CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Tergamam Saksi Teman Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat

27-2-2017 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6542| Komen: 23

Description: Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah yang menunjukkan detik-detik sebelum seorang remaja berusia 17 tahun mati akibat terjatuh dalam pusat beli-belah Orchard Road, Jumaat lalu.

Jumaat lalu, di laman media sosial tersebar meluas visual rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan detik-detik sebelum seorang remaja berusia 17 tahun mati akibat terjatuh dalam pusat beli-belah Orchard Road di Singapura. 


Memetik laporan Asia News Network, rakaman itu diambil dari sebelah jambatan Orchard Gateway yang menghubungkan dua pusat beli-belah tersebut. Orchard Gateway telah mengesahkan kesahihan video itu.

Dalam paparan video yang berdurasi kira-kira 15 saat itu, kelihatan remaja itu yang dipercayai bernama Jonathan Chow Hua Guang sedang bersembang dengan seorang gadis, tidak berapa lama kemudian remaja berkenaan tiba-tiba melompat penghadang kaca setinggi 1.2 meter. 

Akibatnya, gadis yang bersamanya itu kelihatan terkejut dengan situasi yang berlaku.  

Menurut saksi, ketika itu Jonathan melonjakkan badannya untuk melompat melepasi pagar jambatan di tingkat empat pusat beli-belah itu untuk mengambil telefon yang jatuh di atas sekeping 'papan' yang dilihat kukuh.


Bagaimanapun, ia hanyalah sekeping papan plaster yang tidak dapat menampung beban.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang Jumaat di mana Jonathan telah jatuh di atas kepingan tersebut sebelum ia runtuh.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura membawa remaja berkenaan ke Hospital Tan Tock Seng tetapi beliau kemudian meninggal dunia di hospital.

Dilaporkan punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan polis.- CARI



33

Bagus
34

Marah
37

Terkejut
22

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zawara 27-2-2017 10:50 AM
Trauma la awek tuu
Quote fishcracker 27-2-2017 10:52 AM
tak sanggup nak tengok
Quote mieymiey 27-2-2017 10:57 AM
Depan mata awek tu lelaki tu melompat
Quote tumpanglalu74 27-2-2017 11:02 AM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1032919
Quote LostStar 27-2-2017 11:04 AM
nak bergayut kot memula.. tup2 terlajak.. eii seramnya..
Quote NBM 27-2-2017 11:55 AM
Mcm tiba2 je kan dia melompat
Quote DeeHanania 27-2-2017 12:25 PM
Sadis yer...
Quote insulin 27-2-2017 12:35 PM
X sanggup tengok video2 macam ni.....
Quote manjalara_01 27-2-2017 02:10 PM
NBM replied at 27-2-2017 11:55 AM
Mcm tiba2 je kan dia melompat

kan hp die jatuh kat belah luar railing tu..ade papan..tp die ingat papan tu stabil kot. papan plaster tu mcm dah cat kot
ntah2 die ingat simen..konkrit...tu yg die lompat je tu..
Quote NBM 27-2-2017 02:52 PM
manjalara_01 replied at 27-2-2017 02:10 PM
kan hp die jatuh kat belah luar railing tu..ade papan..tp die ingat papan tu stabil kot. papan pla ...

Ngerinya...mesti gf dia trauma
Quote sssf83 27-2-2017 03:50 PM
takziah.. susah for the gf to recover from this trauma..
Quote haryatie 27-2-2017 04:14 PM
hnya kerana talipon jerk..
Quote kaspar0v 27-2-2017 04:24 PM
nak tunjuk macho depan gf
Quote reenz013 27-2-2017 04:25 PM
x berani tgk
Quote mziskandar 27-2-2017 04:30 PM
mm.. hp jatuh?
Quote ronapink 27-2-2017 04:59 PM
takziah..ngerinya..
Quote WajibulGhunah 27-2-2017 06:00 PM
Ngeri!!!!!
Yakkkkkkkkk menakutkan
Quote Pajeri_Nenas 27-2-2017 06:07 PM
*DLM Hati: aku cari ahbeng lain
Quote Siputjelly 27-2-2017 07:38 PM
tak sanggup nak tengok video. dia terjatuh or memang melompat? aduiii. mesti trauma gf dia.  

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.303001 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top