CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4246|Reply: 9

Digilai Ramai, 8 Perkara Ini Mungkin Tidak Diketahui Peminat Lee Min Ho

[Copy link]
Post time 30-12-2016 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak, Lee Min Ho terutama dari kalangan peminat drama Korea. Malah, ramai peminat wanita yang tergila-gilakan Lee Min Ho dan tak kurang juga yang mahu menjadi kekasih kepada pelakon kacak itu.




Sumber foto: IG Lee Min Ho




Bintang drama The Legend of the Blue Sea itu merupakan salah seorang artis ternama dalam dunia hiburan Korea. Bukan sahaja memiliki wajah yang tampan, malah dia juga seorang aktor yang sangat berbakat. Boleh dikatakan hampir semua drama yang dibintangi jejaka itu mendapat rating yang tinggi.


Menurut portal Soompi, terdapat lapan perkara mengenai Lee Min Ho yang peminat mungkin tak tahu.




1. Tak pandai berenang
Dalam sebuah temu bual, Lee Min Ho berkata dia tidak pandai berenang apabila dia ditanya siapa yang akan dia selamatkan dahulu antara Kim Rae Won, Kim Woo Bin, atau Jung Il Woo jika mereka lemas.


2. Pernah terbabit kemalangan

Sumber foto: Soompi



Di awal usia 20-an, Lee Min Ho terbabit dalam sebuah kemalangan melibatkan kereta ketika bersama salah seorang sahabat baiknya, Jung Il Woo.




3. Tak selesa mengucapkan dialog romantik
Wah, nampaknya Lee Min Ho lebih selesa dengan watak dalam drama atau filem aksi seperti Gangnam Blues berbanding melakonkan watak dalam drama romantik komedi.

4. Cemerkap




Pasti ramai peminat tak sangka Lee Min Ho yang selalu kelihatan 'bajet macho' itu rupanya seorang yang cemerkap. Pernah beberapa kali kamera sempat merakam aksinya ketika terjatuh.


5. Berkawan baik dengan 'abangnya'

Sumber foto: Soompi & DRAMA FEVER




Walaupun hubungannya dan Choi Jin Hyuk dalam drama Heirs tidak berapa baik, mereka dikatakan berkawan baik di luar set penggambaran.




6. Terima beberapa tawaran berlakon dalam filem Hollywood
Wah! Rupanya pelakon itu menerima banyak tawaran berlakon dari Hollywood, tetapi menolaknya kerana merasakan diri belum bersedia untuk menyahut cabaran tersebut.




7. Pernah bercinta dengan bintang gandingan dari filem City Hunter

Sumber foto: IG Park Min Young




Pasti ramai yang sudah tahu mengenai perkara ini, namun bagi yang belum tahu Lee Min Ho pernah menjalin hubungan dengan Park Min Young.


8. Hebat bermain bola sepak.
Menurut Lee Min Ho, dia bermain bola sepak sejak kecil lagi, namun terpaksa kurangkannya kerana harus menjaga penampilan diri. Dia tidak mahu kakinya nampak besar dan berotot.




Bagaimana dengan anda? Ada fakta lain yang menyeronokkan mengenai Lee Min Ho untuk dikongsikan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Love love ho joon jae oppa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:04 PM | Show all posts
cemerkap tu ape...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 30-12-2016 05:04 PM
cemerkap tu ape...

Mcm clumsy
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:47 PM | Show all posts
cmerkap tu apa TT
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:59 PM | Show all posts
jemuh aku pndang lee min ho ni. ari2 nampak.jiran belakang umah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2016 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
LMH ni xde la hensem sgt pon..tp dia blakonbest..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka plastik ketat benar dia ni ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2017 06:34 PM | Show all posts
siskepoh replied at 30-12-2016 05:59 PM
jemuh aku pndang lee min ho ni. ari2 nampak.jiran belakang umah

bini saya tanya..''jiran belakang rumah?'' ada jiran muka cam dia ke? bini sy nak tgk jika ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 03:38 AM | Show all posts
gu jun pyo..betul ke aku eja nama dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.291350 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list