CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Digilai Ramai, 8 Perkara Ini Mungkin Tidak Diketahui Peminat Lee Min Ho

30-12-2016 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6827| Komen: 10|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak, Lee Min Ho terutama dari kalangan peminat drama Korea. Malah, ramai peminat wanita yang tergila-gilakan Lee Min Ho dan tak kurang juga yang mahu menjadi keka ...
Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak, Lee Min Ho terutama dari kalangan peminat drama Korea. Malah, ramai peminat wanita yang tergila-gilakan Lee Min Ho dan tak kurang juga yang mahu menjadi kekasih kepada pelakon kacak itu.



Sumber foto: IG Lee Min Ho

Bintang drama The Legend of the Blue Sea itu merupakan salah seorang artis ternama dalam dunia hiburan Korea. Bukan sahaja memiliki wajah yang tampan, malah dia juga seorang aktor yang sangat berbakat. Boleh dikatakan hampir semua drama yang dibintangi jejaka itu mendapat rating yang tinggi.

Menurut portal Soompi, terdapat lapan perkara mengenai Lee Min Ho yang peminat mungkin tak tahu.


1. Tak pandai berenang

Dalam sebuah temu bual, Lee Min Ho berkata dia tidak pandai berenang apabila dia ditanya siapa yang akan dia selamatkan dahulu antara Kim Rae Won, Kim Woo Bin, atau Jung Il Woo jika mereka lemas.

2. Pernah terbabit kemalangan 

Sumber foto: Soompi

Di awal usia 20-an, Lee Min Ho terbabit dalam sebuah kemalangan melibatkan kereta ketika bersama salah seorang sahabat baiknya, Jung Il Woo.


3. Tak selesa mengucapkan dialog romantik
Wah, nampaknya Lee Min Ho lebih selesa dengan watak dalam drama atau filem aksi seperti Gangnam Blues berbanding melakonkan watak dalam drama romantik komedi.

4. Cemerkap


Pasti ramai peminat tak sangka Lee Min Ho yang selalu kelihatan 'bajet macho' itu rupanya seorang yang cemerkap. Pernah beberapa kali kamera sempat merakam aksinya ketika terjatuh.


5. Berkawan baik dengan 'abangnya' 

Sumber foto: Soompi & DRAMA FEVER

Walaupun hubungannya dan Choi Jin Hyuk dalam drama Heirs tidak berapa baik, mereka dikatakan berkawan baik di luar set penggambaran. 


6. Terima beberapa tawaran berlakon dalam filem Hollywood
Wah! Rupanya pelakon itu menerima banyak tawaran berlakon dari Hollywood, tetapi menolaknya kerana merasakan diri belum bersedia untuk menyahut cabaran tersebut.


7. Pernah bercinta dengan bintang gandingan dari filem City Hunter

Sumber foto: IG Park Min Young

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai perkara ini, namun bagi yang belum tahu Lee Min Ho pernah menjalin hubungan dengan Park Min Young.


8. Hebat bermain bola sepak.
Menurut Lee Min Ho, dia bermain bola sepak sejak kecil lagi, namun terpaksa kurangkannya kerana harus menjaga penampilan diri. Dia tidak mahu kakinya nampak besar dan berotot.


Bagaimana dengan anda? Ada fakta lain yang menyeronokkan mengenai Lee Min Ho untuk dikongsikan? - CARI

27

Bagus
16

Marah
31

Terkejut
31

Sedih
26

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (151 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 30-12-2016 04:46 PM
Love love ho joon jae oppa
Quote buragazz 30-12-2016 05:04 PM
cemerkap tu ape...
Quote Lorra2411 30-12-2016 05:16 PM
buragazz replied at 30-12-2016 05:04 PM
cemerkap tu ape...

Mcm clumsy
Quote seramado 30-12-2016 05:47 PM
cmerkap tu apa TT
Quote siskepoh 30-12-2016 05:59 PM
jemuh aku pndang lee min ho ni. ari2 nampak.jiran belakang umah
Quote RatuDunia94 30-12-2016 06:21 PM
LMH ni xde la hensem sgt pon..tp dia blakonbest..
Quote fefeeling 30-12-2016 10:43 PM
Muka plastik ketat benar dia ni ye
Quote ipes2 21-1-2017 06:34 PM
siskepoh replied at 30-12-2016 05:59 PM
jemuh aku pndang lee min ho ni. ari2 nampak.jiran belakang umah

bini saya tanya..''jiran belakang rumah?'' ada jiran muka cam dia ke? bini sy nak tgk jika ada
Quote AppleJack 6-5-2017 03:38 AM
gu jun pyo..betul ke aku eja nama dia ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.106583 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top