017 02:02 PM
dcruins replied at 1-3-2017 05:45 AM
Bukan Jong Nam ni dah ibarat kena buang dari keluarga Kim ke status dia, apa lagi N.Korea nak susah2 ...

Itu la yang membuatkan orang tertanya. Masa hidup xnak pulak merayu2 suruh abang pulang. Bila dah kiok gigih nak menuntut.
Quote dcruins 1-3-2017 02:06 PM
azimodin replied at 1-3-2017 02:02 PM
Itu la yang membuatkan orang tertanya. Masa hidup xnak pulak merayu2 suruh abang pulang. Bila dah  ...

Tu haaaa, dia nak balik N.Korea pun semasa hayat nyerrr tak berani dahhh lepas tengok uncle2 dia etc kena hukum bunuh......
Quote cmf_premierleag 1-3-2017 02:10 PM
azimodin replied at 1-3-2017 02:02 PM
Itu la yang membuatkan orang tertanya. Masa hidup xnak pulak merayu2 suruh abang pulang. Bila dah  ...

aku pun tertanya mende yg sama
masa dah jd jenazah, kemain lagi nak tuntut
nak buat pe? nak masuk muzium ke?
Quote azimodin 1-3-2017 02:13 PM
cmf_premierleag replied at 1-3-2017 06:10 AM
aku pun tertanya mende yg sama
masa dah jd jenazah, kemain lagi nak tuntut
nak buat pe? nak mas ...

Kalau tengok kat rancangan CI (chanel brapa ntah kat astro) mmg modus operandi pembunuh camni la. Nak2 kalau kes cover-up murder. seboleh2 nak tuntut mayat supaya leh hapus bukti. Agaknya kalau dapat tuntut terus dibakar jadi abu kat situ jugak.
Quote akusukaq 1-3-2017 02:36 PM
tak ada sebab malaysia akan serahkan pd pihak ketiga... kata igp abah khalib yg tegas .
Quote pyropura 1-3-2017 02:40 PM
dcruins replied at 1-3-2017 01:45 PM
Bukan Jong Nam ni dah ibarat kena buang dari keluarga Kim ke status dia, apa lagi N.Korea nak susah2 ...

Jong Un nak bagi anjing makan mayat Jongnam lettew, kasi puas ati dia  
Quote dcruins 1-3-2017 02:41 PM
pyropura replied at 1-3-2017 02:40 PM
Jong Un nak bagi anjing makan mayat Jongnam lettew, kasi puas ati dia

ouchhh....
Quote pyropura 1-3-2017 02:41 PM
akusukaq replied at 1-3-2017 02:36 PM
tak ada sebab malaysia akan serahkan pd pihak ketiga... kata igp abah khalib yg tegas .

Yupp setuju, dan kat mana2 negara pun hanya next of kin aje boleh tuntut mayat kan....  
Quote pyropura 1-3-2017 02:43 PM
...putuskan aje hubungan dgn NK, ada ke untong nya??
Quote AbukRokok 1-3-2017 02:51 PM
boleh gantung mayat kat dataran merdeka korea utk ummi nkpop rejam dgn batu
Quote dody_farid 1-3-2017 03:00 PM
dcruins replied at 1-3-2017 01:45 PM
Bukan Jong Nam ni dah ibarat kena buang dari keluarga Kim ke status dia, apa lagi N.Korea nak susah2 ...

Motifnya mudah...NK bila dapat mayat ni depa cuma nak pertikai hasil laporan bedah siasat malaysia atas faktor2 tertentu...

Sesampai aje mayat di NK mereka akan buat bedah siasat kali kedua atau memang takkan buat apa pun, cuma mereka akan bagi tahu dunia yang mereka buat bedah siasat dan hasil bedah siasatnya dah tentu lain dari malaysia..
  
Dalam bedah siasat versi NK tu jangan harap la nak jumpa senjata kimia tuu ...  polis malaysia dah boleh baca putar belit NK ni... silap2 nanti depa jumpa racun dari negara barat pulak dalam badan mayat mendiang tuu
Quote dcruins 1-3-2017 03:02 PM
dody_farid replied at 1-3-2017 03:00 PM
Motifnya mudah...NK bila dapat mayat ni depa cuma nak pertikai hasil laporan bedah siasat malaysia ...

nak save muka sendiri....
Quote akusukaq 1-3-2017 04:42 PM
dody_farid replied at 1-3-2017 03:00 PM
Motifnya mudah...NK bila dapat mayat ni depa cuma nak pertikai hasil laporan bedah siasat malaysia ...

percaya pd pembohongan ciptaan sendiri dah berakar umbi di NK ni. kalu big brother china sendri pun dh menggelak , apa lah yg di harapkan lagi. tak terkejut rejim si gemuk ini akan berkubor tak lama lg. harap hanya ada satu korea dimasa akan datang
Quote ...aetis 1-4-2017 01:58 PM
tolak sangat laaaaah ,,,negare wayang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050683 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top