CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Buat Peminat Catur, Sahut Cabaran Kejohanan Catur Kebangsaan Ini!

27-12-2016 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3268| Komen: 11|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Anda berminat dengan permainan menguji minda seperti catur? Jangan lepaskan peluang ini kerana Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), Universiti Malaya akan menganjurkan Kejohanan Catur GACC Ke-21 (21s ...
Anda berminat dengan permainan menguji minda seperti catur? Jangan lepaskan peluang ini kerana Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), Universiti Malaya akan menganjurkan Kejohanan Catur GACC Ke-21 (21st GACC Chess Championship) mulai 15 sehingga 24 Januari 2017. 




Kejohanan yang akan diadakan di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya itu nanti akan dibahagikan kepada 4 kategori utama seperti berikut:



Kejohanan catur itu merupakan pertandingan catur antarabangsa yang terkenal di kalangan pemain catur terutama dari kalangan pelajar universiti. Sejak tahun 1996,  68 Universiti dari 22 buah negara telah menyertai GACC termasuk pemain dari China, India, Indonesia, Jerman, Sri Lanka, Singapura dan negara-negara Asia yang lain. 


Sudah 20 tahun sejak 1996 acara “FIDE-Rated” ini diadakan dan kali ini, GACC ke-21 dengan bangganya akan meneruskan warisan untuk menganjurkan kejohanan catur yang berkualiti tinggi ini pada tahun 2017.

Pada Januari lalu, GACC julung-julung kalinya menganjurkan GACC Open Age-Group Chess Tournament 2016 iaitu satu kejohanan catur khas untuk pelajar sekolah.



Kejohanan catur itu disambut baik oleh peserta serata ibu bapa. Oleh yang demikian, GACC mengambil keputusan menambah dua lagi acara baharu iaitu “GACC Open Chess Championship” dan “GACC Open Team Chess Championship”

Ketiga-tiga acara kebangsaan ini tidak hanya terbuka kepada  pelajar sekolah rendah dan menengah, malah sesiapa sahaja yang berminat untuk bermain catur layak menyertainya tanpa mengira umur. 

Kejohanan ini juga merupakan antara inisiatif untuk memupuk budaya bermain catur dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti yang tersenarai dalam objektif projek ini.

Persekutuan Catur Malaysia (MCF) merupakan badan yang menyokong dan mengiktiraf kesemua acara di bawah anjuran GACC dan sejak pertama kali ditubuhkan, kami telah berjaya mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, pelajar sekolah sangat digalakkan untuk menyertai GACC kerana berpeluang memperoleh markah ko-kurikulum yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.



Tunggu apa lagi! Bukan senang nak dapat markah yang cemerlang dalam ko-kurikulum.



Untuk maklumat lanjut mengenai GACC, sila melayari laman sosial Facebook rasmi GACC iaitu  Grand Asian Chess Challenge (GACC) atau emelkan pertanyaan anda kepada gacc21delegation@gmail.com. Anda juga boleh hubungi saudari Chong Yoke Ping di (017-3396306). - CARI
6

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 27-12-2016 07:30 PM
One of my fav indoor games since I was 5 years old.
Quote system_failure 27-12-2016 08:47 PM
WhiskeyScotch replied at 27-12-2016 07:30 PM
One of my fav indoor games since I was 5 years old.

Eh jom arr jom arr  
Quote otai_g 27-12-2016 09:32 PM
Da lama x main. Tade kaki. Btw bkn terer sgt main pun. 1st round da kena kick
Quote WhiskeyScotch 27-12-2016 09:50 PM

Nak join tapi tarikh tu I tak free. Awal tahun busyyy.
Quote boyagombak 29-12-2016 07:40 PM
Nak main/berlatih chess tp xder partner?
Senang saja. Download applikasi Nexus chess online dkt play store. X pyh buat profile cuma ltk nama & pilih nk main timer 1,5 @ 15 minit. Bila press play dia akn pilih opponet randomly. Rasa2 nk kalah x pyh lg jalan atau log out. X nak main pun tekan cancelled the game. No point, no stages available. Mainlah sampai pewai. Bam boya semua hp ada download ini Nexus chess. Boleh main bnyk game at same time.
Cloudroud chess app pun ada, cuma ini kena buat profile, ada point,ada level. Kena masuk room opponent @ create room sendiri tunggu opponent masuk. Agak ambil masa nk lawan. Sesiapa nk lawan chess dgn abam boya on9 sila bg nama profile. Kita jmpa disana
Quote Nanremie 29-12-2016 09:16 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Quote seramado 30-12-2016 05:48 PM
lla bestnya teringat zaman kanak2
Quote cik-jaja 30-12-2016 06:08 PM
dam haji reti la kita main
Quote ipes2 3-1-2017 01:39 AM
sy dulu main level negeri jugak masa skolah rendah; kat mrsm jadi wakil maktab dan vice president tapi tak tere sgt; kat a-levels uk pon main gak college level.. again, tak berapa terer.. now jarang sgt main! bagus utk aktif kan otak, tetapi memakan masa yg terlalu lama actually.

gi lah encourage anak anak kita
Quote LisaVuxia 6-1-2017 08:24 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Quote LavaUollss 8-1-2017 12:43 AM
kata kejohanan antarabangsa tapi hadiah rm5000 je....sedeyhhhhh

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.276870 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top